Saturday, September 12, 2009

my 30 weeks pregnant..2 month to go..

Hari ni puasa berlubang lagi. Serius, bukan sengaja tapi memang tak dapat nak dielakkan lagi. Bila try (or paksa puasa penuh) lagi-lagi waktu bekerja kena pula duduk dalam opis yang sejuk semacam..memang mencabar..kepala cepat pening-pening..perut (my lil yg meragam kot) terasa serba tak kena. Di awal puasa takde masalah sangat..masih bertenaga dan semangat berpuasa penuh...bila dapat jadual kerja straight pagi (alasan kot :p)..imun dalam serta merta kembali lemah..aduii hancur lebur angan-angan puasa penuh tahun ini..

Yang peliknya..bila puasa satu hari suntuk di opis (kejadian selalu berlaku di opis..isk)..my lil HA (panggilan manja buat my lil, tak dapat nak reveal nama penuh dia lagi..rahsia, ewah!) tak senang duduk..asyik menendang-nendang saja..bila si kecil nih aktif menendang, aku yang tengah menggagahi diri berpuasa ter-effect sama..rasa senak..rasa tak sedap badan..moody..tapi bila terpaksa ponteng, langsung my lil HA ini elok je senyap kat dalam perut..bertuah punya anak..tak kasi can mama berpuasa ke? isk isk..Tapi kalau paksa-paksa pun., kesian juga dengan lil HA..mesti dia tak selesa di dalam perut..kekurangan vitamin & zat2 tertentu..

Sekarang ini pun ulser di tepi bibir aku masih tak elok2 lagi :-( nasib baik dah agak kering..memang selalu macam n, kena pulak cuaca panas di bulan Sept..kebiasaannya aku minum 8-9 gelas air suam sehari..kalau puasa terpaksa 3-4 gelas saja..badan terus terhidraksi..uish,dugaan betul..

Agaknya pembawaan budak..sejak dua menjak tahap kemalasan menjadi2..terutama bab-bab menguruskan perniagaan tudung online..bukan malas apa, malas nak update & upload koleksi2 terbaru (selain malas masak + malas makeup + malas update blog :p ) sudahnya, customer aku yang sudah biasa membeli secara borong terus datang ke rumah ..pic belum upload, customer dah beli dulu..minta maaf ya dengan customer2 yang lain..mak buyong tak menyempat2 upload new collection..Alhamdulillah, dalam keadaan macam ini pun..bisnes tak terjejas sangat..rezeki my lil HA..sepanjang berkejar2 menguruskan order-order customer (penat tapi seronok) lil HA langsung tak meragam sangat dalam perut..senyap saja..agaknya lil HA pun tak dapat nak pusing2 seperti biasa kerana size perut yang muat-muat size badan dia ya..hehe..aku selalu mengatakan dalam hati..aku kena usaha lebih, sebab semua yang datang adalah rezeki dari Allah..rezeki untuk my lil HA & kami sekeluarga..

Gambar terbaru bertarikh 09.09.09 sewaktu
berbuka puasa dgn officemates @ Sabak Restaurant (perut masih nampak kecil :p)

sebelah aku juga a mom-to-be..Puan Ann (berbaju soft pink)
yang tgh 4 mth pregnant

bersama anak-anak dara Suzie & Faezah (single but not available ya :p)

I am a happy mom-to-be..yeay!
Esok nak berbuka dengan member zaman kolej dulu..tak sabar!



2 comments:

Sukma SuKkma Saturday, September 12, 2009  

congrate mama!! :D berlumba2 lak kita nih..pejam celik esk lusa nk bersalin..risau nih..mcm2 dlm kepala..bsalin @ naluri nnati.. ;)

Sukma SuKkma Saturday, September 12, 2009  

setakat nih Alhamdulillah..semua still terjaga (harap2 :p) just time puasa nih agak mencabar ..salute kat sesapa yg boleh puasa penuh..imun badan sy x kuat mana rupanya :(

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP