Minta tukar Hp baru
Baru mendapatkan Hp baru untuk diri sendiri Ahad lepas.
Tak pasal2 kena keluar duit sendiri.
Dekat 6 tahun juga pakai SE K750i aku tuh, sekarang hanya
jadi back up phone saja. Ini semua kerana si kecil Nia yang banyak
pandai sekarang. Nak main, tak mahu anak patung atau permainan
yang sewaktu dengannya. Dia lebih teruja dengan gadget (cewah)
seperti Hp dan Remote Tv (setakat ini). Sebagai mengesahkan lagi...
aku pernah letakkan 2 barang yang berlainan
di depan dia untuk dicapai. Satu toys yang super kiut
dan satu lagi remote tv. Tahu apa dia pilih? Yes...remote tv. Haih.
Pandai pulak dia memilih. Punya penat la hari itu dok cari2 toys ,
ye lah nama pun budak bawah 1 tahun mainan apa lagi
kalau bukan mainan yang siap ada bunyi2 kiut tuh.
Lagi satu dengan anak patung Minnie awek
Mickey Mouse yang comel.
Malangnya, semua tuh langsung
tak menarik perhatian si kecil Nia.
Lagi satu, jangan sekali kali menunjukkan dengan wajah
yang riang Hp kamu. Sepantas kilat dia akan focus
dengan Hp tersebut dan kalau disorokkan sepantas kilat,
sepantas itu juga dia akan mencari tempat
mana kamu sorok Hp itu. Kalau bagi kat dia,
natijahnya (gitu) masuk mulut penuh dengan ayaq liur dia lerr.
Huwaa..tak pasal2 bateri kamera padam tak berfungsi.
Padahal bukan selalu aku bagi dia
masukkan Hp SE itu dalam mulut.
Memang kalau nampak saja dia dengan Hp,
terus aku buat rampasan kuasa. Tapi nak buat macam mana,
agaknya memang nak minta ganti baru (kot).
Haihh...Serius, memang tak mahu belikan dia mainan lagi...huhuhu..
Jadi, Ahad lepas keluar lah dengan my bro, Fuad dan mr Hazwan
ke Sg Wang Plaza. Mulanya 2 orang ini nak
beli PS3 Joystick. Terus teringat alang2 dah
sampai Sg Wang, nak survey Hp.
Survey punya survey...akhirnya ter-beli lah
Hp ini.
Model terbaru dari E series - Nokia E5.
Memang dah lama tak guna Nokia sebelum SE aku ini
sejak zaman
N2600 dulu. Hehe.
Apa macam? Mengancam tak?
Secara keseluruhannya, apa yang aku perlukan
dalam hp ini semua ada.
Camera 5.0 MP (ini terbaik), Facebook, Email,
Wifi Hsdpa hingga 10.2 Mbps, GPS
dan kualiti speakerphone 3.5mm audiojack.
Sudah cukup untuk aku. :)
p/s :
Oh ya, di kesempatan ini ingin mengucapkan
Salam Ramadhan Eid Mubarak sempena
puasa yang akan jatuh di esok hari. InsyaAllah.
Jadi ini malam, boleh start terawih kepada
yang boleh.
Semoga Ramadhan ini akan membawa
seribu pengertian dan keberkatan
kepada sahabat-sahabat
Muslim sekalian.
InsyaAllah.
2 comments:
wOw..terbeli tu..tu yg kite nak dengar.hehe..cun hp tu. :)
kehkehkeh..setakat ni sgt berpuas ati dgn E5 :)
Post a Comment