Memulakan sesuatu yg sudah bermula
Sebetulnya belum terfikir ingin memulakan blog peribadi sendiri. Kenapa? Kerana waktu yg sgt mencemburui aku..huh,alasan?bukan la. Kehidupan selepas berumah tangga sangat memerlukan waktu yang tidak sedikit. Baguslah kpd mereka yang banyak masa terluang, atau mungkin ini buat sementara saja..harap2, esok lusa ada masa untuk diri aku sendiri. Hello kpd kamu semua, aku datang membawa cerita yang biasa-biasa atau mungkin sekadar berkongsi dengan kamu..
Seperti baru semalam aku dinikahkan dengan en hazwan. Kisahnya Dec lalu, ikutkan aku sendiri kurang percaya aku sudah menjadi seorg isteri & sekarang..bakal ibu. 7 bulan kebelakangan ini agak mencabar..bila dua jiwa...dua karektor..dua peribadi..dua kehidupan..dua dunia yg berbeza tiba-tiba disatukan dengan izinNya..seperti ada sesuatu yang sukar digambarkan..ada rasa gembira..rasa indah..rasa teruja..rasa hairan..rasa pelik..rasa hiba..atau aku saja byk berfikir..yang pastinya..semua yang datang ada tujuan & hikmahNya..Siapa yg boleh meneka, 6 tahun lalu..walau duduk satu barisan dlm kelas..susah betul bibir aku menegur en Hazwan ..seolah ada tembok besar diletak antara kami..peliknya, satu hari tak bergaduh dalam YM mmg tak sah..aku mengkaji karektor dia..dia pula mengkaji karektor aku..masing2 saling mengutuk..ntah apa yg tidak puas hati masa tu..aku pun kurang pasti..yg pasti nya..2 jiwa ini sebenarnya mungkin sudah ditentukan untuk bersama..wallahualam..sekarang, aku terlalu bersyukur ditemukan dengan en Hazwan :)
Itu tentang suamiku..fasa seterusnya semasa majlis perkahwinan lalu..siapa sangka, niat aku untuk mengumpulkan teman2 lama sejak sekolah rendah+ menengah+zaman kolej+ zaman awal bekerja+rakan kerja sekarang..termakbul..Alhamdulillah! Persiapan perkahwinan? Tuhan saja yg tahu betapa besar dugaan & cabaran yg dtg..mungkin tidak sebesar org lain..tetapi cukup buat aku lelah..untung Allah kurniakan seorang ibu- pn Saadah..ah, menulis ini pun cukup buat aku hiba..tak perlu aku senaraikan bantuan2 beliau..cukup aku saja yg tahu betapa besar pengorbanan & keikhlasan mak kpd anak sulung nya ini..juga ayah & adik beradik aku yg lain, kalian memang terbaik! Siapa lagi kalau bukan keluarga sendiri kan?
Fasa yg sedang dilalui..menanti seorang bayi yg ketika ini sedang menendang2 perut ibunya..Doakan si kecil ini selamat tiba ke dunia yg penuh cerita & dugaan..InsyaAllah akan tiba ke dunia awal Nov..doakan ya..!