Thursday, September 24, 2009

my Last Trimester - 32 weeks pregnant

Last trimester ni my lil one semakin aktif. Selain aktif menendang, semput juga nafas & terasa kejang-kejang di sekitar perut. Kaki pula selalu lenguh2 bila malam hari. Ntah kerana aircond yang dipasang kuat sangat atau apa..yg serba salahnya, tanpa kipas @ air-cond, confirm berpeluh2 aku dibuatnya. Peliknya petang sebelum itu elok saja jalan2 sambil cuci mata di KLCC (sempat pekena sandwich di Subway - menu yang dipesan boleh abis licin.. fuh!) Semalam setelah berjam2 menahan kekejangan di sekitar perut (ambil perhatian ..jam menunjukkan pukul 4am) tiba2 boleh pulak perut berkeroncong & sikit lagi aku hampir muntah. Rupa2nya...si kecil ni lapar ..terus aku minta mr Hazwan bawakan segelas susu & biskut bijirin..ok sikit..boleh lah aku pejamkan mata barang sejam dua..tetapi, sampai ke subuh aku tak boleh tidur dengan nyenyak..haih, dugaan dari si kecil ni..mr Hazwan semasa aku mula2 mengalami kontraksi agak gabra.. maklum, ini pengalaman pertamanya..kesian mr Hazwan yang turut berjaga sama sambil mengurut2 kaki aku..

Ada satu ayat yang sampai sekarang terkiang2 di telinga aku yang diucapkan oleh mr Hazwan sendiri.. "bagi lah mama tidur" kedengaran agak asing bagi aku..mr Hazwan yang selama ini seorang yang sukar menunjukkan perasaannya secara terang2an..yang dulu aku panggil egois..tiba2 mengungkapkan ayat tersebut dengan lembut di perut aku..MasyaAllah, tak sangka aku akan sampai ke fasa ini..bergelar isteri & tak lama lagi, seorang ibu.. Ternyata sifat2 semulajadi seorang ayah perlahan2 wujud di dalam diri mr Hazwan..Lihat gambar2 di bawah..ketika aku menziarahi makcik aku pada hari Raya Kedua. Sebenarnya tujuan utama selain ingin berhari raya, aku tak sabar2 menemui the three musketeers..

mr Hazwan - Ahmad Zidane Anaki - Ahmad Fauzi


si kembar tak serupa dgn nenek

Ahmad Fauzi (abg yg sgt cool, penyabar & sensitif..psst,
aku boleh pose duduk je..
nak dukung sambil berdiri lama2 dah tak larat :p )

Ahmad Fauzan (adik yang aktif,manja & sgt alert dgn sekelilingnya)

abg Jidan yg secara paksa-rela menjadi bang long
semakin petah & nakal

budak 2 thn 2 bln yg masih menjadi kesayangan aku :)
Ni tgh dok sebok nak pegang kamera sambil cakap "jidan lah pulak" isk..


info dari baby center. For more info, click here :

No wonder you're starting to feel huge - it's crowded in there! The growing pressure on your bladder may mean frequent trips to the loo which can make a good night's sleep difficult. You may be gaining around 500g/ 1lb a week now and roughly half of that goes right to your baby. In fact, he'll gain a third to half of his birth weight during the next seven weeks, fattening up for survival outside the womb. Thanks to these fatty deposits, his skin is getting plumper and looking healthier. It's hard enough to get to sleep when you're pregnant without worrying about whether you're disturbing your husband too. Follow our tips for a safe night's snooze. If you're concerned that sex in the final months will harm your baby, stop worrying. For most women, sex during pregnancy is fine right up until their waters break and may even help jump-start labour, if the baby's overdue. So go for it!

1 comments:

LiXa the Mama Alya Thursday, September 24, 2009  

Wah,aku 34 wks dah bersalin.mesti berdebar2 kan.mmg last2 ni semua pun lenguh sbb kaki tampung berat perut..nnt dah dkt2 pinggang n bontot rasa cm longgar nk terkehel bile berjalan,tulang pelvik lembut nk bukak laluan baby nk kuar.anggap je nikmat sume tu sukma.mane tau,mungkin skali ni je kita merasa :-)

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP