Tuesday, November 16, 2010

Happy Birthday, Hanania!


Macam baru semalam rasanya perut ini dibelah. Masuk pula wad kelas 3
tanpa apa2 plan, sakit tidak cuma tanda kelahiran saja yang ada.
Pagi di hari pertama selepas bersalinkan Nia,
semuanya menyenangkan dengan service para nurse dan
doktor bertugas, masakan tidak dengan kehadiran semua
ahli keluarga siapa lah yang tidak bahagia dan terharu.
Elok saja petang, bagai mimpi ngeri untuk aku. Malas nak cerita lanjut,
siapa yang bersalin di hospital kerajaan lagi2 kelas 3
mesti faham,kan. Pahit ke manis ke,
yang penting anak kecil di depan saya sudah beranjak ke
angka satu tahun. Alhamdulillah!
Orang kata menjaga anak yang masih bayi sangat
memenatkan. Mungkin ya, tetapi bila dah dibalas
dengan senyum tawa dan kasihnya anak kepada kita,
ibu yang mengandung dan melahirkannya sangatlah 'priceless'!


Nur Hanania Amani sudah meniti angka 1 tahun pada 11 Nov lepas.
Majlis sepatutnya sudah dirancang sebulan sebelumnya.
Tetapi kerana Mak Ayah tiada kerana menunaikan Haji,
sementara Mertua agak sibuk dengan urusan kerja jadi semacam
antara mahu dan tak mahu buat saja majlis.
Last minute plan, hari Jumaat baru plin plan dan menjemput saudara
dan sahabat2 mana yang terdekat.
Itu pun digabung sekali dengan
birthday adik sepupu, Faiza yang ke 11 tahun di rumah Makcik .

Rupanya buat majlis kecil macam ni pun kena plan betul2.
Kena pula petang tu hujan turun nasib hanya
renyai2 dalam hati
memang risau lah, mana tahu takde orang yang datang.
Risau2 pun, berpeluh juga dibuatnya.
Tapi, syukur..hujan tak berapa lebat.
Dan sangat terharu juga sebab ramai yang datang.
Terima kasih kepada sahabat2 terutama kpd keluarga Mertua yang
sanggup datang tengah2 hujan tu.

Bila majlis yang simple dan kelihatan macam tak teratur ni,
rasa lega dan happy sangat bila semuanya berjalan dengan lancar.
Next time, ada rezeki akan buat di rumah sendiri
dengan lebih teratur dan jemput lebih ramai lagi tetamu
ya, kawan2. Hehe.


Acara pada hari Ahad lepas. Sahabat lama, Fauzana tak pasal2
merangkap jurukamera dek kerana charger Sony dslr
yang missing entah kemana. Haih.
Apa2 pun terima kasih dengan Fauzana.
Takde dia, takde la gambar2 moments indah Ahad lalu... :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan
Salam Lebaran idul Adha kepada
semua sahabat2 muslim, pembaca2 blog yang tidak
seberapa ini.
Semoga Hari Raya Qurban ini membawa
seribu keberkatan
kepada kita semua. Amin.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP