Twinkle Twinkle Little Star
Tajuk entry ni takde kena mengena dengan cerita yang nak diceritakan.
Kebetulan sekarang hari2 mau nyanyi ini lagu daa :p
Sebenarnya ia sempena lagu tema Nia buat masa ini.
Nyanyi je lagu Twinkle2
mula lah goyang2kan bahu dia.
Nak cerita pasal Nia sekarang memang banyak ye lah
sebab kebelakangan
ni sangat jarang update tentang si kecil Nia, kan?
Tak pandai lah nak cerita perkembangan dia punya detail.
Setakat amik point2 kira OK lah ye dak Hehe..
Masa ni tengah tunggu anak kakak ipar, Ikmal turun untuk
buka pintu @ kondo sebab kena card.
Main2 dulu kat sofa (orang buang kot)
Dua saat je dia duduk kat sini sebab dok sebok nak jalan.
(maklum lah baru dapat kaki)
Apa lagi ya, perkembangan Nia selain dah boleh berjalan beberapa
langkah dia suka panjat sofa (ni kat rumah Mak)
dan tangga rumah Mertua
(ni sapa nak diet sihat boleh try jaga Nia,
sebab akan ulang alik angkat dan alihkan dia dari tangga.
Last2 ke situ juga
dia pergi. Diam2 dah kat atas tangga. )
Kecut perut betul bila tengok dia
dah di atas tapi Nia sengih2 je tengok kita..aiya
Tengok tuhh..dia sendiri tarik kerusi dekat dengan
kabinet tv dan naik kat kerusi tanpa segan silunya...haih
suka tengok tv yang ada nyanyi2 tak kira la lagu melayu ke,
lagu english ke lagu Hindi ke..asal melody rancak
dia layannnn :D
Macam gambar di atas, Nia tengah syok
layan 'Jangan Lupa Lirik'
sambil makan kek pisang :)
Nia juga suka 'membaca'. Baca la sangat kan. Sebenarnya dia
suka tengok gambar2 je. Sambil2 kita baca, dia akan perati
dan dengar dengan penuh kusyuk apa yang kita bacakan.
Hasil pembacaan bersama, Nia dah tau mana satu bunyi 'Tiger',
bunyi 'Cow', bunyi 'Cat' dan bunyi 'Bird'...
Lagi satu dia sangat mudah meniru perbuatan2 kita.
Contoh ambil penyikat rambut dan sikat kat kepala dia,
stoking/kasut sarung di kaki dia. Walaupun bukan betul sangat cara dia
buat tapi satu perkembangan yang baik, kan..
Nia pun dah pandai tunjuk perasaan. Contoh kalo
kita tak bagi dia keluar ke, tak bagi
barang yang dia nak..dia akan
ala hempas badan ke lantai dan menangis macam
buat2...aiya..Hari tu, elok je senyap kat
rumah makcik, dan2 nampak
mama dia terus buat2 nangis...isk ..
Nia juga suka MAKAN...yeah, semua benda masuk mulut.
Mula2 dulu suka masukkan kunci kereta la, remote la..
sekarang dah ubah selera dengan makan makanan yang
berkhasiat sikit spt bubur, buah2an, kek, nugget dll.
Gambar ni dia tengah makan kek pisang...yummy..
(buku2 memang kena sentiasa
ada depan dia sebab nak kasi alihkan perhatian
dia dengan bahan bacaan Haha)
Ini masa nak pergi ke Makcik belah mr Hazwan di PJ
sempena kenduri doa selamat Sabtu lepas. Ahadnya pula
anak sulung Makcik akan mengikat tali pertunangan, kira
kenduri nak bertunang plus masuk rumah baru.
0 comments:
Post a Comment