Monday, July 26, 2010

Hitam itu menawan

Aku belum pernah lagi mencuba baju kurung dari warna Hitam.
Bila melihat si Kalatia (nama baju ini) sangat tergoda.
Nampak menawan pula.



Baju Kurung Moden dari fabrik chiffon baru dibeli online
dari Wan Collection.
Berkualiti dan ngam betul
dengan badan.

Yang menarik, dapat diskaun dari tauke.
Syok!






Friday, July 23, 2010

Melentur buluh, biar dari rebungnya..



Ini gambar Nia yang baru sehari dilahirkan. Sungguh...
menatap gambar ini seperti baru semalam rasanya.
Tapi masa seperti terlalu pantas berbicara. Kita bertemu, bercinta,
berkahwin, kemudian kita mengandung dan
akhirnya bersalin. Dan seterusnya,
fasa baru..melihat si anak membesar
di depan mata.


Betul, melihat sedikit demi sedikit perkembangan
si anak di depan mata...adalah kepuasan yang sangat dirasai.
Dia berusaha dengan payah untuk meniarap,

mengengsot dengan perlahan sambil berusaha

menegakkan leher untuk melihat
betapa makhluk2 dan
persekitaran yang baru
di depannya yang besar2
ini sangat menimbulkan
perasaan ingin tahu yang mendalam.
Dia memaut apa yang boleh dipaut
berusaha
untuk duduk atau mungkin mahu berdiri
fikirnya.

Sekarang, anak saya ini
sudah boleh
boleh duduk dan menggoyang2kan
badan bila
terdengar bunyi muzik.
Ia tidak lama dalam kurang 10 saat,
tapi percayalah..ia sangat menakjubkan.
Anakku Nia juga sudah mula merengek jika
nampak saya melangkah pergi kerja.

Sudah pandai menangis saja2
minta perhatian
mungkin.
Saya sebak...kerana si anak ini begitu cepat

ingin mempelajari sesuatu di mana ianya suatu yang positif
hingga mungkin kadang kala kita
terleka/alpa
dengan urusan seharian.


Kadang saya terfikir, sesuatu yang menakutkan.
Adakah betul cara didikan aku?

Adakah aku terlalu memanjakannya?

Adakah aku terlalu dingin?

Adakah aku terlalu melebihkannya?

Adakah aku terlalu sibuk dengan urusan seharian

hingga lupa tentang si anak?

Atau, adakah aku saja 'paranoid'?



Salah seorang dari pakcik saya pernah memberi tipsnya.
Sering-sering perdengarkan

surah Al-Quran ke telinga anak.
Bukan semasa mengandung saja.
Di lanjutkan hingga dia membesar.
InsyaAllah, dengan doa kita sebagai ibu bapa
dan rahmatNya
semoga si anak menjadi anak yang soleh
dan baik pekerti. Amin..

Ini..awal2 sudah bagi si anak dengar lagu dari hp
I Got a Feeling by Black Eye Peaces..yang biasanya
dipasang kalau Nia tengah meragam/menangis. hehe
Patutlah sekarang sudah pandai henjut2/goyang2 badan
(tak betul.. tak betul)
..hukhukhuk..Maafkan ibumu, Nak..



Nia sewaktu 7 bulan 2minggu. (bulan lepas)

Dalam 4 bulan lagi untuk menyambut ulang tahun pertamanya.
Oh ya, InsyaAllah nanti akan
adakan sekali dengan Akikahnya.








Friday morning




So always be curious, keep yourself moving, leave the door open
and keep your eyes focused.
It `s hard but it is worthed...-Anna Della Russo




Wednesday, July 21, 2010

Rock Chic dan Underground

WOW!! OMG! Bila tengok beberapa keping
gambar dari pemilik fashion blog ini, sangat jeles
plus geram plus telan air liur je.
Denni, fashionista/stylist yang entah dari mana tak diketahui...
sangat gojes (gitu) dan elegant
dengan caranya
yang tersendiri.

Gaya dari Balmain ini memang cool. Memang idaman
untuk bergaya secool ini.
Rock chic, simple tapi masih tetap nampak classy.
Auww..bila mau dapat style seperti ini?

Sungguh sensasi!


Ok ini pula beberapa keping gambar Sabtu yang lepas
semasa menonton live performance by Stilaway..opis mate
mr Hazwan di Starzwalk, Taman Maluri.
Sekali sekala layan underground,
kasi headbangin sikit... ;))


mereka ini adalah orang2 fesyen dari GLAM magazine.
Sangat cool dan happening juga. :)


Stilaway goreng lagu Nirvana..
memang hantu..





p/s: fesyen bertudung zaman sekarang sudah tak terbatas kan? ;)





Friday, July 16, 2010

Jadi Stylist ?

Bagaimana ya kerja seorang penggaya (suka hati punya bahasa) atau stylist?
Dapat menggayakan para model/artis/selebriti
untuk photo shoot pelbagai
jenis majalah terutama majalah fesyen, menjadi tulang belakang
untuk pertunjukan pentas atau juga stylist
kepada selebriti terkenal.
Seperti stylist terkenal si Kim Kardashian yang gayanya
sangat memukau ituuu... (gayanya ke body nya?hehe)

Biasanya yang berpeluang majoriti
pereka2 fesyen kan? Hhmm..
macam mana kan kalau aku mendapat peluang
untuk menggayakan seseorang atau selebriti atau model..?
ntah2 ada yang bakal jadi mangsa fesyen tak? Haha..

Ok..sekarang sedang 'gian' ini website..
mylooklet..kalau tengok hasil yang aku buat biasa-biasa saja..
takda yang extravaganza pun..
tapi..ok lah..untuk suka-suka..hehe
Halo..... (sambil nyanyi lagu Beyonce)
Mana nak dapat si tumit tinggi Louis Vuitton, si wedges by Marc Jacob
atau si tas tangan Hermes? harapan lah kan..haha..
Jadi boleh selamba saja mix-match kan para model..


Ha.. ini dia antara model2 yang selamat aku gayakan..
Tengok lah tajuk gayanya pun main belasah..

gaya pertama
so chic..

gaya kedua
Ala-ala Mary-Kate Olsen tak? Oh..jaket tak
cukup besar ..hehe

gaya ketiga
love love semua di bawah..

gaya keempat
suka ini tunic dan En Jimmy Choo punya kasut..

gaya kelima
suka ini wedges..(telan air liur lagi)

gaya keenam
very the Gossip Girl kan..haha..

gaya ketujuh
psst..tank top pun dari LV..boleh? hehe

gaya kelapan
oh..suka ini..

gaya kesembilan
ada macam Paris Hilton tak?

gaya kesepuluh
tengah imagine kalau aku yang pakai,,*wink

Bagaimana? Ada yang berani untuk ambil aku
menjadi stylist? hehe..



p/s : Best kan kalau jadi fashion blogger. Hari-hari dapat menggayakan pelbagai jenis fesyen. Tapi siapa yang mahu jadi photographer nya? Apa? en Hazwan? hhmmm...(mengeluh sambil gosok hidung)







Monday, July 5, 2010

Akhirnya Ku Menemukanmu





Untuk suami ku yang tercinta
Hazwan Halim



p/s: Ending The Notebook memang terbaik!





Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP