Wednesday, June 23, 2010

Nia, 7 bulan

Alhamdulillah, semakin membesar si kecil Nia. Diam tak diam sudah 7 bulan. Sekarang selain semakin lasak dan aktif, ada beberapa perkembangan yang ditunjukkan. Walaupun tidak dapat merangkak dengan laju, kira ala-ala saja...ok lah tu sayang..jangan putus asa ya..teruskan usaha..Hehe. Nia baru-baru ini suka menggeleng2 kan kepala mengikut irama ..terutama bila kita nyanyikan selawat Nabi..LailahiLallah..punya geleng2 kepala dia..nih Tok Mak dia lah ajar.. terutamanya bila nak mendodoikan dia ..Hehe

Semalam, bila kami pulang dari opis..nampak kelibat papa dia..terus buka tangan minta dukung. Tapi kesian, si Papa tak perasan sebab sibuk makan keropok jadi macam tak dilayan dia. Haih.

Malam tadi cuba nak cari walker untuk diletak di rumah mertua, punya seronok dia dok test. Dah berusaha berjalan sana sini malangnya bila sudah berkenan dengan walker tu, design tuh pulak dah out of stock. Takde rezeki Nia nak naik walker kat rumah Umi dia. Nampaknya weekend ini lah kena cari. Maklum lah hari biasa memang kesuntukan masa untuk keluar malam.

video

video




0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP