Tuesday, November 3, 2009

Belum sampai masa

Hari yang sangat meletihkan & mendebarkan adalah jatuh pada hari Isnin bersamaan 2 Nov 09, iaitu semalam ..Nampaknya kelahiran my little one masih jauh lagi sementelah masih menunggu hari yang tepat & sesuai untuk dia. Jika tidak, dek kerana keyakinan yang sangat jitu oleh Dr Kamaria..mesti aku sudah dapat menatap wajah & figura my little one..tetapi dengan cara c-section yang mana sangat aku elakkan & takuti dari awal. Bermula contraction dari 1 am yang berlaku setiap 5 minit sehinggalah betul2 reda pada pukul 5am (2 Nov 09). Contraction yang cukup pakej itu memang betul2 mencabar dengan kejang2 perut + lenguh2 kaki + sakit pinggang + berpeluh2 + tak boleh tidur. Dasyat tahu! (macam sengaja membesar2kan cerita ni hehe)

Pagi itu mr Hazwan banyak kali juga mencadangkan untuk terus ke Hospital Ampang, tapi aku menolak. Gila! Kalau terus ke Hospital Ampang..sah2 aku akan ditahan di wad dan peratus untuk dibedah pun agak tinggi. Isk isk..belum lagi..aku kuatkan semangat lagi..untuk terus bertahan (degil nih) dengan berharap contraction akan beransur reda..dan Alhamdulillah, dapat melenakan mata dalam sejam dua. Dalam pukul 10am, terus proceed ke Pusat Perubatan Naluri untuk pemeriksaan mingguan bagi minggu ke 38. Sempat bersarapan dahulu dan kurang sejam terus berjumpa dengan Dr K . Check punya check.. Dr K memberitahu yang my little one sudah bersedia untuk keluar sebab itu contraction berlaku tetapi memandangkan kedudukannya masih songsang..Dr K dengan tegas & yakinnya meminta aku untuk admitted & dibedah pada 1pm............................APA??! Cepatnya.....?!! Aku rasa baby belum ada masalah apa2..kenapa secepat itu??! Lagipun, aku belum siap mental fizikal untuk proses c-section ini. Mana belum berbincang dengan kaum keluarga lagi..agak blur sebentar..idea idea sila keluar..

*tink* Oh lupa, Dr K tidak diberitahu yang aku sudah membatalkan untuk bersalin disitu..jadi bukan salah Dr K atas 'keyakinannya itu'..aku memandang muka mr.Hazwan yang agak cuak (muka aku 5 kali cuak) dan sambil menelan air liur..aku terus beritahu Dr K yang aku sudah batalkan untuk bersalin di Naluri tetapi akan bersalin ke Hospital Ampang. Dr K faham dan sempat memberikan aku referral letter. Fuh, lega...aku berjaya 'melarikan diri' dari ditahan wad & dibedah.

Pulang ke rumah dan berbincang dengan mak aku.. dan menerima komen yang sangat bersahaja dengan pn.Saadah (biasalah mak aku adalah seorang yang sangat positif, bersahaja & old school juga ) "Belum masa nak bersalin lagi" "tiba2 nak dibedah?" "Mak tengok kau ok saja, biasa orang yang betul2 nak bersalin buat apa2 pun tak boleh" "sakit sikit2 biasalah.." Itu antara komen yang aku terima, selebihnya biar aku simpan dalam hati..hehe..Mak aku sempat memberikan air dari akar bunga Fatimah (betul ke nama ni?) Kelmarin, mr.Hazwan juga ada memberikan sebotol kecil minyak selusuh yang diberikan oleh MIL aku dari Melaka. Harap2 dengan penawar2 yang sedia ada, dapat memudahkan proses bersalin aku nanti. Amin..amin..

Hari yang sama setelah sibuk mencari info tukang urut & makan tengah hari.. aku & mr.Hazwan terus ke Semenyih untuk berurut. Perjalanan boleh tahan jauh dan sepanjang perjalanan aku agak nervous. Macam2 dalam kepala. Yang paling utama aku harapkan, semoga perjalanan yang jauh ini membuahkan hasil... Dalam sejam juga kami akhirnya sampai ke rumah makcik yang dipanggil Mbah. Sangat peramah & menerima kehadiran kami dengan terbuka. Rupanya2 Mbah itu adalah bekas jururawat di HKL. Macam2 topik juga aku bualkan bersama Mbah. Diakhir sesi, aku diberi sebotol air selusuh yang sudah dibacakan sesuatu (dibacakan surah2) oleh Mbah. Dalam takut2 & risau sepanjang sesi diurut itu, Mbah banyak menenangkan aku supaya jangan terlalu memikirkannya sangat & hanya bersedia untuk ke hospital jika betul2 sakit & hampir dengan tarikh jangkaan iaitu 15 Nov nanti.

Hari ini, aku datang ke opis dengan bertenaga sebab dalam tidur dengan lena semalaman. Alhamdulillah...

p/s: Malam itu sewaktu melawat my MIL di Damansara Specialist, dan selepas mendengar rentetan dari hari yang penuh mencabar kami.. my FIL sempat buat lawak.. "mesti semua orang suspen..macam mana lah muka anak Hazwan..dah la perempuan..ada macam Hazwan tak?" mentang2 kulit mr.Hazwan agak mendung berarak pergi dengan kulit aku yang kurang putih tetapi mulus ini (amboi :p) Sambil diiringi gelak ketawa semua orang termasuk aku la..hahaha..pak mertua aku ni kalau mengusik anak lelaki the one & only beliau memang spontan habis..tak dijangka2..yang paling 'alert' & kuat ketawa mestilah aku..hehe..




bersama Pn Leen yang sedang mengambil berkat.
Ur time will come soon bebeh.. :)


0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP