Monday, June 14, 2010

Siblings







Ini bukan klip video anakku, Nia yang baru genap 7 bulan Jumaat lepas.
Tapi, antara clip video yang pernah aku ambil mengenai
adik bongsu aku, Nur Syuzliana @ Nana.Waktu ini Nana antara darjah 3 4, iaitu
dalam 4 5 tahun lepas juga.Video ini membuatkan
aku terfikir sejenak betapa cepatnya masa berlalu. Adik aku ini selain
yang no 2, As sangat rapat dengan kami dan sangat periang.
Aku ingat lagi malam2 selalu marah Nana sebab berbuat bising
dengan adik aku As. Bukan bising apa,tetapi sibuk bercerita dan ketawa.
Aku pula ketika itu, sangat 'terganggu' dengan karenah mereka.
Tak kira malam hari atau di pagi ahad yang nyaman,
mereka mesti ketawa2 tanpa pedulikan aku pening kepala
sebab tak dapat tidur dengan lena.
Hey, dulu2 kalau hari ahad sangat 'heaven'
sebab dapat tidur lama. Ops. Hehe

Sebelum aku dan As kahwin, kami bagai belangkas.
Makan di ruang tamu selepas menunggu aku siap masak
sambil menonton tv, ketawa2 dan gossip2.
Kadang aku yang jadi pak lawak, As dan Nana ketawa besar
jika aku asyik membuli adik lelaki aku, Fuad @ Bull.
Rahman @ Ameng adik nombor 3 hanya tersenyum
memerhatikan kami. Pernah aku 'gaduh' besar dengan Fuad
semata2 berebut channel tv. Adik aku dengan EPL, aku pula
dengan American's Next Top Model. LOL
Bila teringat balik,indahnya momen adik beradik kan?
Sebab, bergaduh ke,bergurau ke, bermasam muka ke,
di hujung jalan nanti...air dicincang tidak akan putus...

Video di bawah pula video suka2 kami.
Diambil oleh Fuad.
Al kisah nak test cara buat double person in 1 time.
Jadi ke tak? Hehe





4 comments:

aliff + afifah + adam + ada Monday, June 14, 2010  

haha kids are just adorable, aren't they?

Sukma SuKkma Monday, June 14, 2010  

My youngest sister keeps growing up, trying to keep in style, love fashion, handphone, sms-ing..like a normal teenager. Its make me realize how times goes fly..i just thought she still 9 years old a lovely young girl..but she's 14 years old now..huhu

BUNGA Monday, June 14, 2010  

hehe.. mcm2 ragam.. terkenang pulak kisah masa kecik2 dulu bila tgok video ni :)

Sukma SuKkma Tuesday, June 15, 2010  

Masa kecik2 tuh la yg plg best..x pening kepala pk itu ini..tau nk main je..hehe..

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP