Monday, October 25, 2010

Panggilan Haji

Salam

Melaksanakan ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang
diwajibkan ke atas individu muslim yang mempunyai kemampuan
dari segi keupayaan tenaga dan kemampuan dari segi wang ringgit
sekali seumur hidup.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

( (سورة ال عمران: 97
Tafsirnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji
dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan
berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan
kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”
(Surah al-‘Imran: 97)


Mak dan Ayah saya akan menunaikan Rukun Islam kelima mereka
dan akan berangkat ke Jedah pada hari Rabu ini.
Gembira dan sebak dalam satu masa.
Siapa sangka BERJAYA juga mereka menunaikan ibadah ini
bukan kerana berjaya melaksanakan fardhu Haji
atas wang titik peluh berniaga siang malam sejak kami kecil,
tetapi berjaya ke sana dengan kesihatan tubuh badan.
InsyaAllah. (sebak pula menaip)

Untuk kedua ibu bapaku, selamat berangkat menjadi tetamu
di rumah Allah. Anakmu ini doakan mak ayah sentiasa
dilindungi dan dirahmati Allah. Moga diberi kesihatan
yang baik untuk mak ayah mengerjakan ibadah.
Ya Allah, aku lepaskan ibu bapaku dari pangkuanku
untuk menemuiMu di rumahMu. Aku harapkan supaya Engkau
dapat menjaga mereka dan mengasihi mereka.
Terimalah ibadah mereka dan jadikan perjalanan ini diredhai.
Ya Allah, mereka menyambut panggilanMu.
Terimalah mereka, terimalah mereka, terimalah mereka..



Juga... kepada bakal-bakal Haji/Hajah,
selamat menunaikan Fardhu Haji.
Semoga Haji kalian adalah Haji yang mabrur. Amin




p/s : Akan mengiringi Mak Ayah hari Rabu ini sekitar
pukul 4am dari rumah. Rombongan bakal-bakal Haji
akan bermula
di Bangunan Tabung Haji, Kelana Jaya.
Kami sekeluarga akan terus menemani Mak Ayah di mana
penerbangan mereka KT64
adalah di KLIA.




2 comments:

Unknown Monday, October 25, 2010  

mama abah aku pun dpt surat kena p haji thn nie... tp tpaksala kansel coz adik aku ngah exam PMR.InsyaAllah thn depan.... kim salammak hang yek....

Sukma SuKkma Monday, October 25, 2010  

La ye ke? kalo dah dapat then cancel, offer kedua tak lama ke? kalo postpone tahun depan ok gak tuh

Ok InsyaAllah, akan aku sampaikan salam hang..

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP