Monday, August 9, 2010

Musim orang kahwin

Lagi 2 hari umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Penutup bulan Sya'ban aku ialah Majlis Perkahwinan sahabat
mr Hazwan, iaitu Raezal & Asyura di
Shangri-La Grand Ballroom Hotel, Sabtu lepas.
Tema perkahwinan pasangan tersebut ialah hampir
100% tema dari negara Matahari Terbit, Jepun.
Simple tetapi kelihatan sangat romantis.
Bunga2 Sakura memenuhi ruang ballroom.
Unik kan?

Tetamu Kehormatnya ialah Pak Lah. Dan hiburkan oleh
Jejaka Terhangat Malaya Anuar Zain dan
yang jelita yang seksi, Hannah Tan.
Ohh kulit dia sangat cantik macam porselin. Tak jemu dipandang.
Majlis sangat elegant dan indah.
Makanan pun 80% bertema Jepun. Ada sushi, miso sup dan
kacang2 ber-wasabi (gile pedas ini kacang, pedih lidah)
Menu utama Nasi Beriani. Sedap juga.
Tapi tak berapa nak abis sebab dah belasah sushi awal-awal tadi.
Menu ketiga, dijamu dengan dessert
Green tea Cheese cake. Sedap & manis.

Menariknya, sambutan dari tuan rumah iaitu ahli keluarga
pengantin seperti Ibu pengantin lelaki sangatlah baik.
Sudah lah cantik, peramah sekali melayani para tetamu.
Di hujung majlis, sempat mengambil gambar kenangan
bersama kedua pasangan pengantin.
Sudah nama majlis kawan-kawan sekolah,
memang meriah & havoq!


Kepada kedua pengantin,
saya ucapkan selamat menempuhi perjalanan baru kalian.
Semoga memperoleh keluarga yang sakinah mawaddah & wa rahmah
Amin.















0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP