Masa berlalu
Bukan mudah kan menjadi seorang ibu/emak/mama/mommy di zaman yang serba moden, serba canggih serba serbi perlu kehadapan. Sebelum ni hanya dengar2 luahan-luahan kecil dari sekeliling. Aku tahu, yang terkeluar dari bibir bukan lah rungutan atau bebelan semata dari sang ibu ini, mungkin saja mereka terkesan dengan persekitaran yang sangat mencabar dan sangat melelahkan emosi dan tenaga.
Keperluan si anak di zaman sekarang bukan sedikit, jika dikira2 jumlah ringgit per bulan..boleh pengsan seharian (padan muka aku kata mahu segala yg 'terbaik') Saat di Mall, bila dah hati dah kata 'cukup lah ni'...total Ringgit tetap buat pengsan seharian. Saat di opis, hati kata mahu cuci mata...tapi tangan gatal2 click ke butang 'ORDER'. Ha, macam mana? Dah kata nafsu perempuan itu ada 9. Dah banyak sangat sampai suka tensi dan lara sendiri. Demi anak kan.. :)
Kadang sampai terlepas pandang keperluan diri sendiri. Awal-awal dulu memang terasa 'tangkap muat' saja..capai apa saja..sarung apa saja..main redah saja..sekarang kena jaga sikit. Nak2 tentang penjagaan badan. Tak mahu ambil ringan. Mak & Nenek aku awal2 sudah pesan .."jaga badan, jaga suami..sekarang tak nampak, esok2 umur 40tahun baru nampak" ayat nya mudah tapi mendalam. Apalagi perkahwinan bukan untuk sehari dua. Selain penjagaan luaran, aspek dalaman segala perlu dititik berat. Hidup berdua ini baru nampak 'true colors' nya...baru nampak semua yang buruk yang baiknya. Tak kira lah hidup berdua di dalam satu rumah atau hidup berdua di dalam rumah ibubapa sendiri atau hidup berdua di dalam rumah mertua. Kadang2 bila di situasi begini, banyak bagus dari buruk. Bagi yang cepat2 berpijak ke bumi nyata, baru tahu segala yang baik yang buruk itu lah 'Cinta hati' yang pernah dipuja2 & dijanji2 setia. Seseorang pernah berkata kepada aku.."mahu yang cantik..yang kacak..yang sempurna..itu semua duniawi beb" Betul..sapa kata tak betul. Tetapi berbalik kepada peredaran zaman yang serba moden..semuanya sibuk mengejar duniawi..bila dah sibuk mengejar duniawi..hati manusia mana pun mudah berubah.
Jadi, berbalik kepada penjagaan badan tadi.. sangat bagus bila kita mengikuti kata2 & pantang larang orang2 tua terutama dari emak & nenek kita.(eh eh ada kaitan kah? hhmm ada..) Yang penting, penjagaan hati pun perlu dijaga. Penyakit hati kan banyak.. cemburu, tidak ikhlas, tidak jujur, tikam belakang, tidak mahu lihat orang bahagia & semua yang tidak baik. Bila tercalit perasaan2 ini..cepat2 mengadu kepadaNya. Cepat2 insafi atas kelalaian yang dilakukan & kembali bersyukur atas kurniaanNya yang tidak berbelah bahagi. Orang kata bermuhasabah diri. Bukankah selalu kita dengar.. 'manusia biasa tidak lepas dari kesalahan'. Kalau bukan diri kita yang ada penyakit hati mungkin orang di sekeliling kita. Ya, ini motivasi aku untuk setahun 3 bulan ini.
p/s: Hari ini, Nia genap 3 bulan. Oh I miss my daughter already :)

1 comments:
tuh la..belum lg hasrat ingin menjadi ibu yg baik,tabah,penyayang,rajin memasak & rajin cari duit (rajin cari duit mcm mak sy)
Post a Comment