Monday, November 16, 2009

Senyuman di hari ke 5


Assalammualaikum,

Hai..Nama saya Nur Hanania Amani Bt Muhamad Hazwan. Saya baru je dilahirkan ke dunia pada 11 Nov 09 yang lepas. Nih la saya semasa berusia lima hari. Saya bersyukur sangat dapat lahir ke dunia yang pada pandangan mata saya agak besar. Sekarang mungkin saya hanya boleh mengesan wajah mama & papa saya. Rasanya...sebab mama saya selalu berborak dengan saya semasa saya dalam perut mama. Mama saya agak lemah sebab masih dalam berpantang, tapi saya tahu mama saya teruja dengan kelahiran saya. Jadi saya tolong mama saya update blog dia..hihi..

Saya lahir di hospital kem latihan pada pukul 1.37am. Kesian mama saya. Sudah la melahirkan saya melalui ceaser, terpaksa pula menghadapi karenah2 misi yg eksen selama 3 hari berturut2. Nanti la diaorg. Kalau saya besar nanti, bila saya berjaya jadi doktor. Saya pula mau eksen sama diaorg. Isk tak baik pulak kan..Nasib baik ramai sedara2 yang datang terutama tok ayah, tok ma, tok wan & umi saya. Atuk2 & nenek2 sedara saya pun datang. Nak tau..saya pun ada moyang rupanya. Maklum la mama saya cucu pertama moyang, jadi saya lah cicit pertama moyang Habibah ..:) Pakcik saya je sebaya saya..kembar pula tuh..mesti diaorg kacak2 bila besar nanti..hihi..Kawan2 mama papa saya pun ada datang melawat..macam Auntie Nurul,Auntie Ila,Uncle Halil..lagi sorang saya tak tahu nama..hehe..

Saya seronok sangat sebab saya dapat banyak hadiah dari atuk2 & nenek2 juga kawan2 mama papa saya. Dah macam kilang hamper saya tengok..eh takde lah..saya gurau saja..baik hati betul mereka..yang penting kunjungan mereka sangat dihargai mama papa saya..ala saya pun seronok..dapat jumpa rakan sebaya saya iaitu Nur Alya Adriana, anak kpd Auntie Lixa & Uncle Nizam..Auntie Faezah je single tapi not available..ewah..auntie Faezah,kalau auntie kahwin confirm saya datang..just bagi tahu tarikh je.. :p

Oklah..saya nak minum susu kenyang2 dulu. Babai..

p/s: Senang2 datang la rumah ye.. :D





Monday, November 9, 2009

Sedang Ingin


Sedang menikmati saat2 terakhir kehidupan sebagai orang 'bujang'.
Sedang membuat persiapan mental & fizikal.
Sedang 'melonggokkan' beg yang perlu dibawa ke hospital.
Sedang menikmati makanan yang baik2 untuk si kecil.
Sedang menikmati petua2 yang sewaktu dengannya.
Sedang melakukan aktiviti senaman spt berjalan & berenang.
Sedang berdua2an dengan sang suami sebelum bertiga-tigaan.
Sedang menanti kelahiran si kecil pd masa yg tepat.
Sedang redha & tawakal dengan segala kemungkinan...




Tuesday, November 3, 2009

Belum sampai masa

Hari yang sangat meletihkan & mendebarkan adalah jatuh pada hari Isnin bersamaan 2 Nov 09, iaitu semalam ..Nampaknya kelahiran my little one masih jauh lagi sementelah masih menunggu hari yang tepat & sesuai untuk dia. Jika tidak, dek kerana keyakinan yang sangat jitu oleh Dr Kamaria..mesti aku sudah dapat menatap wajah & figura my little one..tetapi dengan cara c-section yang mana sangat aku elakkan & takuti dari awal. Bermula contraction dari 1 am yang berlaku setiap 5 minit sehinggalah betul2 reda pada pukul 5am (2 Nov 09). Contraction yang cukup pakej itu memang betul2 mencabar dengan kejang2 perut + lenguh2 kaki + sakit pinggang + berpeluh2 + tak boleh tidur. Dasyat tahu! (macam sengaja membesar2kan cerita ni hehe)

Pagi itu mr Hazwan banyak kali juga mencadangkan untuk terus ke Hospital Ampang, tapi aku menolak. Gila! Kalau terus ke Hospital Ampang..sah2 aku akan ditahan di wad dan peratus untuk dibedah pun agak tinggi. Isk isk..belum lagi..aku kuatkan semangat lagi..untuk terus bertahan (degil nih) dengan berharap contraction akan beransur reda..dan Alhamdulillah, dapat melenakan mata dalam sejam dua. Dalam pukul 10am, terus proceed ke Pusat Perubatan Naluri untuk pemeriksaan mingguan bagi minggu ke 38. Sempat bersarapan dahulu dan kurang sejam terus berjumpa dengan Dr K . Check punya check.. Dr K memberitahu yang my little one sudah bersedia untuk keluar sebab itu contraction berlaku tetapi memandangkan kedudukannya masih songsang..Dr K dengan tegas & yakinnya meminta aku untuk admitted & dibedah pada 1pm............................APA??! Cepatnya.....?!! Aku rasa baby belum ada masalah apa2..kenapa secepat itu??! Lagipun, aku belum siap mental fizikal untuk proses c-section ini. Mana belum berbincang dengan kaum keluarga lagi..agak blur sebentar..idea idea sila keluar..

*tink* Oh lupa, Dr K tidak diberitahu yang aku sudah membatalkan untuk bersalin disitu..jadi bukan salah Dr K atas 'keyakinannya itu'..aku memandang muka mr.Hazwan yang agak cuak (muka aku 5 kali cuak) dan sambil menelan air liur..aku terus beritahu Dr K yang aku sudah batalkan untuk bersalin di Naluri tetapi akan bersalin ke Hospital Ampang. Dr K faham dan sempat memberikan aku referral letter. Fuh, lega...aku berjaya 'melarikan diri' dari ditahan wad & dibedah.

Pulang ke rumah dan berbincang dengan mak aku.. dan menerima komen yang sangat bersahaja dengan pn.Saadah (biasalah mak aku adalah seorang yang sangat positif, bersahaja & old school juga ) "Belum masa nak bersalin lagi" "tiba2 nak dibedah?" "Mak tengok kau ok saja, biasa orang yang betul2 nak bersalin buat apa2 pun tak boleh" "sakit sikit2 biasalah.." Itu antara komen yang aku terima, selebihnya biar aku simpan dalam hati..hehe..Mak aku sempat memberikan air dari akar bunga Fatimah (betul ke nama ni?) Kelmarin, mr.Hazwan juga ada memberikan sebotol kecil minyak selusuh yang diberikan oleh MIL aku dari Melaka. Harap2 dengan penawar2 yang sedia ada, dapat memudahkan proses bersalin aku nanti. Amin..amin..

Hari yang sama setelah sibuk mencari info tukang urut & makan tengah hari.. aku & mr.Hazwan terus ke Semenyih untuk berurut. Perjalanan boleh tahan jauh dan sepanjang perjalanan aku agak nervous. Macam2 dalam kepala. Yang paling utama aku harapkan, semoga perjalanan yang jauh ini membuahkan hasil... Dalam sejam juga kami akhirnya sampai ke rumah makcik yang dipanggil Mbah. Sangat peramah & menerima kehadiran kami dengan terbuka. Rupanya2 Mbah itu adalah bekas jururawat di HKL. Macam2 topik juga aku bualkan bersama Mbah. Diakhir sesi, aku diberi sebotol air selusuh yang sudah dibacakan sesuatu (dibacakan surah2) oleh Mbah. Dalam takut2 & risau sepanjang sesi diurut itu, Mbah banyak menenangkan aku supaya jangan terlalu memikirkannya sangat & hanya bersedia untuk ke hospital jika betul2 sakit & hampir dengan tarikh jangkaan iaitu 15 Nov nanti.

Hari ini, aku datang ke opis dengan bertenaga sebab dalam tidur dengan lena semalaman. Alhamdulillah...

p/s: Malam itu sewaktu melawat my MIL di Damansara Specialist, dan selepas mendengar rentetan dari hari yang penuh mencabar kami.. my FIL sempat buat lawak.. "mesti semua orang suspen..macam mana lah muka anak Hazwan..dah la perempuan..ada macam Hazwan tak?" mentang2 kulit mr.Hazwan agak mendung berarak pergi dengan kulit aku yang kurang putih tetapi mulus ini (amboi :p) Sambil diiringi gelak ketawa semua orang termasuk aku la..hahaha..pak mertua aku ni kalau mengusik anak lelaki the one & only beliau memang spontan habis..tak dijangka2..yang paling 'alert' & kuat ketawa mestilah aku..hehe..




bersama Pn Leen yang sedang mengambil berkat.
Ur time will come soon bebeh.. :)


Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP