Monday blues & sobat tercinta 2
Sambungan enrty.
Pulang dari Bazaar pagi Shah Alam, rehat dalam sejam terus bersiap ke Majlis Perkahwinan sobat dari zaman kecil mr Hazwan, iaitu Abas di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Kebetulan
pula sepupu si Abas ini pernah satu opis dengan aku semasa di Celcom. Kecil betul dunia eh.
Selamat Pengantin Baru buat Abas dan isteri tercinta.
Moga berbahagia hingga akhir waktu. Amin
kaum isteri-isteri/ibu-ibu
geng suami-suami/bakal suami. :D
mr Hazwan dan rakan-rakan
dengan pengantin.
Semalam, cuaca panas betul ya. Habis majlis, kami terus ke rumah masing2 sementara mereka dah berpakat nak main futsal pulak petang nya. Last2 kerana kesyokkan tidur di petang hari,hanya aku dan Nurul (dua dari kanan) yang tak join aktiviti petang itu. Huhu.Tidur lagi best. Ye dak.
Dalam pukul 6.30pm, baru aku teringat ada barang yang perlu dihantar ke mak aku di Keramat. Jadi, memandu lah aku keseorangan selepas mandikan Nia. Sempat borak2 dengan mak. Manja nih. Cerita itu ini. (bila kahwin terasa 'jauh' dengan mak/keluarga sendiri. Kalau boleh mahu dekat dengan mereka selalu. Tapi ini lah hakikatnya setelah berkeluarga. Sob sob)
Pukul 9pm mr Hazwan call aku dari rumah dan beritahu rakan2 nya tadi mengajak makan sambil lepak2 di restoran Idaman, Mutiara Damansara. Oh, memang letih. Terus lah aku memandu semula ke Damansara Utama di dalam renyai2 hujan. Ewah. Sampai rumah, aku tengok Nia dah nak tidur. Ok cantik! Kasi tidur dulu si kecil. Kemudian terus ke Idaman. Sampai saja, mereka semua dah tersandar kekenyangan. Aiya.
Nizam dan Gee dah balik tak sampai 10 min semasa kami pose tersandar kekenyangan. Hehe.
0 comments:
Post a Comment