Sunday, December 13, 2009

1 bulan yang hebat

Sebulan yang lalu merupakan pengalaman yang sungguh luar biasa bagi aku tatkala memegang 'title' mama kepada seorang bayi comel, Nur Hanania Amani. Jumaat lepas genap sebulan Nia dilahirkan dan aku masih teringat2 detik kelahiran si kecil ini. Adalah suatu yang luar biasa tatkala mendengar suara tangisan pertama anak yang dikandung 9 bulan 4 hari. Perasaan yang sangat hebat bagi diri sendiri. Perasaan yang sangat bertuah dan bersyukur tentunya.

2 minggu pertama sejak melahirkan Nia secara 'ceasar', agak payah terutama setiap pagi aku sibuk melalui rutin berpantang. Sementelah badan masih lemah dan kesan ceasar semakin memberi kesan kepada tubuh aku. Berdiri payah. Hendak bangun payah. Berjalan pun masih terbongkok2 sedikit. Makan minum pun masih disediakan. Emosi? Emosi aku 2 3 minggu selepas bersalin agak rapuh. Mudah terasa dan makan dalam kata orang terutama saat aku tinggal sendirian di rumah hanya ditemani adik bongsu. Macam2 dalam fikiran. Mungkin aku TIDAK boleh keseorangan dan kesunyian. Kerana, bila saja kawan2 atau saudara mara datang melawat, perasaan & jiwa aku kembali damai & bahagia. Rasa dihargai & dikasihi orang. Terima kasih kepada yang sudah melawat. Ya, saat2 ini memang aku memerlukan kawan untuk berbicara atau bergossip. Haha.

Sekarang, hari2 aku terasa terisi. Yang tepat, hidup terasa lengkap. Rutin harian si kecil yang tidur seharian, berjaga malam memberi aku suatu mengalaman yang sungguh luar biasa. Title seorang ibu - mak - mama - mommy atau apa saja membuatkan aku terfikir betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Diri sendiri yang sakit tak mengapa asal jangan anak sendiri. Walaupun kurang tidur kerana melayani anak, tetapi aku sendiri ingin menatap puas2 wajahnya. Ada suatu perasaan yang sangat mendamaikan apabila melihat wajah anak kita sendiri tidur dengan lena. Kadang aku tewas dengan perasaan. Terasa berat tugas seorang ibu terutama menjaga bayi yang kecil. Apalagi ini adalah pengalaman pertama aku, namun..semua perasaan 'liar' itu aku simpan dalam2 demi seorang anak yang bernama Nur Hanania Amani Bt Muhd Hazwan...my baby Nia, mama love u so much..!






Sweet dream, my sweetheart.. :)


Monday, November 16, 2009

Senyuman di hari ke 5


Assalammualaikum,

Hai..Nama saya Nur Hanania Amani Bt Muhamad Hazwan. Saya baru je dilahirkan ke dunia pada 11 Nov 09 yang lepas. Nih la saya semasa berusia lima hari. Saya bersyukur sangat dapat lahir ke dunia yang pada pandangan mata saya agak besar. Sekarang mungkin saya hanya boleh mengesan wajah mama & papa saya. Rasanya...sebab mama saya selalu berborak dengan saya semasa saya dalam perut mama. Mama saya agak lemah sebab masih dalam berpantang, tapi saya tahu mama saya teruja dengan kelahiran saya. Jadi saya tolong mama saya update blog dia..hihi..

Saya lahir di hospital kem latihan pada pukul 1.37am. Kesian mama saya. Sudah la melahirkan saya melalui ceaser, terpaksa pula menghadapi karenah2 misi yg eksen selama 3 hari berturut2. Nanti la diaorg. Kalau saya besar nanti, bila saya berjaya jadi doktor. Saya pula mau eksen sama diaorg. Isk tak baik pulak kan..Nasib baik ramai sedara2 yang datang terutama tok ayah, tok ma, tok wan & umi saya. Atuk2 & nenek2 sedara saya pun datang. Nak tau..saya pun ada moyang rupanya. Maklum la mama saya cucu pertama moyang, jadi saya lah cicit pertama moyang Habibah ..:) Pakcik saya je sebaya saya..kembar pula tuh..mesti diaorg kacak2 bila besar nanti..hihi..Kawan2 mama papa saya pun ada datang melawat..macam Auntie Nurul,Auntie Ila,Uncle Halil..lagi sorang saya tak tahu nama..hehe..

Saya seronok sangat sebab saya dapat banyak hadiah dari atuk2 & nenek2 juga kawan2 mama papa saya. Dah macam kilang hamper saya tengok..eh takde lah..saya gurau saja..baik hati betul mereka..yang penting kunjungan mereka sangat dihargai mama papa saya..ala saya pun seronok..dapat jumpa rakan sebaya saya iaitu Nur Alya Adriana, anak kpd Auntie Lixa & Uncle Nizam..Auntie Faezah je single tapi not available..ewah..auntie Faezah,kalau auntie kahwin confirm saya datang..just bagi tahu tarikh je.. :p

Oklah..saya nak minum susu kenyang2 dulu. Babai..

p/s: Senang2 datang la rumah ye.. :D





Monday, November 9, 2009

Sedang Ingin


Sedang menikmati saat2 terakhir kehidupan sebagai orang 'bujang'.
Sedang membuat persiapan mental & fizikal.
Sedang 'melonggokkan' beg yang perlu dibawa ke hospital.
Sedang menikmati makanan yang baik2 untuk si kecil.
Sedang menikmati petua2 yang sewaktu dengannya.
Sedang melakukan aktiviti senaman spt berjalan & berenang.
Sedang berdua2an dengan sang suami sebelum bertiga-tigaan.
Sedang menanti kelahiran si kecil pd masa yg tepat.
Sedang redha & tawakal dengan segala kemungkinan...




Tuesday, November 3, 2009

Belum sampai masa

Hari yang sangat meletihkan & mendebarkan adalah jatuh pada hari Isnin bersamaan 2 Nov 09, iaitu semalam ..Nampaknya kelahiran my little one masih jauh lagi sementelah masih menunggu hari yang tepat & sesuai untuk dia. Jika tidak, dek kerana keyakinan yang sangat jitu oleh Dr Kamaria..mesti aku sudah dapat menatap wajah & figura my little one..tetapi dengan cara c-section yang mana sangat aku elakkan & takuti dari awal. Bermula contraction dari 1 am yang berlaku setiap 5 minit sehinggalah betul2 reda pada pukul 5am (2 Nov 09). Contraction yang cukup pakej itu memang betul2 mencabar dengan kejang2 perut + lenguh2 kaki + sakit pinggang + berpeluh2 + tak boleh tidur. Dasyat tahu! (macam sengaja membesar2kan cerita ni hehe)

Pagi itu mr Hazwan banyak kali juga mencadangkan untuk terus ke Hospital Ampang, tapi aku menolak. Gila! Kalau terus ke Hospital Ampang..sah2 aku akan ditahan di wad dan peratus untuk dibedah pun agak tinggi. Isk isk..belum lagi..aku kuatkan semangat lagi..untuk terus bertahan (degil nih) dengan berharap contraction akan beransur reda..dan Alhamdulillah, dapat melenakan mata dalam sejam dua. Dalam pukul 10am, terus proceed ke Pusat Perubatan Naluri untuk pemeriksaan mingguan bagi minggu ke 38. Sempat bersarapan dahulu dan kurang sejam terus berjumpa dengan Dr K . Check punya check.. Dr K memberitahu yang my little one sudah bersedia untuk keluar sebab itu contraction berlaku tetapi memandangkan kedudukannya masih songsang..Dr K dengan tegas & yakinnya meminta aku untuk admitted & dibedah pada 1pm............................APA??! Cepatnya.....?!! Aku rasa baby belum ada masalah apa2..kenapa secepat itu??! Lagipun, aku belum siap mental fizikal untuk proses c-section ini. Mana belum berbincang dengan kaum keluarga lagi..agak blur sebentar..idea idea sila keluar..

*tink* Oh lupa, Dr K tidak diberitahu yang aku sudah membatalkan untuk bersalin disitu..jadi bukan salah Dr K atas 'keyakinannya itu'..aku memandang muka mr.Hazwan yang agak cuak (muka aku 5 kali cuak) dan sambil menelan air liur..aku terus beritahu Dr K yang aku sudah batalkan untuk bersalin di Naluri tetapi akan bersalin ke Hospital Ampang. Dr K faham dan sempat memberikan aku referral letter. Fuh, lega...aku berjaya 'melarikan diri' dari ditahan wad & dibedah.

Pulang ke rumah dan berbincang dengan mak aku.. dan menerima komen yang sangat bersahaja dengan pn.Saadah (biasalah mak aku adalah seorang yang sangat positif, bersahaja & old school juga ) "Belum masa nak bersalin lagi" "tiba2 nak dibedah?" "Mak tengok kau ok saja, biasa orang yang betul2 nak bersalin buat apa2 pun tak boleh" "sakit sikit2 biasalah.." Itu antara komen yang aku terima, selebihnya biar aku simpan dalam hati..hehe..Mak aku sempat memberikan air dari akar bunga Fatimah (betul ke nama ni?) Kelmarin, mr.Hazwan juga ada memberikan sebotol kecil minyak selusuh yang diberikan oleh MIL aku dari Melaka. Harap2 dengan penawar2 yang sedia ada, dapat memudahkan proses bersalin aku nanti. Amin..amin..

Hari yang sama setelah sibuk mencari info tukang urut & makan tengah hari.. aku & mr.Hazwan terus ke Semenyih untuk berurut. Perjalanan boleh tahan jauh dan sepanjang perjalanan aku agak nervous. Macam2 dalam kepala. Yang paling utama aku harapkan, semoga perjalanan yang jauh ini membuahkan hasil... Dalam sejam juga kami akhirnya sampai ke rumah makcik yang dipanggil Mbah. Sangat peramah & menerima kehadiran kami dengan terbuka. Rupanya2 Mbah itu adalah bekas jururawat di HKL. Macam2 topik juga aku bualkan bersama Mbah. Diakhir sesi, aku diberi sebotol air selusuh yang sudah dibacakan sesuatu (dibacakan surah2) oleh Mbah. Dalam takut2 & risau sepanjang sesi diurut itu, Mbah banyak menenangkan aku supaya jangan terlalu memikirkannya sangat & hanya bersedia untuk ke hospital jika betul2 sakit & hampir dengan tarikh jangkaan iaitu 15 Nov nanti.

Hari ini, aku datang ke opis dengan bertenaga sebab dalam tidur dengan lena semalaman. Alhamdulillah...

p/s: Malam itu sewaktu melawat my MIL di Damansara Specialist, dan selepas mendengar rentetan dari hari yang penuh mencabar kami.. my FIL sempat buat lawak.. "mesti semua orang suspen..macam mana lah muka anak Hazwan..dah la perempuan..ada macam Hazwan tak?" mentang2 kulit mr.Hazwan agak mendung berarak pergi dengan kulit aku yang kurang putih tetapi mulus ini (amboi :p) Sambil diiringi gelak ketawa semua orang termasuk aku la..hahaha..pak mertua aku ni kalau mengusik anak lelaki the one & only beliau memang spontan habis..tak dijangka2..yang paling 'alert' & kuat ketawa mestilah aku..hehe..




bersama Pn Leen yang sedang mengambil berkat.
Ur time will come soon bebeh.. :)


Saturday, October 24, 2009

Menghitung hari - 9 bulan yg membahagiakan



Tidak sabar tetapi sangat berdebar2..
Pejam celik, 9 bulan telah berlalu dengan begitu pantas & ajaib sekali..Dalam masa yg terdekat ini..adrenalin aku bertambah2 dengan keinginan sangat jitu..namun jauh di sudut hati aku sangat risau akan kemungkinan2 yg bakal berlaku..my liltle one masih dalam keadaan songsang..hanya menanti keajaiban tuhan untuk membetulkan kedudukannya selain usaha yg belum putus2 dari aku sendiri, bakal mama kepada my little HA..


Kebelakangan ini aku hanya memikirkan tentang aku, my little one, mr Hazwan, keluarga aku & masa depan..adakah kerana pembawaan mengandung, emosi selalu saja tidak stabil & agak sensitif..kadang aku sangat gembira..kadang aku sangat sedih..kadang aku tertawa..kadang aku berduka..jika diikut kata hati, syaitan memang ada di mana2..sering juga aku berselawat nabi minta ditenangkan hati & dikuatkan semangat..akhir solat, minta doa dengan sangat rendah dirinya kpd yg di Atas..pengalaman pertama ini memang sungguh warna & dugaan ya..



mr.Hazwan masih seperti yang sebelum2nya..banyak mendiamkan diri dari berkata2..tapi aku tahu dia sangat risau & menanti penuh debar seperti aku..cuma karektornya yang pendiam itu kadang buat aku sering melayan emosi sendiri..hhmm, sudah namanya 2 individu yang berbeza..salah seorang memang diciptakan untuk melengkapi yg satu lagi,kan..yang penting walau kadang kala pahit & surut kehidupan..selama 9 bulan ini mr.Hazwan sentiasa ada untuk aku..


Mood kerja semakin merundum..huh, sehabis baik aku cuba datang ke opis dengan semangat kerja semaksimum mungkin..ternyata sgt susah..dgn pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini..membuat aku hanya menjalani kerja sehari2 dengan seadanya..tapi semua yg terjadi pasti ada sebab & hikmah dariNya..Alhamdulillah, rezeki anak masih ada ketika aku sedang sarat2 mengandung walau sudah kurang agresif :p..tudung online (milik mak aku ..kira tauke aku la :p) masih berjalan spt biasa dan aku beruntung kerana customer baru semakin bertambah walau tidak begitu byk tetapi aku gembira & kali ini customer2 tetap masih terus menyokong & sering datang ke rumah utk belian borong...syukur!..nah, Allah pasti ada plan untuk setiap hambaNya...niat aku selain menambah duit poket adalah untuk membantu bisnes keluarga sendiri..


Pelbagai perkara akan berlaku di penghujung tahun & awal tahun depan..selain bakal menanti kelahiran my lil one, December 09 ini adalah perkahwinan adik perempuan aku & bertukar kerja..itu pun secara rasmi pada Jan 2010 InsyaAllah..hhmm..semoga hari2 yang mendatang menjanjikan sebuah lagi kegembiraan untuk aku..aminn..

Counting days for our little one..doakan ya..! :)

Saturday, October 17, 2009

15 Oct vs 15 Nov ...Kebetulan?

2 hari lepas adalah hari lahir mr.Hazwan..selamat aku sempat wish petang Khamis lepas..kalau tidak, pasti ada orang yg berkecil hati..maklum lah, pembawaan budak ni...aku cepat pelupa & kurang focus sikit..lagi2 di saat sarat mengandung..macam bg alasan je kan?tapi bukan juga,ini lah realitinya. Dan bakal menjadi realiti juga, my litle one dijangka selamat tiba ke dunia pada hari bulan yg sama dengan mr Hazwan iaitu 15 Nov 2009 depan? wah seronok lah jika ini betul2 berlaku..tak sama tarikh betul2 pun takpe la ya..

Count Down Begin - My pregnancy 35 weeks

Salah satu sebab utama aku membuka blog peribadi ini adalah untuk berkongsi & mendapatkan lebih banyak info mengenai proses kelahiran bayi. Sebagai bakal ibu yang baru pertama kali mengalaminya, tentu la aku cetek dengan sebarang info & tips. Banyak blog2 teman cyber aku lawat & ia sangat membantu aku memahami proses2 kelahiran bayi. Dan terbaru, blog teman cyber inilah yang sangat membantu di kala tahap kerisauan di tahap dewa. Sekurang2nya aku tidak keseorangan dalam menghadapi situasi seperti ini. Dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan aku.

Untuk pengetahuan anda semua, kedudukan my liltle one masih di dalam keadaan songsang (breech birth) sejak bulan ke 5 kandungan, sama kes dengan teman cyber tadi. Pertama kali mengetahui kedudukan my liltle one songsang aku masih relaks2 saja. Tetapi bila masuk bulan ke 8 kandungan, selepas aku check up Isnin lepas, kedudukan bayi masih dalam keadaan songsang, agak panik juga dibuatnya. Mula berfikir2 yang bukan2. Tetapi tetap aku kawal juga perasaan ini. Takut effect pada baby kan..jadi aku mula memikirkan apa2 solusi yang bagus ketika ini.

Ramai mencadangkan aku pergi mengurut.Ok,DONE untuk fasa pertama.Makcik tukang urut tuh kata kena berurut lagi apabila kandungan memasuki usia 9 bulan. Isk..suspen juga dibuatnya. Tetapi berdasarkan kajian & cerita2 rakan..kaedah berurut ini sangat berkesan..yang penting kita usaha kan..yang lain serahkan saja kepada yang di Atas..amin amin..

Selain itu..aku sudah bertukar ke Hospital Ampang untuk bersalin kelak..dek kerana takut dengan sebarang komplikasi2 lain (minta jauh)..sebelum ini aku sudah membayar penuh deposit di Pusat Perubatan Naluri, itupun jika bersalin secara normal..jadi, untuk mengelakkan kena charge yang melampau2..lebih baik aku tukar hospital kerajaan. Dengar cerita Hospital Ampang yang baru dibuka bagus dari segi service & kemudahan2 lain..ok PROCEED!

Thursday, October 15, 2009

Love without Talking



--- SWEET :)---

NetBound Open House - 9 Oct 2009

Tech Helpdesk dept


makan time

the crowds

tengah tengok show

banyak pulak artis kat sini :p


Jaiho...
Bersenda gurau dgn Anong D Costa aka Carlos si baju peach :D


meja VIP..yg duduk semua non-vip kecuali yg membelakangkan kamera, Mr Ariva

the comittee..sungguh 1 Malaysia


bapak2 orang nih..

bersama Sharklin aka K Alin si TL in the making :p

bersama Linda

bersama geng2 Outbound dept



k Ida ..1 batch

bersama ahkak2 dept sebelah :D

Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya!!

Masuk hari raya ke-5, baru berkesempatan menulis entry mengenai sambutan Hari Raya..kebetulan aku mengambil cuti panjang tahun ini..Istimewanya kali ini selain kerana sambutan raya yg pertama sebagai isteri orang & bakal ibu..akhirnya setelah 9 tahun hanya berhari raya di Kg Dato Keramat, dapat lah merasa sambutan hari raya di suasana kg sebenar iaitu kg mr Hazwan (tahun ini kasi can dia dulu :p ) & yg paling special utk pertama kali seumur hidup..aku dapat menziarahi kubur, di sana terdapat pusara arwah nenek mr Hazwan, pusara arwah suami Makcik & pusara arwah anak Pak Teh..kali terakhir arwah adik bongsu nenek aku meninggal di Medan & arwah Atuk aku pula meninggal beberapa tahun lepas di Mekah..

Oh ya, untuk persiapan tahun ini sangat lah last minute. Memandangkan aku yg sedang berbadan dua..aktiviti persiapan ala kadar saja (kononnya)..energi pun tidak sebanyak mana untuk ke hulur hilir mencari2 barang..memandangkan aku dah siap2 mengambil cuti raya lebih awal bermula hari Khamis lepas..banyak pula plan yg secara tiba2 muncul..3 hari sebelum raya ntah macam mana terdatang niat untuk buat facial di Serenity Spa Setiawangsa..punya gigih sanggup pergi sorang2..tengah2 facial itu boleh pula terfikir nak ke salon sebelah untuk memotong rambut ke paras bahu (abis mr Hazwan dah bising2 suruh pendekkan rambut, biar nampak spt rambut ibu2..aihh, rambut ibu2 mesti kena pendek ke?) Yang paling drastik, siap dye rambut konon supaya nampak fresh..aku pilih Dark Brown @ sewaktu dgnnya saja (ini pun yg pertama seumur hidup ya..gila! adakah pembawaan baby girl aku sampai aku dok gigih melaram macam ini? haha)

Dalam dok pening2 mencari baju raya (baju org mengandung sgt terhad kan?), 2 hari sebelum raya pun aku sempat ke PKNS Shah Alam untuk mencari sepasang dua baju raya..nasib baik, pusing punya pusing dapat juga sepasang yang kebetulan pula sedondon dengan baju melayu mr Hazwan (hadiah dari mak aku sempena perkahwinan kami lalu) sebelum itu, singgah ke SACC..mana tahu boleh cuci2 mata..kalau ada yg berkenan boleh lah beli..tapi, alangkah kecewanya..nama pun pertama kali ke area sana, mana aku tahu baju2 di SACC tidak terjangkau dek budget..jadi terus kami ke PKNS & akhirnya dapat juga sepasang baju raya dengan harga yang sangat berbaloi :)

Sambutan malam raya & hari raya pertama di Alor Gajah. Hari raya kedua pula terus ke rumah keluarga aku (baru beberapa hari dah rindu dengan mak :p ) sungguh, semasa sesi bermaaf2an di pagi raya terutama saat memohon maaf dengan keluarga mertua..aku terus sayu teringatkan mak ayah aku di rumah..lain benar Aidilfitiri kali ini..atau ini hanya sebuah permulaan bagi keluarga baru aku & mr Hazwan..Coretan di kg Alor Gajah? biar gambar2 di bawah yg akan ceritakan semuanya ya.. sekali lagi, salam Aidilfitri..


p/s: hari ini mr Hazwan dah start kerja..aku pula minggu depan..tapi still no plan at all :p


di hadapan rumah keluarga mr Hazwan



minta ampun dgn mr Hazwan..ada gaya isteri mithali tak? :p

wajah hepi org yg sudah bekerja..angpau dari anak buah ke mak sedara..

bersama my sil Eliya & Jazlina

samping yg hanya dipakai ke masjid

bersama adik2 sepupu

sebahagian dari keluarga besar my mil

di hadapan pusara arwah nenek


Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP