Satu Suara
Selepas Cuci the Muzikal, aku berpeluang menonton Konsert Satu Suara hari Valentine lepas. Konsert ini atas terbitan Dato Siti Nurhaliza Production. Malam itu Dato Siti hanya sebagai penyanyi jemputan kerana tujuan utamanya menerbitkan konsert tersebut adalah untuk memberi peluang 2 nama baru & segar siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir & Aizat menyanyi di tempat yang berprestij iaitu Istana Budaya (wah ayat macam wartawan hiburan gitu)
Peluang menyaksikan Faizal Tahir mana boleh miss. Ntah apa penangan si 'mamat' ni. 1 malam layan show baru tahu mamat nih sangat gila-gila. Siap mengaku sudah macam 'stand up comedian' kat depan stage. Agaknya sebab malam tu malam terakhir, jadi mamat nih banyak pok pek pok pek cerita pengalaman 3 tahun jadi artis. Seriously, sangat menghiburkan sampai tak sangka "betul ke mamat nih Faizal Tahir?" sebab di poster atau majalah2 sangat control macho dengan style signature Michael Jackson nya. Rupa2nya.... sungguh lucu kamu ya.
Showmanship bagus. Komunikasi dengan penonton sangat TIP TOP. Lawak jenaka diiringi kata2 laser berlapik membuat kita macam mau sekeh kepala itu mamat. Eii comel bila dia cerita 1 pengalaman dengan peminat, kata "ek ele pendek je Faizal Tahir ni" dengan mimik muka siap lakonan semula. Kalau begini, peluang Faizal Tahir untuk membuat persembahan di IB sekali lagi sungguh BESAR. (siapa2 yang sudah menyaksikan konsert tuh pasti setuju..ewah) Cuma sound system yang terlalu kuat hampir menenggelamkan suaranya terutama masa lagu2 berentak Rock seperti 'Batu & Golek' bak kata Faizal.
Bukan mahu pilih kasih, tetapi pemilihan Aizat mungkin kerana kemenangannya di Juara Lagu & bakat menulis lagu. Tapi maaf ya, terlalu banyak yang perlu dipelajari Aizat untuk terus maju & membina nama di persada seni tanah air. (mati la ayat sungguh wartawan) Kemahiran berkomunikasi dengan penonton kurang menyerlah. Mungkin si Aizat sedaya upaya ingin membuat persembahannya tampak simple, sempoi & jujur . Tapi dia lupa, IB merupakan pentas yang sangat gah & bukan calang2 persembahan boleh 'lepas tayangan' di situ. Awal2 pembukaan IB pun rata2 mengatakan ia hanya untuk tontonan orang2 kaya, dengan satu panggung ber-air cond siap duduk dengan penuh tertip. Bagi aku, malam itu persembahan Aizat macam konsert Sure Heboh dengan pemilihan lagu yang kurang menyerlah. Tema sudah ada iaitu memilih lagu berdasarkan lagu2 favorite dari idola2 nya, tetapi semacam ada yang kurang. Tempias AF sangat terasa padahal dia sudah menang Juara Lagu (undian juri proffesional kan). Maaf lah kepada peminat2 Aizat di luar sana, ini komen aku secara peribadi kalau tersampai2 ke telinga Aizat (berangan nih..) moga2 ambil ini sebagai semangat. Sayang... anda muda & perjalanan masih jauh sementara peluang yang ada di depan mata sangat besar untuk anda terokai. Jika tersilap langkah, memang sia2 lah peluang yang diberi.
Persembahan Dato Siti seperti biasa macam yang selalu ditonton di kaca2 tv. Kata penyanyi tersohor negara. Satu tentang Siti, magika suaranya sangat lunak & gemersik. Aku bukan peminat Siti, tetapi dia layak untuk disanjung. Bukankah begitu?
Nantikan gambar-gambar sekitar konsert di enrty esok (sebab tak bawa kamera ke opis)
0 comments:
Post a Comment