Friday, June 25, 2010

Miss Sweetie Pink & Miss Pearl White

Habis waktu kerja, makan di gerai tepi jalan berdekatan LRT Universiti
sambil menikmati Laksa yang direkemen oleh opis mate K Huda.
Makan masa tengah panas2 dengan sesekali
tergigit cili padi..perghh memang meletop.
Tengah2 makan itu lah bas untuk ke Mid Valley datang.
Apa lagi agak laju juga lah kami makan laksa tadi.
Kemudian terus ke Mid Valley yang tujuan asalnya
untuk window shopping sambil menunggu mr Hazwan jemput di situ.


Sambil itu juga menemani K Huda untuk survey barang2
hantarannya nanti.Ehemm..hehe.
Kami singgah ke kaunter MAC dan Guess.
Masuk saja di MAC, terus ke kaunter lipstik jadi dapat cuba lah
beberapa warna dari jenis Lustre untuk K Huda.
Siap cuba di bibir. Kami cuba Sweetie, Syrup dan Plumful.
Sangat lembap. Sangat cantik bila sudah di sapu dibibir.
Kemudian ke kaunter bedak padat.
Teruja betul K Huda mencuba dan meneliti
beberapa koleksi bedak padat tuh ya. So, K Huda...apa macam?
Ada yang berkenan? Ha, tulis2 kang terlupa apa item2
yang mahu beli nanti. Hehehe.


Jalan2 lagi kemudian ke JJ untuk survey walker Nia.
Tidak ada yang berapa menarik. Last2 terbeli lain pulak.
Biasalah lain mahu beli, lain yang dibeli.
Dapat topi dan stoking saja. Jadilah...


Pusing2 lagi sampai ke butik Charles & Keith pula, melilau mata.
Belek punya belek design dan harganya sekali
terus terkenan dengan sepasang sandal wedges.
Cantik dan selesa. Kali ini aku ambil warna putih
sebab sudah banyak sangat kasut2 aku berwarna hitam.
Hhhm...sangat selesa dipakai dan multi-purpose.
Boleh dipakai ke opis atau sekadar berjalan2.


Aktiviti terakhir ialah dengan singgah ke butik MNG,
ini pun semasa betul2 plan nak balik. (eh siap plan ya?)
Dah terpampang 50% SALE di dinding kacanya..
mana lah boleh tak perasan kan.
Haha. Ramai giler orang, dengan baju2 dah bersepah
dapat juga lah aku dengan K Huda sehelai blouse
dengan separuh harga. Sama design, lain warna. Hehe.
Tengok2 juga di bahagian handbag..lawa2..
tapi terus lupakan hajat di hati.
Awal bulan dah sapu handbag Roxy,
jadi jangan nak berangan nak beli lain pulak ya Sukma oi.
Tahan ..tahan nafsu.


Elok tengah nak membayar, suami tercinta pun telefon
mengatakan sudah sampai. Memang cantik sangat.
Pandai dia set masa ya. Opss, tapi kena sorok2 sikit takut kena bebel.
Malangnya mr Hazwan sangat peka dan licik,
perasan juga beliau dengan hasil belanjaku.
Membebel lah beliau sepanjang perjalanan.
Siap bebel pasal suka belanja online. Aiya.
Baiklah, akan saya kurangkan berbelanja tapi
tolong hilangkan ingatan saya untuk password maybank2u
dan sila lah ambil saya dengan cepat selepas waktu kerja.
Tapi, jangan ambil debit card saya pula ya. Hehehe.


blouse dari MNG

topi dan stoking untuk si kecil Nia dari JJ

sandal wedges dari Charles & Keith




0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP