Friday, October 29, 2010

A journey to Hajj

Ini adalah gambar2 rentetan dari entry Panggilan Haji yang lalu.
Oh ya, lupa nak maklum kan yang tarikh sebenar Mak Ayah saya
bertolak dari Kelana Jaya ialah hari Khamis lalu.
Bukan hari Rabu. Awal2 pagi dah dikejutkan oleh rombongan
cik kiah ops...
untuk mengiringi Mak Ayah ke Bangunan Tabung Haji, KJ
seawal 4am. Awal2 pun sampai sana boleh tahan ramai
bakal2 haji dan rombongan keluarga masing2.
Siap ada yang bawa tikar/selimut mungkin yang datang
dari Kuala Lumpur kerana perlu tiba awal di KJ
untuk memudahkan urusan.



Semoga Mak & Ayah serta bakal2 haji akan memperoleh
Haji yang Mabrur. Amin











Monday, October 25, 2010

Book of Today



Blink: The Power of Thinking Without Thinking
by Malcom Gladwell




Gladwell explains that better judgments can be executed from
simplicity and frugality of information, rather than the more
common belief that greater information about a patient is proportional
to an improved diagnosis. If the big picture is clear enough to decide,
then decide from the big picture without
using a magnifying glass.





p/s : impikan mini library di rumah kami nanti. :)





Panggilan Haji

Salam

Melaksanakan ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang
diwajibkan ke atas individu muslim yang mempunyai kemampuan
dari segi keupayaan tenaga dan kemampuan dari segi wang ringgit
sekali seumur hidup.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

( (سورة ال عمران: 97
Tafsirnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji
dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan
berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan
kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”
(Surah al-‘Imran: 97)


Mak dan Ayah saya akan menunaikan Rukun Islam kelima mereka
dan akan berangkat ke Jedah pada hari Rabu ini.
Gembira dan sebak dalam satu masa.
Siapa sangka BERJAYA juga mereka menunaikan ibadah ini
bukan kerana berjaya melaksanakan fardhu Haji
atas wang titik peluh berniaga siang malam sejak kami kecil,
tetapi berjaya ke sana dengan kesihatan tubuh badan.
InsyaAllah. (sebak pula menaip)

Untuk kedua ibu bapaku, selamat berangkat menjadi tetamu
di rumah Allah. Anakmu ini doakan mak ayah sentiasa
dilindungi dan dirahmati Allah. Moga diberi kesihatan
yang baik untuk mak ayah mengerjakan ibadah.
Ya Allah, aku lepaskan ibu bapaku dari pangkuanku
untuk menemuiMu di rumahMu. Aku harapkan supaya Engkau
dapat menjaga mereka dan mengasihi mereka.
Terimalah ibadah mereka dan jadikan perjalanan ini diredhai.
Ya Allah, mereka menyambut panggilanMu.
Terimalah mereka, terimalah mereka, terimalah mereka..



Juga... kepada bakal-bakal Haji/Hajah,
selamat menunaikan Fardhu Haji.
Semoga Haji kalian adalah Haji yang mabrur. Amin




p/s : Akan mengiringi Mak Ayah hari Rabu ini sekitar
pukul 4am dari rumah. Rombongan bakal-bakal Haji
akan bermula
di Bangunan Tabung Haji, Kelana Jaya.
Kami sekeluarga akan terus menemani Mak Ayah di mana
penerbangan mereka KT64
adalah di KLIA.




Thursday, October 21, 2010

Think big

Sedang merancang sesuatu yang BESAR.
Tapi masih belum membuat sebarang keputusan nyata.
Mohon petunjuk-Nya untuk urusan ku ini.
InsyaAllah..amin





I like thinking big. If you're going to be thinking anything,
you might as well think big.

Donald Trump




Monday, October 18, 2010

Untuk muka berminyak



Produk ini aku beli dalam seminggu yang lalu. Tak diplin plan pun.
Kisahnya lepas habis kerja makcik aku ada call untuk menemankan
dia ke KLCC. Aku ingat Ok lah sambil tengok2 compact powder
yang dah lama aku tinggalkan.
(haih makin malas nak berdandan jika tidak dikawal)

Sampai di KLCC, sementara menunggu makcik aku teringat
si sahabat lama iaitu Ida aka Faridah Othman (bukan
sengaja letak nama penuh ya,
tapi memang ramai orang kenal dia dengan nama ini)
yang bekerja di CIMB.
Terus call, alamak...
no Hp dia tak disimpan di telepon aku rupanya.
Ini kes tak dapat transfer semua contact ke dalam Hp baru la ni.
Nak tak nak, terpaksa meredah saja ke CIMB
walaupun tahu ketika itu kaunter sudah tutup.
Tanya pak guard (eh adik guard)
nasib baik kenal.
Siap jerit nama FaridahO lagi..hehe..meriah sekejap :)

Lama betul aku tak jumpa sahabat baik aku ni.
Borak punya borak..biasalah hilang rindu
dendam kejap. Paling best, si sahabat ini
menghadiahkan (ayat sopan)
aku secawan besar blended coffee dari Starbuck.
Alahai Ida..terharu aku..makin sayang
dengan kau Ida :)

Tak lama..terus beransur sebab si sahabat ini pun
kena sambung kerja sementara aku
terus berjumpa dengan makcik aku.
Ok..tak berjalan sangat sebab kami terus ke kaunter MAC.
Teringat yang compact powder aku dah lama habis
dan berbulan tak pakai.
(kes pakai bedak talkum J&J je, senang kan)
Jadi aku beli Studio Fix Powder NC40.
Sangat natural dan teksturnya juga ringan.

Kemudian, tanpa dirancang juga aku pertama kalinya
membeli satu produk yang sangat cool dan hebat.
Shu Uemura UV Underbase Mousse PA30+++
sangat ringan dan paling mudah di-apply di muka.
Percaya atau tidak, walaupun tanpa span
@ berus wajah kita tetap
kelihatan 'kemas' dan sangat natural.
(bagi kebanyakan amatur menyapu
mousse/foundation adalah sangat menyusahkan)

Tidak seperti kebanyakan mousse @ bedak asas
berbentuk cecair yang lain,
sekali sapu selepas 2 3 jam muka pun kelihatan berminyak2
lagi2 selepas habis lunch,kan?
Tapi, mousse akan membuatkan
makeup tahan lebih lama
dan ini memang
penemuan terhebat aku
(gila hebat iklan percuma ini ya..hehe)




Dah seminggu lebih ini, rutin pemakaian sehari2 aku
ke tempat kerja di mulakan dengan :


Himalaya Herbals - Face Wash Cream


Sebelum meng-oles Shu Uemura UV Underbase mousse tadi,
aku sapu Face Moisturizing Lotion
dari Himalaya Herbals juga.
Kesannya, wajah kelihatan segar. cewah


Barulah aku sapu dua produk yang di atas tadi.
Untuk pendapat peribadi
sendiri, aku rasa sangat
berbaloi dengan masa kurang sampai 30min
untuk merias diri kita.

Oh ya..jangan lupa sentuhan terakhir (gitu)

Revlon Colorburst in Mauve. Ohh..love this shade.
Compare dengan MAC lustre in Mauve yang aku
beli dulu, produk dari Revlon ini
sangat moisturize
dan cantik di bibir.





Tuesday, October 12, 2010

Twinkle twinkle little star


Things that would seem like they would be meaningful
or exciting have a whole new meaning when
I experience them all over again for the first time with

my beloved daughter..
Nur Hanania Amani





And this tutus skirt would be
super cute
with
my Nia





p/s: Hanya rancang majlis kecil-kecil :)




Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP