Friday, December 31, 2010

Misi Besar 2011


Masa menaip nih Nia di sebelah, tengah baring

dan tak sihat sebab kena sembelit. Kesian sangat dia.
Nasib baik dah OK dan boleh baring sebab dari
tadi asyik nak kena dukung serba tak kena dia..
Now lepas bagi ubat dari Dr Altaf TTDI dan jus buah,
perut dia pun dah lega rasanya..

Jadi sambut tahun baru dengan anak dan
family tersayang saja hehe..

Oh ya,esok saya akan bertolak ke Skudai...

Antara MISI BESAR untuk esok di awal tahun 2011 ialah
untuk mendaftarkan diri ke UTM Skudai sebagai
pelajar barunya...fuh! Susah nak describe perasaan saya
sekarang...tetapi semua bercampur aduk..
happy dan berdebar2...!

MISI kedua adalah untuk SPONSOR rakan kongsi.
Bayangkan lepas register je terus jumpa
client..study plus business trip...2 in 1
harap2 semua berjalan dengan lancar!!

Doakan ya!

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan
selamat menyambut tahun baru kepada sahabat2
dan blogger semua...

Tetapkan matlamat dan azam kamu,
yang penting semuanya dilakukan dengan
MINAT dan PASSION..jangan lupa FOCUS as always'
InsyaAllah!


Thursday, December 30, 2010

PREMIUM BEAUTIFUL FINAL CALL


FIRST TIME IN HISTORY!!
SYARIKAT MENGELUARKAN REBATE
UP TO RM4500! SEMPENA MENJADI
PENAJA UTAMA
UNTUK GADIS MELAYU..



SAVE RM900+++

CALL 019-2655884

GET FREE TRIAL!!

CASH, CREDIT CARD
AND INSTALLMENT
ACCEPTED!!

PREMIUM BEAUTIFUL SUITABLE FOR:


FOR THOSE NAK CANTIK, BODY SHAPE, KURUS
  • NAK CONCEIVE BABY- Yes dia mampu balancekan hormone dalam badan perempuan
  • CYST/FIBROID - it help to reduce and mengecilkan size cyst or fibroid
  • CONSTIPATION - it helps to increase your metabolism hence, lagi senang nak membuang2..
  • SLIP DISC- our Premium Beautiful certified by AMERICAN, CANADIAN and QUEBEC chiropractic Association. Premium Beautiful consist of 7 memory wires that helps to support your back bone
  • MIGRAINE AND GASTRIC
  • IRREGULAR PERIOD FLOW
  • SAGGING BREAST
  • PRO TO BREAST FEED MOM! This is soooo true... one of my bizz partner is currently BF-ing her child, and from 1.5 bottle pump a day, skarang boleh dapat 4 botol amazinggg!!
  • CONFINEMENT- mengecutkan rahim dengan lebih cepat.. and best of all selesa!!

Wednesday, December 29, 2010

Cleaning Out my Closet


Eminem kata Cleaning out my closet..tapi kes saya ni macam nak

penuhkan closet je..Penghujung tahun 2010 ni selain
dengan kerja di opis baru,

join pula bisnes Premium Beautiful dan terbaru,
mendapat tawaran untuk sambung belajar..
yang sekian kalinya asyik ditunda..
Alhamdulillah masih ada peluang untuk saya
menimba ilmu di hujung usia 20an..

Dengan title ibu, businesswoman (yang sentiasa
gigih mengejar kejayaan)

dan bakal pelajar lagi pula di saat2
semua perkara datang serentak..

saya memerlukan sedikit perubahan bukan saja
dari segi spiritual,

pembangunan diri dan sebagainya
tetapi juga dari segi penampilan diri.

Saya tahu apa yang bakal saya hadapi kelak
sangat melelahkan dan menduga mental fizikal
tetapi dengan matlamat yang tepat dan jelas...
InsyaAllah..saya pasti boleh!
Bak kata Irfan Khairi tentang Matlamat..
"Setiap orang perlu mempunyai matlamat dari beberapa segi
seperti matlamat dari segi keluarga, peribadi, fizikal,
kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri,
karier, kewangan, material dan spiritual untuk mencari KESEIMBANGAN"

Dan paling penting bagi saya, apa2 perkara yang kita nak buat
atau sedang lakukan...pastikan ia dilakukan kerana MINAT..
sebab bagi saya kalo takde minat..
takde FOCUS dan PASSION..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Nak berdaya memang susah. Tetapi untuk berDALIH,
memang MUDAH.

Orang yang berjaya akan melakukan
perkara yang SUSAH2.
orang yang tak berjaya akan melakukan perkara yang MUDAH.
Jadi, lepas ni kita cuba lakukan perkara yang susah ok"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan antara perubahan bagi menaikkan semangat
di awal tahun 2011 ini ialah memberi sedikit suntikan
feminin terhadap imej saya..ehemm..
untuk menampakkan imej seorang ibu, businesswoman
dan bakal pelajar...
kalo 9 tahun lepas saya sebagai pelajar bertudung
yang ala tomboy, lasak sedikit cool (haha)

Now..masa untuk perubahan..dengan tujuan yang JELAS!
(dulu tujuan hanya nak result bagus then kerja)
tapi tujuan2 tersebut PERLU di pecahkan
lebih detail dan SEIMBANG bak kata IK :)

Untuk penampilan feminin yang saya maksudkan
tadi saya lebih memfocuskan tentang
BAJU. Mungkin ada perubahan dari
pemakaian tudung, kasut, make up dan
sebagainya tetapi kebelakangan ini memandangkan
hampir setahun juga tak membeli pakaian sejak melahirkan
Nia, jadi saya rasa BAJU adalah ide yang bagus untuk
'diperbaharui'. Saya fikir ide 3 in 1 sangat baik
sekarang memandangkan saya boleh memakai baju2 ini
untuk ke opis, jumpa client dan ke kuliah.
Jimat dan bergaya haha...

Ini beberapa blouse yang berjaya menarik
perhatian saya.


Blouse dari bySi yang dibeli secara tak sengaja di Mid Valley
Jumaat lepas. Sebenarnya memang teringin
sangat nak beli blouse macam ni tapi susah
nak jumpa yang betul2 sesuai

dengan badan. Nak beli di butik Warehouse
belum mampu lagi
(walopun Warehouse tengah ada
SALE 50%, tapi hanya untuk baju2 lama..
yang cantik2 semua New Arrival..isk taktik2)

blouse ni dari Dorothy Perkin, One Utama.
Tak berapa clear warna asal baju ni. Tapi memang betul2 cantik
terletak di badan. Sebenarnya hangin juga
bila teringat baju ni sebab

masa ternampak kedai DP dari luar dia tulis 50% SALE...
punyalah excited terus terjah dalam kedai..
lepas tuh nampak lah
dereten blouse purple ni...
saya tanya Salesgirl,
ada tak diskaun untuk blouse ni

dia jawap takde. O|K lah kalo takde diskaun..
so pusing2 tengok yang lain

padahal dah jatuh cinta dengan blouse purple tadi.
Last2 kat deretan baju2 lain, ternampak blouse
yang sama tapi color lain saja
ada 30% diskaun
(black & light brown) punyalah gerammm..
Tapi dek kerana dah sukaaa sangat dengan
blouse yang color purple...
terpaksa mengalah jua..
.(pandai strategi depa kan)

dari dekat macam ni la color dia...light purple..
kain lembut dan silky


blouse biru gelap ni dari Communique, KLCC.
Menariknya sebab ada 30% diskaun dan last piece.
Cantik terletak di badan dan nampak sofisticated.
Agak nipis so kena pakai inner kat dalam.

Yang ini pula dari Stylish Hijabian Store yang
dibeli online minggu lepas.

Kena pakai inner juga. Opis mate kak Huda suruh suai
padankan dengan flowy skirt

dari Ammara Boutique...hhmm ide bernas juga tuh..



“Fashion fades, only style remains the same.”
Coco Chanel

Tuesday, December 28, 2010

Twinkle Twinkle Little Star


Tajuk entry ni takde kena mengena dengan cerita yang nak diceritakan.
Kebetulan sekarang hari2 mau nyanyi ini lagu daa :p

Sebenarnya ia sempena lagu tema Nia buat masa ini.
Nyanyi je lagu Twinkle2
mula lah goyang2kan bahu dia.
Nak cerita pasal Nia sekarang memang banyak ye lah
sebab kebelakangan
ni sangat jarang update tentang si kecil Nia, kan?
Tak pandai lah nak cerita perkembangan dia punya detail.
Setakat amik point2 kira OK lah ye dak Hehe..


Masa ni tengah tunggu anak kakak ipar, Ikmal turun untuk
buka pintu @ kondo sebab kena card.
Main2 dulu kat sofa (orang buang kot)
Dua saat je dia duduk kat sini sebab dok sebok nak jalan.
(maklum lah baru dapat kaki)


Apa lagi ya, perkembangan Nia selain dah boleh berjalan beberapa
langkah dia suka panjat sofa (ni kat rumah Mak)
dan tangga rumah Mertua
(ni sapa nak diet sihat boleh try jaga Nia,
sebab akan ulang alik angkat dan alihkan dia dari tangga.
Last2 ke situ juga
dia pergi. Diam2 dah kat atas tangga. )
Kecut perut betul bila tengok dia
dah di atas tapi Nia sengih2 je tengok kita..aiya

Tengok tuhh..dia sendiri tarik kerusi dekat dengan
kabinet tv dan naik kat kerusi tanpa segan silunya...haih

suka tengok tv yang ada nyanyi2 tak kira la lagu melayu ke,
lagu english ke lagu Hindi ke..asal melody rancak
dia layannnn :D
Macam gambar di atas, Nia tengah syok
layan 'Jangan Lupa Lirik'
sambil makan kek pisang :)

Nia juga suka 'membaca'. Baca la sangat kan. Sebenarnya dia
suka tengok gambar2 je. Sambil2 kita baca, dia akan perati
dan dengar dengan penuh kusyuk apa yang kita bacakan.
Hasil pembacaan bersama, Nia dah tau mana satu bunyi 'Tiger',
bunyi 'Cow', bunyi 'Cat' dan bunyi 'Bird'...

Lagi satu dia sangat mudah meniru perbuatan2 kita.
Contoh ambil penyikat rambut dan sikat kat kepala dia,
stoking/kasut sarung di kaki dia. Walaupun bukan betul sangat cara dia
buat tapi satu perkembangan yang baik, kan..

Nia pun dah pandai tunjuk perasaan. Contoh kalo
kita tak bagi dia keluar ke, tak bagi
barang yang dia nak..dia akan
ala hempas badan ke lantai dan menangis macam
buat2...aiya..Hari tu, elok je senyap kat
rumah makcik, dan2 nampak
mama dia terus buat2 nangis...isk ..

Nia juga suka MAKAN...yeah, semua benda masuk mulut.
Mula2 dulu suka masukkan kunci kereta la, remote la..
sekarang dah ubah selera dengan makan makanan yang
berkhasiat sikit spt bubur, buah2an, kek, nugget dll.
Gambar ni dia tengah makan kek pisang...yummy..
(buku2 memang kena sentiasa
ada depan dia sebab nak kasi alihkan perhatian
dia dengan bahan bacaan Haha)


Ini masa nak pergi ke Makcik belah mr Hazwan di PJ
sempena kenduri doa selamat Sabtu lepas. Ahadnya pula
anak sulung Makcik akan mengikat tali pertunangan, kira
kenduri nak bertunang plus masuk rumah baru.


Tuesday, December 21, 2010

My Stylish Hijabian Wish List

inspiration by Stylish Hijabian Store

inspiration by Ammara Boutique

inspiration by my CDM Hanis

last but not least, super cool & talented MaySaa
designer from London - Hana Tajima



*Kamu suka yang mana? :)


Monday, December 20, 2010

Buffet ala Swiss dan France


Sebenarnya ini adalah kali kedua saya datang ke sini.

Marche atau disebut Mar-Shay dalam bahasa Perancis
membuat kita yang datang ke sana seolah2
berada di luar negeri.

Waktu tengah hari tak perasan sangat
suasana di dalam dari luar.
Tup2 bila dah masuk, macam masuk
ke dalam poket Doraemon.

Ala2 terkejut sikit lah sebab suasana nya
sangat mengujakan gitu.

Terbaru saya bersama keluarga Mertua
telah datang sekali lagi

untuk satu sesi makan malam kecil Sabtu lepas.
Kepada yang belum pernah singgah
dan datang ke restoran Marche,
kamu akan diberi satu kad kecil seperti 'passport'
untuk masuk ke dalam.

(*kad tuh jangan dihilangkan,
atau kamu akan 'menderma' rm200 kepada
Tabung Kebajikan dengan
paksa rela hehe)

Ini lah kad @ passport untuk masuk ke dalam.
Pelanggan yang ingin order makanan di setiap
stall yang disediakan perlu memberi kad tuh
kepada 'chef' yang menjaga stall tuh.
Contoh kamu pergi ke gerai Pasta, beri kad tadi ke chef
dan chef tuh akan cop dan tulis2 kod di kad tadi.
Tak ke macam passport tuh ;)

Gerai Grill, Rotiseerie dan Rosti
Rosti ni sebenarnye adalah makanan Swiss dan
consists of mainly potatoes a.k.a kentang.
Harga plain Rosti – RM7.50. Kalau nak with topping,
ada few boleh dipilih; with cheese -RM13, with sausage -RM17.40,
with mushroom ragout -RM14.00, with egg -RM9.50.


Gerai Soup, Fritto dan Pasta. Kalau nak order
Mushroom Soup yang pekat dan sedap giler, ada
di sini. Spagetti dia pun not bad.

Salad dan Mushroom

kita singgah ke gerai Juice pula. Boleh pilih
Single or Mix juice. Harga bolehhh
tahan juga huhu

Salad dan buah2an. Ambil sikit je sebab
bukan menu fav. ;p

Dessert yang sangat menyelerakan.
Tapi biasanya makan sikittt je sebab dah 'full' ;)

*sumber gambar dari Dino blog


Dan ini pula kami sekeluarga Sabtu lepas.
Ada promo sempena sambutan
Krismas yang bakal tiba.

si kecil Nia pun nak pipi dia dilukis bunge2.
Tapi tengok lah takut2 pulak dia..hehe

Izatul aka Kakak tengah bernyanyi untuk kasi
Nia leka sekejap. Amoi yang tolong lukis senyum2 sambil kata
"Ohh itu lagu untuk baby ni ke? okay nyanyi2..dia suka ye
clever girl..."

Taraa..dah siap! :) letih Tok Wan dukung Nia

Ucu yang happy menikmati makanannya

mr Hazwan dan MIL, kusyuk menikmati juadah.
Norwegian Salmon steak, Mushroom,
Salad & Orange juice

FIL dan cucu2 yang sentiasa meng-havoqkan
keadaan :D

SIL dan abg ipar yang turut happy
dengan santapan masing2

yang bagusnya restoran ni ada menyediakan
playground di satu sudut yang tak
terlalu kecil tak terlalu besar. Kira OK nak
masukkan kanak2 nih main ;p

Weehuuu...seronoknya dia main slide

Okay gambar ramai2 lagi..kids are adorables kan :)

adik ipar saya yang bongsu ni
memang suka layan anak2 buah.
Lagi2 tang bergambar.. hihi

Okay..saya memang dah macam
tenggelam dipeluk anak buah sendiri Hehe..

Nia tension sebab dia nak main slide
tapi mama dia dok bergambar je huhu

peace...

Okay...nak balik dahhh

Last pic sebelum menuju ke kaunter pembayaran bill.
Nak balik ikut pintu lain tau. Arah belakang berdekatan
toilet. Dan jangan lupa untuk menyerahkan
kad aka passport kamu tadi.


Okay..selamat mencuba :)


Wednesday, December 15, 2010

Hadiah dari Jeddah


Dalam pada teruja dan happynya saya sekeluarga menanti
Mak Ayah tiba dari Makkah, ada satu lagi sebab
kenapa keterujaan tuh bertambah2.
Nak tahu apakah bendanya?Haa tunggu
diakhir perenggan eh..

Sebenarnya selama 44 hari Mak Ayah pergi
menunaikan Haji yang lepas
memang sangat merisaukan kami adik beradik.
Siapa lah yang tak risau kan
Ibadah Rukun Islam yg kelima ini sebenarnya
satu2 rukun Islam yang menuntut pengorbanan dan
perjuangan yang bukan sedikit.
Jadi,atas dasar itulah...risau dan sebak dalam
hati sangat mendalam.
Hanya doa di hati kecil, semoga segalanya
berjalan dengan lancar.

Dan..ya, Alhamdulillah.
Mereka telah tiba tepat 1.05pm waktu Malaysia
di KLIA pada 11 December.
Perasaan menunggu parent tiba dari Haji
itu sangat mendebarkan, ya.
Ternanti2..tertunggu2..terjenguk2 dari kejauhan di hadapan
Balai Ketibaan Dalam Negeri.
Satu2 jemaah haji keluar..ada yang berkerusi roda
ada yang berjalan dipimpin
tangannya.

Dalam satu jam kemudian, baru kelibat Mak Ayah muncul.
Semacam suatu kegembiraan tahap maksima
bila ternampak muka Ayah dulu.
Kami sekeluarga dalam 3 kereta menjemput
hampir menangis kegembiraan.
Terharu dan sebak!

Dalam riuh dan sibuknya para manusia...
berasak2 mencari Mak Ayah.
Terus memeluk dan merangkul Mak sambil airmata
automik menitis gembira.
Syukur! Semuanya selamat!
Risau atas kesihatan demam,batuk
Mak Ayah saya di Mekah
terpadam serta merta. Syukur!

Inilah hadiah terbesar dari Jeddah, kepulangan
ibu bapa kita ke tanah air dengan selamat.

Hadiah kedua yang terbesar Mak saya berikan dari sana
ialah sepasang Kaftan yang indah.
Perlu diubah suai sikit sebab size 'small'
orang Arab macam size 'large' orang Asia.
Sebenarnya itu semua tak penting
bila kepulangan lah kita harapkan.
Walau bagaimanapun,
terima kasih Mak!


Monday, December 13, 2010

The only way to have a friend is to be one.


with a bunch of cool peoples
@ mcDonald Ampang Park
Saturday morning
last December 4




Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP