Monday, May 17, 2010

Monday Blues dan sobat tercinta

Masih terasa mengantuk. Kenapa sampai Isnin mesti macam ni. Bad monday ke Monday Blues? Beberapa hari nih kan cuaca tidak berapa elok. Dengan panasnya plus musim2 flu, batuk dan lemau badan semua cukup. Cuma yang agak bernasib baik, kami sekeluarga tidak dijangkiti sebarang penyakit pun. Tapi rasa nak bermalas-malas di rumah agak menebal.


Sabtu.

Sabtu lepas tak buat apa sangat lah. Sempat ajak mr Hazwan ke Pasar Taman Tun beli barang2 dapur sikit. Sikit2 pun siap jugak Ketam bersos tiram, Ikan Patin goreng kunyit (maafkan saya, yes masak tak berapa betul. Sepatutnya patin buat gulai kan. Hehe) dan untuk sayur hanya masak Taugeh goreng (campur udang kering, sodappp) Oh ya, menu lunch ini kena masak untuk semua sebab ibu mertua dan pak mertua pergi menunaikan Umrah. Jadi, kena ambil alih tugas memasak buat sementara (sementara ok :p) Sedap tak sedap, licin jugak lah. Pertama kali buat, what do you expect?Lol.

Lepas masak, rehat kejap terus ke umah mak di Dato Keramat. Sampai saja tak ada orang di rumah. Mr Hazwan hanya hantar aku dan Nia. Kemudian terus ke opis, ada kerja katanya. Tinggallah aku berdua-duaan dengan si kecil. Layan tv sambil tengok Jozan Show. Bengong betul lawak 2 orang nih. Oh ya, apa kes lah si Johan yang cedera di muka dek terkena gelas kaca yang dibaling oleh seorang pengarah drama. Isk.

Lepas asar, Nina si rakan sekolah datang singgah rumah nak beli tudung secara bundle. Nak jual di opis katanya. Best jugak, dah lama tak jumpa Nina. Last jumpa masa aku tengah berpantang, Nia baru dalam 2 3 minggu. Sekarang jumpa balik masa Nia dah 6 bulan. Masa ini Nia sudah mula mengenal orang sekeliling. Mana yang tak pernah2 jumpa tuh, memang dapat layanan kurang mesra la dari si kecil. Mula2 kena dukung, si kecil usha baik je Nina. Agaknya dalam hati, siapa lah nih tak pernah jumpa pun. Hehe. Tak sampai 5 minit terus menangis. Alahai. Sorry lah Nina, walaupun nama ko sikit lagi nak sama dengan Nia (apa kaitan? ) tapi si kecil nih lambat lah nak terima aura kau. Hihi.

Seronok bila kawan-kawan sentiasa teringat akan diri kita. Rasa dihargai dan disayangi. Wah. Dah belek2 dan pilih2 tudung dan siap mandikan Nia semua, aku ajak Nina ke JJ AU2 sementara si kecil dijaga oleh Fuad aka Pak Lang, adik lelaki aku. Minta Nina temankan beli barang sikit. Kebetulan pun kami sama2 nak membeli barang, sambil borak2 sekali sekala sangat best keluar macam ini. Akhirnya, kami plan nak keluar lagi tetapi lain kali perlu ajak ramai lagi budak2 Keramat. Mana lah diaorang ini ya. Takpa, akan usaha untuk calling2 mana tahu ada beberapa orang yang free. Kalau tak buat macam ini, sampai Raya Aidil Fitri lah baru jumpa, ye tak Nina?

gambar hiasan. Sewaktu buka puasa dengan Nina (kiri)
dan Julia.
Ahad.

Awal pagi dah bersiap2 ke Pasar Pagi Shah Alam (sebelah Stadium Shah Alam). Dah bertahun rasanya tak ke sana. Dulu-dulu zaman sekolah wajib ke sini setiap ahad untuk tolong mak ayah berniaga di Bazaar Pasar Pagi. Subuh2 dah standby keluar dari rumah. Sampai sana dalam 30 minit terus buka gerai. Buka payung, susun meja, susun2 segala jenis tudung, sangkut sana sangkut sini. Dulu-dulu masa aku kecil2 dalam tingkatan 2 macam itu lah lebih kurang, kalau nak bangun tuh memang liat setengah mati. Kena bangunkan 10kali baru kelam kabut mandi siap-siap. Dah umur tua sikit baru laju bersiap. Yang penting kena pakai baju lengan panjang kalau tak kulit yang sedia mendung berarak pergi ini akan lagi mendung hendaknya. Ok ok, sambung cerita ahad, aku sampai dengan mr Hazwan dan Nia dalam pukul 9.30am. Sengaja bawa Nia berjalan2, tapi dah siap2 bawa Ring Sling and stroller (fungsi hanya sumbat beg2 saja). Sampai di kawasan letak kereta yang punya besar itu pun susah betul mahu cari parking. Gila ramai manusia. Matahari awal pagi punya terik. (jangan harap nak dapat vitamin D ya) Ada beberapa orang dah pakai payung tuh yang tak tahan. Awal2 pagi pakai payung apa kejadah bang.

Yang bawa anak masing-masing, kalau ye pun dukung la dulu kasi tutup kepala anak tuh dengan kain. Dah tahu matahari dah terik, yang hang pergi letak dia kat stroller apa pasal? Aduh, kasihan si anak kecil. Matahari punya direct kat muka diaorang. Aku yang tengah mendukung Nia pun kelam kabut jalan laju2 nak pergi ke bazaar mak. Nasib baik Ring Sling punya ekor ajak labuh, boleh tutup kepala Nia. Alah kasihan anak mama. Sampai saja di gerai, terus kena kerumun adik2 aku 3 orang. Hari itu hanya Fuad, Rahman dan Nana yang jaga gerai sebab mak ayah aku ada kursus Haji. Dah berteduh di bawah gerai, baru rasa lega. Adik aku Fuad minta aku tinggalkan Nia sementara aku pusing-pusing cari makanan. Ok, cadangan bernas! Sempat lah aku melawat2 gerai adik aku, As dan makcik2 aku yang lain. Hampir satu keluarga besar Alm Abdul Manan ada berniaga di situ. Ha...mahu brand apa? An-Nur,An-Nurul,Mahani atau Hana Collection semua ada. Jom ke Pasar Pagi Shah Alam. Datang ke gerai tapak 250, dan sebut nama Sukma 3 kali confirm dapat diskaun. Haha. Segala jenis barang yang aku tak khatam2 nama ada di bazaar itu. Kain baju, tudung-tudung, segala jenis makanan (macam bazaar Ramadhan pun ada), sayur2, adik beradik ikan2, hiasan rumah (cermin hiasan yang besar berharga RM180,cantik berukir), perhiasan bilik tidur sampai ubat gegat ubat kuat (ops) dari akar kayu semua ada.

Terlalu banyak gerai yang dibuka. Memang aktiviti yang bagus untuk ahli keluarga. Tapi kena tahan panas sikit lah ya. Sekali sekala keluar dengan keluarga breakfast sambil terus shopping, menarik juga tuh. Round-round di Bazaar Shah Alam tak lama pun. Sebab tengah hari nya ada majlis orang kawin pula. Dapat jugalah berjumpa sambil gossip2dengan makcik2 aku yang lain. (Mak aku sulung dari 10 adik beradik, ada 6 perempuan. Yang no 7 perempuan berumur 36 dan bongsu baru berumur 32, bayangkan kalau kami berjumpa. Cerita hanya fesyen, shopping, gossips plus lawak mengong2. Isk)

Baiklah. Akan sambung di entry berikutnya.

gambar hiasan. Semasa ke klinik Dr. Altaf
untuk mengambil suntikan Nia ke 6 bulan

3 comments:

Karisma Izzah Monday, May 17, 2010  

Wah.... bznye hujung minggu akak...

Hujung minggu saya pun tersangatlah bz...dah 2 minggu berturut2....

tak pe...anggap bonus dari Allah kerana menerima dan melayan tetamu walaupun cuma seorang...

LiXa the Mama Alya Monday, May 17, 2010  

wah..sudah pandai pakai ring sling..sori kat opis tak sempat catch up ter-bz ngan banyak call :(

nnt kat opis aku email dah kene blok..huhuhu sedey taktau leh online ke tak blog nnt

Sukma SuKkma Tuesday, May 18, 2010  

Iman : Macam ini lah bila dah berumah tangga..masing2 dengan situasinya..cuma mcm mana kita handle situasinya saja kan..

Lixa : Dah teror sket la..takpa, keje call center mmg mcm tuh..aku dulu pun curik2 masa update blog..nyway, skang dh byk co block sana sini..tuh yg diaorg dok ber BB..x dapek la aku..

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP