Nia goes to school
Sebenarnya bukan ke sekolah pun.
Tapi hantar Nia ke TM Nursery
semalam. Tak sangka dapat juga masuk sana.
Selama setahun dijaga di rumah jadi bila nak hantar Nia
ke Nursery lain betul saya rasa. Di nursery tuh terbahagi
kebeberapa bilik mengikut usia. Bilik Nia ialah Bilik B
iaitu bawah 2 tahun. Rasanya Nia antara yang paling kecil
sebab kebanyakan dalam bilik tuh dah pandai berjalan.
Biasa lelaki la, yang perempuan elok je duduk setempat hehe.
Ada beberapa permainan kat situ. Ada la mini slide,
cute pulak tengok. Nia pun macam suka pulak.
Langsung join the group tapi muka kena serius dulu
biasalah kan Nia :p
Pada masa yang sama kena serahkan barang2 keperluan
seperti susu,baju,pampers dll. Lagi satu botol susu
dan beg ditanda dengan nama anak masing2 takut tertukar.
Dah botol susu lebih kurang, Avent juga..jadi kena tanda.
Pertama kali hantar anak ke nursery so
macam jakun sikit hihi. Dah siap semua,
masa untuk balik ke opis masing2.
Hairannya Nia buat dekk je masa kami ke pintu.
Biasa mesti menangis nampak kami keluar pintu.
Ini agaknya kawan ramai sangat
tuh yang terleka hehe.
Ini gambar2 masa mengambil Nia petangnya.
Masa ambil dia tengah
nyenyak tidur. Sedikit rasa lega sekurang2nya
tak risau sangat hati. Mana taknya, tengah hari tuh
bersama opis mate pergi menjenguk aktiviti Nia
di kelas. Curik2 tengok sebenarnya dari luar pintu.
Alahaiiii..terharuunya..sumpah tak tahu nak cakap
macam mana. Rasa dah besar betul anak saya.
Masa kami datang dia tengah duduk dalam 1 group
makan biskut sambil tengok ada satu
budak tengah menangis/meragam kot.
Nia elok je tengok budak yang tengah menangis
sambil makan biskut haha. Dia pun
tak tau apa sebenarnya yang berlaku kan.
Apa pun..lega,happy dan terharu sebab
rasa anak tuh dah besar sangat.
Mungkin pada orang lain, ini perkara
biasa sebab dah lalui awal2 lagi.
Tapi, selama setahun..baru kali ini Nia
dihantar ke nursery/sekolah..jadi
agak teruja..maknya haha..
0 comments:
Post a Comment