Wednesday, December 29, 2010

Cleaning Out my Closet


Eminem kata Cleaning out my closet..tapi kes saya ni macam nak

penuhkan closet je..Penghujung tahun 2010 ni selain
dengan kerja di opis baru,

join pula bisnes Premium Beautiful dan terbaru,
mendapat tawaran untuk sambung belajar..
yang sekian kalinya asyik ditunda..
Alhamdulillah masih ada peluang untuk saya
menimba ilmu di hujung usia 20an..

Dengan title ibu, businesswoman (yang sentiasa
gigih mengejar kejayaan)

dan bakal pelajar lagi pula di saat2
semua perkara datang serentak..

saya memerlukan sedikit perubahan bukan saja
dari segi spiritual,

pembangunan diri dan sebagainya
tetapi juga dari segi penampilan diri.

Saya tahu apa yang bakal saya hadapi kelak
sangat melelahkan dan menduga mental fizikal
tetapi dengan matlamat yang tepat dan jelas...
InsyaAllah..saya pasti boleh!
Bak kata Irfan Khairi tentang Matlamat..
"Setiap orang perlu mempunyai matlamat dari beberapa segi
seperti matlamat dari segi keluarga, peribadi, fizikal,
kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri,
karier, kewangan, material dan spiritual untuk mencari KESEIMBANGAN"

Dan paling penting bagi saya, apa2 perkara yang kita nak buat
atau sedang lakukan...pastikan ia dilakukan kerana MINAT..
sebab bagi saya kalo takde minat..
takde FOCUS dan PASSION..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Nak berdaya memang susah. Tetapi untuk berDALIH,
memang MUDAH.

Orang yang berjaya akan melakukan
perkara yang SUSAH2.
orang yang tak berjaya akan melakukan perkara yang MUDAH.
Jadi, lepas ni kita cuba lakukan perkara yang susah ok"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan antara perubahan bagi menaikkan semangat
di awal tahun 2011 ini ialah memberi sedikit suntikan
feminin terhadap imej saya..ehemm..
untuk menampakkan imej seorang ibu, businesswoman
dan bakal pelajar...
kalo 9 tahun lepas saya sebagai pelajar bertudung
yang ala tomboy, lasak sedikit cool (haha)

Now..masa untuk perubahan..dengan tujuan yang JELAS!
(dulu tujuan hanya nak result bagus then kerja)
tapi tujuan2 tersebut PERLU di pecahkan
lebih detail dan SEIMBANG bak kata IK :)

Untuk penampilan feminin yang saya maksudkan
tadi saya lebih memfocuskan tentang
BAJU. Mungkin ada perubahan dari
pemakaian tudung, kasut, make up dan
sebagainya tetapi kebelakangan ini memandangkan
hampir setahun juga tak membeli pakaian sejak melahirkan
Nia, jadi saya rasa BAJU adalah ide yang bagus untuk
'diperbaharui'. Saya fikir ide 3 in 1 sangat baik
sekarang memandangkan saya boleh memakai baju2 ini
untuk ke opis, jumpa client dan ke kuliah.
Jimat dan bergaya haha...

Ini beberapa blouse yang berjaya menarik
perhatian saya.


Blouse dari bySi yang dibeli secara tak sengaja di Mid Valley
Jumaat lepas. Sebenarnya memang teringin
sangat nak beli blouse macam ni tapi susah
nak jumpa yang betul2 sesuai

dengan badan. Nak beli di butik Warehouse
belum mampu lagi
(walopun Warehouse tengah ada
SALE 50%, tapi hanya untuk baju2 lama..
yang cantik2 semua New Arrival..isk taktik2)

blouse ni dari Dorothy Perkin, One Utama.
Tak berapa clear warna asal baju ni. Tapi memang betul2 cantik
terletak di badan. Sebenarnya hangin juga
bila teringat baju ni sebab

masa ternampak kedai DP dari luar dia tulis 50% SALE...
punyalah excited terus terjah dalam kedai..
lepas tuh nampak lah
dereten blouse purple ni...
saya tanya Salesgirl,
ada tak diskaun untuk blouse ni

dia jawap takde. O|K lah kalo takde diskaun..
so pusing2 tengok yang lain

padahal dah jatuh cinta dengan blouse purple tadi.
Last2 kat deretan baju2 lain, ternampak blouse
yang sama tapi color lain saja
ada 30% diskaun
(black & light brown) punyalah gerammm..
Tapi dek kerana dah sukaaa sangat dengan
blouse yang color purple...
terpaksa mengalah jua..
.(pandai strategi depa kan)

dari dekat macam ni la color dia...light purple..
kain lembut dan silky


blouse biru gelap ni dari Communique, KLCC.
Menariknya sebab ada 30% diskaun dan last piece.
Cantik terletak di badan dan nampak sofisticated.
Agak nipis so kena pakai inner kat dalam.

Yang ini pula dari Stylish Hijabian Store yang
dibeli online minggu lepas.

Kena pakai inner juga. Opis mate kak Huda suruh suai
padankan dengan flowy skirt

dari Ammara Boutique...hhmm ide bernas juga tuh..



“Fashion fades, only style remains the same.”
Coco Chanel

0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP