Wednesday, February 24, 2010

Aku wanita biasa


Semoga bermanfaat, betapa Allah meletakkan 'nilai' yang terlalu MAHAL terhadap penciptaan seorang wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana- mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman , macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

............ ......... ......... ......... .....
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua ' lam..
............ ......... ......... ......... ......... ......... ....

Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu, hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan Isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya"- Ath-Thabrani. 

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". - Ibnu-majah.

Friday, February 19, 2010

3 bulan kedua

Nia sudah mula belajar meniarap sedikit demi sedikit. Melihat si kecil punya berusaha, mula-mula nampak lucu...lama2 tengok dia susah payah mengiring sana tolak sana kasihan pulak. Bila tak berjaya, Nia menangis. Cepat2 aku ambil & bisikkan ke telinga "tak apa, lain kali cuba lagi ya. Anak mama rehat dulu. Nanti cuba lagi" Indah kan jadi ibu. Baru terasa berapa jiwa kita sungguh lembut rupanya. Patut lah dulu pernah dengar, cari calon isteri mesti yang ada sifat-sifat keibuan. Nak kata aku ada sangat, rasanya ini lah  sifat-sifat & ciri-ciri yang pasti ada pada setiap wanita. Anugerah yang sangat tinggi nilainya. Jangan masukkan atau libatkan wanita-wanita yang di luar lingkungan sifat-sifat keibuan. Mereka yang dengan atau tanpa sengaja membuang benih nya sendiri. Pedih & terasa hinanya mereka. Tapi, itu antara mereka & tuhan. Balasannya pasti ada. Kalau bukan di dunia, di akhirat tentunya.

Aku sudah mula membacakan buku-buku cerita (soft books) kepada Nia. Soft books yang ada gambar2 terang & warna warni. Bulat je mata Nia merenung satu2 objek dalam gambar. Tak rugi kita membaca forum2 mengenai bayi & tumbesaran. Sedikit sebanyak dapat sedikit tips & info yang bagus. Membacakan buku-buku cerita kepada bayi akan membantu perkembangan motor bayi & membuatkan bayi lebih fokus. "Reading to a child, no matter how small, will pay off. It helps your baby develop an ear for the cadence of language -- in fact, varying the pitch of your voice, using accents, singing, and vocalising make the aural connection between you and your baby that much more stimulating." - babycenter.com

Awal-awal dulu ketika muka menunjukkan baby toys kepada Nia, dia merenung semacam berfikir apa lah benda alah ni. Sekarang bila tunjuk or main-main kan baby toys depan dia, mula buat muka geram macam mahu terkam itu toys sambil tendang2 kakinya. Kadang dia ketawa & bercakap sendiri (baby talks) dengan toys tuh.

Wajah Nia memang jenis serius macam mama papa dia. Lagi-lagi tang kening. Kalau tengah melihat sesuatu, elok je kening ala-ala Ziana Zain cuma Nia tak da lah sampai naik2 kening kan. hehe.. Yang eloknya walau pun muka dia serious, tapi InsyaAllah sesiapa yang mendukung atau mengagah dia setakat ni... Nia akan senyum2 & ketawa2 kecil. Malam tadi aku kacau2 & agah2 dia di pipi & perutnya...punya ketawa mengekek dia. Aduh anak mama.. perlahan-lahan aku rasa bahagia bila menatap wajah anak. Lagi-lagi bila pulang dari kerja, Nia sudah tahu mama nya pulang. Terus saja mata memandang aku. Macam semalam, matanya kuyu sebab tengah mengantuk...tapi sebab dia memandang aku dengan mata macam tu terus hilang rasa penat. Biasanya aku pulang dari kerja, dodoikan dia sekejap terus Nia tidur. Satu petua dari orang tua jika mahu anak behave, cerdik & sebagainya..semasa si anak tengah dalam keadaan mamai sebutkan ke ubun-ubun @ telinga anak dengan perkataan yang baik-baik kerana otak kiri si anak sedang berjalan ketika dia ingin tidur. Jadi, jika disebut selalu perkataan tersebut akan masuk/diproses perlahan2 ke dalam otak si anak tadi. InsyaAllah. Semua ibu bapa mahukan anaknya yang terbaik kan. Kita berusaha, Allah yang menentukan.

Oh ya, Nia sudah botak 2 minggu lepas. Abis licin rambut dia, dah lain sikit muka. :)
Ini semasa baru balik dari klinik untuk injection 3 bulan ( 12 Feb) Kasihan mata kuyu sebab masih menahan sakit kat punggung.
percubaan nak meniarap, awal pagi..Nia baru bangun tidur. Agak terganggu sebab ada napkin bawah dada Nia. Chaiyok my dear..

Thursday, February 18, 2010

Satu Suara II

Sambungan entry Satu Suara semalam, ini ada beberapa bingkisan gambar untuk tatapan kamu semua.
 
 Dan kerana penangan si mamat talented + gila-gila ini lah aku sanggup menyelusup baik punya semata2 nak cari angle yang cun. Isk..sanggup nih berlari2 dengan kamera besar bagak nasib lah diri ini petite saja hehe..Adui, rasanya sudah bertahun2 aku tinggalkan perangai kejar artis. Nak pulak status baru sekarang sebagai isteri & ibu. Last time aku kejar-kejar artis tahun 2000 semasa Sheila On 7 tengah mengganas di Malaysia. Dan last time bersesak2 dalam konsert semasa Peterpan Live in M'sia tahun 2005 (siap queue dalam hujan tuh..nasib tak lebat) & Agnes Monica Live in M'sia tahun 2007.




Wednesday, February 17, 2010

Main redah

Dek kerana konsert Satu Suara, aku sekeluarga terpaksa ke Cameron Highlands ke esokkan hari iaitu Isnin lepas. Ingatkan orang2 cina sudah beraya di kampung masing2 jadi dengan gigih sambil berfikir bahawa Isnin adalah hari yang sangat lancar & 'kosong', hampir pukul 12pm baru gerak ke Cameron ditemani mak aku, mr. Hazwan & Nia (1st time Nia jalan jauh). Bijak tak bijak lah. Sepanjang perjalanan memang lancar saja pemanduan. Budget pun mungkin sampai dalam 2.30pm paling lambat. Mana lah tahu, elok2 sampai Simpang Pulai terus ke Brinchang..............................................mak aihh...JAMMED + CROWDED..........................!!!! 

Mana lah tahu begini rupanya bila cuti2 perayaan. Selama 5 tahun kerja di Celcom aku ambil kesempatan OT sebab dapat triple kan (ohh rindu sana)

Keluarga makcik2 aku ada dalam 3 buah kereta. Punya jammed, cadang nak jumpa di Brinchang terus sambil lepak & hirup2 udara segar dari ladang teh..sampai ke sudah..tak jumpa2...padahal jarak antara kami mana jauh pun..semua sebab Cameron yang dibanjiri kaum2 yang nak beraya CNY jugak. Dalam susah2 parking pun, aku sekeluarga sempat singgah makan & membeli lah sikit  strawberry, Oren & sayur2an segar di pasar petang (sebab tutup awal) di Tanah Rata. Yang kesian 3 kereta awal tuh langsung tidak dapat berhenti & membeli2 di pasar malam (katanya)

Akhirnya, kami 4 kereta bertemu juga di lokasi strategik (konon lah) iaitu Air Terjun Lata Iskandar. Kasihan, anak2 makcik2 aku semua tensen tak dapat2 turun dari kereta ..itu yang desperate nak terjun mandi manda...haihh..

Malam itu, kami 4 buah kereta pakat ramai2 serbu warung 'pecel lele'..slurrpp..

Satu Suara

Selepas Cuci the Muzikal, aku berpeluang menonton Konsert Satu Suara hari Valentine lepas. Konsert ini atas terbitan Dato Siti Nurhaliza Production. Malam itu Dato Siti hanya sebagai penyanyi jemputan kerana tujuan utamanya menerbitkan konsert tersebut adalah untuk memberi peluang 2 nama baru & segar siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir & Aizat menyanyi di tempat yang berprestij iaitu Istana Budaya (wah ayat macam wartawan hiburan gitu) 

Peluang menyaksikan Faizal Tahir mana boleh miss. Ntah apa penangan si 'mamat' ni. 1 malam layan show baru tahu mamat nih sangat gila-gila. Siap mengaku sudah macam 'stand up comedian' kat depan stage. Agaknya sebab malam tu malam terakhir, jadi mamat nih banyak pok pek pok pek cerita pengalaman 3 tahun jadi artis. Seriously, sangat menghiburkan sampai tak sangka "betul ke mamat nih Faizal Tahir?" sebab di poster atau majalah2 sangat control macho dengan style signature Michael Jackson nya. Rupa2nya.... sungguh lucu kamu ya.

Showmanship bagus. Komunikasi dengan penonton sangat TIP TOP. Lawak jenaka diiringi kata2 laser berlapik membuat kita macam mau sekeh kepala itu mamat. Eii comel bila dia cerita 1 pengalaman dengan peminat, kata "ek ele pendek je Faizal Tahir ni" dengan mimik muka siap lakonan semula. Kalau begini, peluang Faizal Tahir untuk membuat persembahan di IB sekali lagi sungguh BESAR. (siapa2 yang sudah menyaksikan konsert tuh pasti setuju..ewah) Cuma sound system yang terlalu kuat hampir menenggelamkan suaranya terutama masa lagu2 berentak Rock seperti 'Batu & Golek' bak kata Faizal.

Bukan mahu pilih kasih, tetapi pemilihan Aizat mungkin kerana kemenangannya di Juara Lagu & bakat menulis lagu. Tapi maaf ya, terlalu banyak yang perlu dipelajari Aizat untuk terus maju & membina nama di persada seni tanah air. (mati la ayat sungguh wartawan) Kemahiran berkomunikasi dengan penonton kurang menyerlah. Mungkin si Aizat sedaya upaya ingin membuat persembahannya tampak simple, sempoi & jujur . Tapi dia lupa, IB merupakan pentas yang sangat gah & bukan calang2 persembahan boleh 'lepas tayangan' di situ. Awal2 pembukaan IB pun rata2 mengatakan ia hanya untuk tontonan orang2 kaya, dengan satu panggung ber-air cond siap duduk dengan penuh tertip. Bagi aku, malam itu persembahan Aizat macam konsert Sure Heboh dengan pemilihan lagu yang kurang menyerlah. Tema sudah ada iaitu memilih lagu berdasarkan lagu2 favorite dari idola2 nya, tetapi semacam ada yang kurang.  Tempias AF sangat terasa padahal dia sudah menang Juara Lagu (undian juri proffesional kan). Maaf lah kepada peminat2 Aizat di luar sana, ini komen aku secara peribadi kalau tersampai2 ke telinga Aizat (berangan nih..) moga2 ambil ini sebagai semangat. Sayang... anda muda & perjalanan masih jauh sementara peluang yang ada di depan mata sangat besar untuk anda terokai. Jika tersilap langkah, memang sia2 lah peluang yang diberi. 

Persembahan Dato Siti seperti biasa macam yang selalu ditonton di kaca2 tv. Kata penyanyi tersohor negara. Satu tentang Siti, magika suaranya sangat lunak & gemersik. Aku bukan peminat Siti, tetapi dia layak untuk disanjung. Bukankah begitu?

Nantikan gambar-gambar sekitar konsert di enrty esok (sebab tak bawa kamera ke opis)

Thursday, February 11, 2010

Masa berlalu

Bukan mudah kan menjadi seorang ibu/emak/mama/mommy di zaman yang serba moden, serba canggih serba serbi perlu kehadapan. Sebelum ni hanya dengar2 luahan-luahan kecil dari sekeliling. Aku tahu, yang terkeluar dari bibir bukan lah rungutan atau bebelan semata dari sang ibu ini, mungkin saja mereka terkesan dengan persekitaran yang sangat mencabar dan sangat melelahkan emosi dan tenaga. 

Keperluan si anak di zaman sekarang bukan sedikit, jika dikira2 jumlah ringgit per bulan..boleh pengsan seharian (padan muka aku kata mahu segala yg 'terbaik') Saat di Mall, bila dah hati dah kata 'cukup lah ni'...total Ringgit tetap buat pengsan seharian. Saat di opis, hati kata mahu cuci mata...tapi tangan gatal2 click ke butang 'ORDER'. Ha, macam mana? Dah kata nafsu perempuan itu ada 9.  Dah banyak sangat sampai suka tensi dan lara sendiri. Demi anak kan.. :)

Kadang sampai terlepas pandang keperluan diri sendiri. Awal-awal dulu memang terasa 'tangkap muat' saja..capai apa saja..sarung apa saja..main redah saja..sekarang kena jaga sikit. Nak2 tentang penjagaan badan. Tak mahu ambil ringan. Mak & Nenek aku awal2 sudah pesan .."jaga badan, jaga suami..sekarang tak nampak, esok2 umur 40tahun baru nampak" ayat nya mudah tapi mendalam. Apalagi perkahwinan bukan untuk sehari dua. Selain penjagaan luaran, aspek dalaman segala perlu dititik berat. Hidup berdua ini baru nampak 'true colors' nya...baru nampak semua yang buruk yang baiknya. Tak kira lah hidup berdua di dalam satu rumah atau hidup berdua di dalam rumah ibubapa sendiri atau hidup berdua di dalam rumah mertua. Kadang2 bila di situasi begini, banyak bagus dari buruk. Bagi yang cepat2 berpijak ke bumi nyata, baru tahu segala yang baik yang buruk itu lah 'Cinta hati' yang pernah dipuja2 & dijanji2 setia. Seseorang pernah berkata kepada aku.."mahu yang cantik..yang kacak..yang sempurna..itu semua duniawi beb" Betul..sapa kata tak betul. Tetapi berbalik kepada peredaran zaman yang serba moden..semuanya sibuk mengejar duniawi..bila dah sibuk mengejar duniawi..hati manusia mana pun mudah berubah. 

Jadi, berbalik kepada penjagaan badan tadi.. sangat bagus bila kita mengikuti kata2 & pantang larang orang2 tua terutama dari emak & nenek kita.(eh eh ada kaitan kah? hhmm ada..) Yang penting, penjagaan hati pun perlu dijaga. Penyakit hati kan banyak.. cemburu, tidak ikhlas, tidak jujur, tikam belakang, tidak mahu lihat orang bahagia & semua yang tidak baik. Bila tercalit perasaan2 ini..cepat2 mengadu kepadaNya. Cepat2 insafi atas kelalaian yang dilakukan & kembali bersyukur atas kurniaanNya yang tidak berbelah bahagi. Orang kata bermuhasabah diri. Bukankah selalu kita dengar.. 'manusia biasa tidak lepas dari kesalahan'. Kalau bukan diri kita yang ada penyakit hati mungkin orang di sekeliling kita. Ya, ini motivasi aku untuk setahun 3 bulan ini. 

p/s: Hari ini, Nia genap 3 bulan. Oh I miss my daughter already :)

Thursday, February 4, 2010

HARGA TERKINI, TERENDAH & TERHEBAT!!!

Saya sedang dalam proses untuk kembali aktif dalam aktiviti bisnes secara maya. Fuh ayat nya kan..Dah cuti 2 bulan ++ sejak melahirkan Nia, jadi aktiviti bisnes online saya agak perlahan tetapi masih berjalan seperti biasa. Mana2 customer yang sudah biasa, mereka terus membeli ke rumah untuk belian secara borong. Ya, kamu pun sangat di alu2 kan. Beli untuk diri sendiri boleh..untuk kawan2 boleh..atau untuk saudara mara. Datang lah..lihat, cuba & rasa kain itu..kemudian mulakan pilihan corak & warna kesukaan. Yang penting, harga nya jauh lebih berbaloi-baloi..(pinjam tagline Celcom boleh tak?) Untuk yang berminat untuk bisnes secara kecil-kecilan, ini tempatnya! Bisnes keluarga saya ini tempat yang tepat kerana selain kualiti kain Lycra nya yg bagus (jangan risau, kain2 Lycra kami ini adalah dari pengeluar gedung tekstil terkemuka di Malaysia..iaitu J***L ) harga pukal/borong kami sungguh berpatutan.

Saya sendiri memakai tudung2 dari koleksi ini. Lihat gambar2 di bawah, ha macam ini lah. Jadi, bagaimana? cantik ?berminat ? ingin cuba? mari..mari..sangat berpatutan dari SukmaOn9Shop. Untuk promosi & nilai terhebat ada di sini (klik link ini ya) 


saya menggayakan tudung Lycra awning Thai Silk (model pinjam T_T)

saya menggayakan tudung All Lycra warna Turqoise


saya menggayakan tudung Dark Scarlet dari Mahani Abstract Design

p/s : Untuk koleksi tudung printed, maaf2..buat sementara waktu tidak dapat upload di blog. Sekarang saya & keluarga lebih memfokus tudung All Lycra (jgn risau, printed still on going cuma masa tidak mengizinkan utk upload2). Bagi customer yang ingin datang/singgah ke rumah, kamu boleh lihat/beli tudung printed..ha, menarik kan? :D

Wednesday, February 3, 2010

8 hari lagi

 
8 hari lagi Nia berumur 3 bulan. Ingat nak tunggu 11 February nanti, tapi tak sabar nak upload gambar2 Nia sekarang. Lihat lah, Nia semakin membesar. Semakin ligat & lasak. Baru2 ini semasa menemani mr.Hazwan menonton perlawanan bola di rumah Mak, Nia pun nak join menonton. Tapi si kecil ni tak mahu menonton sambil baring, dia nak duduk sama macam kita. Bila dah dipangku di paha papanya, lasak lah pulak. Si kecil ni iya2 menonton bola, macam dia faham saja. Masa mengandungkan Nia dulu, aku selalu menemani mr Hazwan layan channel 812..kan dah terkenan dengan si kecil ni..haih..

Nia dah mula bercakap2 dengan bahasa baby nya. Membebel sendiri. Lagi dilayan, lagi panjang boraknya. Apalagi kalau dok tunjuk2 baby toys depan dia, usha geram saja sambil berborak dengan baby toys tuh (konon lah..hehe). Selalunya, pulang dari kerja memang tak sempat terus jenguk Nia. Selepas mandi, makan malam & bila standby nak tidur, baru sempat layan Nia. Masa itulah dia mula berborak2 dengan kita. Rindu papa & mama nya kot. Baru2 ini semasa pulang ke rumah Mak & Ayah di Keramat, si kecil ini mula menunjukkan macam2 perangai. Mahu orang layan dia. Dah pandai ambil perhatian. Bila didukung, dia tak mahu baring2 saja.. tapi, mahu dipangku & berdiri! Kalau tidak, mulalah menangis (mcm tipu saja dia menangis, sebab tak de airmata pun :p) Agaknya si kecil ni tahu yang di rumah tuh dia lah cucu & anak buah pertama dalam keluarga aku. Jadi, disayang lebih... 


Bagusnya, Nia sekarang mudah ditidurkan. Asal suasana senyap, selesa & sejuk.. terus lena. Berbanding sebelum ini, masa tidur mesti kena bedung, kena minum kenyang2 & ambil masa yang lama untuk ditidurkan. Alhamdulillah, makin mudah dijaga anak mama ni. Bila dah begini, kita yang keluar bekerja pun tidak risau sangat. Harap2 Nia sentiasa behave di rumah ya..

Tengah menidurkan Nia waktu usia awal 2 bulan

Nia dan kawan barunya, Little Jessy :D dalam buaian di rumah Tok Ayah & Tok Ma

 
Nia dan Maksu Nana  :D

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP