Wednesday, March 31, 2010

Sukma situ sana sini

Salam semua

Ada beberapa update yang masih tertunda. Ada banyak kisah menarik untuk dikongsi tetapi malangnya cerita tanpa gambar2 kenangan tidak lah menarik untuk dibaca kan? Hehe. Kabel Sony dslr miss place ntah ke mana. Jika sempat mahu pinjam kabel cik Leen petang nanti. Harus update jika tidak makin tertunda-tunda lah kisah-kisah menarik aku nih. Esok dah start sibuk dengan report2 maklum awal bulan. Stress lagi sebab pertama kali buat kerja sendiri yang sebelum ini ada sifu di sebelah dok pantau. InsyaAllah akan upload pics petang nanti.

* 8hb March 2010 - Bercuti bersama teman2 sekolah mr Hazwan di Villa Rayhan, Janda Baik : Nizam & wife, Apek & family, Halil & family, Zahir & Sunyo.

* 11hb March 2010 - Puteriku Nia beranjak ke umur 4 bulan.

* 25hb March 2010 - Majlis Ulang Tahun aku bersama keluarga mertua.

* 29hb March 2010 - Majlis Ulang Tahun aku, mr Twin Fauzi & Fauzan (adik sepupu) di KFC Wangsa Maju bersama keluarga besar Hjh Habibah. (petang)
- Majlis Perkahwinan Dr Aimy & suami di Dewan Perdana Felda. (malam)

* 30hb March 2010 - Majlis Perpisahan officemate, Zubaidi en Klate di Secret Recipe, Menara TM


Friday, March 26, 2010

Tips pemakanan bayi

Sebenarnya sejak dari umur 2 bulan sudah cuba beri Nia memakan pisang, tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Awal2 hari tuh Nia macam lapar & tak kenyang selepas minum susu. Jadi mak aku pun suruh cuba diberi makan pisang. Alhamdulillah tak ada masalah. Cuma sekarang since tengah duduk ngan mertua, cara penjagaan agak berlainan. Mertua suruh Nia diberi makan dari makanan yang khas untuk umur 4 bulan. Kami ada mencuba fruit puree dari Heinz, tak selalu pun sebab perlu pantau tahap pemakanan Nia. Sehari dalam 2 kali juga kami beri makan. Plan aku nanti, nak buat makanan Nia sendiri je. Lagi sihat & jimat. Hehe. Untuk info lanjut, klik sini ya.


Antara tips2 pemakanan bayi :

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Tanda-tanda bayi bersedia untuk makan makanan padat

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diperhatikan walaupun mungkin bayi anda belum melakukan semuanya :

- Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
- Boleh duduk dengan baik di kursi
- Boleh melakukan gerakan mengunyah
- Berat badan terlihat meningkat hingga kira-kira sudah dua kali ganda berat badan ketika lahir
- Terlihat tertarik pada makanan
- Boleh menutup mulut jika disuapkan dengan sudu
- Boleh memindahkan makanan dari mulut bahagian depan ke mulut bahagian belakang
- Boleh menggerakkan lidah, dan tidak lagi menolak makanan keluar menggunakan lidah
- Terlihat masih lapar setelah diberi lapan hingga sepuluh kali ASI atau 1200 cc susu formula
- Mulai tumbuh gigi

Bagaimana
- Mulakan dengan bubur tepung beras yang sangat cair satu hari sekali, kira-kira sebanyak 1/2 sudu makan pada percubaan pertama. Mengapa beras? Kerana beras memiliki risiko elergi yang rendah.
- Jika bayi sudah mulai terbiasa makan, boleh ditambah jumlahnya atau ditambah kekentalan bubur tersebut.
- Boleh menambahkan menu baru kepada bayi. Satu rasa setiap kali menambah, jangan dicampur. Tunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada bayi, untuk melihat apakah bayi memiliki reaksi elergi terhadap makanan itu.
- Beberapa orang menyarankan untuk memberikan sayuran terlebih dahulu sebelum diberikan buah-buahan, supaya bayi anda tidak terlebih dahulu rasa manisnya buah.

Makanan yang dihindari
- Madu. Tidak dianjurkan untuk bayi dibawah usia satu tahun, karena ada kemungkinan terkena bakteri Clostridium Botulinum. Bayi belum memiliki imunitas terhadap bakteri ini. Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang botulinum sila klik ini . Kira-kira menurut tulisannya boleh mengakibatkan lumpuh karena dia meracuni saraf.
- Garam. Makanan bayi sebaiknya tidak diberi garam karena belum kuat diproses oleh ginjalnya. ASI dan formula sudah mencukupi untuk keperluan garam ditubuhnya.
- Gula. Biarkan bayi tidak terbiasa pada rasa manis yang boleh merosakkan giginya.
- Kacang. Selain ada kemungkinan tersedak, kacang juga sangat berpotensia menimbulkan reaksi alergi
- Susu kambing sebagai minuman. Tidak mencukupi kandungan lemak, nutrisi (terutama besi), dan kalori. Terlalu banyak sodium. Juga berpotensi menjadi alergen. Kecuali produk susu seperti keju, diperbolehkan setelah bayi berusia 6 bulan.

Makanan yang perlu dihindari sehingga usia 6 bulan
- Gandum dan segala produknya. Alergen (boleh menimbulkan reaksi alergi)
- Telur. Alergen, terutama bahagian putihnya yang memiliki banyak kandungan protein.
- Ikan. Alergen
- Buah-buahan asam, seperti jeruk, anggur, nanas. Perut bayi belum kuat untuk diberi makanan asam

Thursday, March 25, 2010

Hari yang penuh Cinta & Doa

Alhamdulillah..banyak sahabat2 mendoakan yg baik2 hari ini..
mohon Allah perpanjangkan usia, besarkan jiwa,
tabahkan hati, luruskan perjalanan yang
akan saya tempuhi, sentiasa menyanyangi
& disayangi..amin..Terima kasih kalian semua..
Sukma 27tahun..sekadar angka tapi
saya tetap diri saya seadanya..

Sebagai kenangan - 25 March 2010 :

Suami Isteri

Ada sorang rakan perempuan datang kepada aku & menangis mengadu betapa payah + perit + kecewa & sedih dirinya hari ini. Rakan tadi beritahu betapa dia tak dapat membendung rasa letih & sedih teramat sangat yang mungkin dipendam sekian lama. Aku tanya kenapa? Mungkin perasaan hati saja, maklum lah sebagai ibu baru. Katanya dia rasa terlalu berat tanggungjawap sebagai isteri & ibu lagi-lagi bila hari ini, anak sudah jatuh sakit dan menangis2 menjerit nama si rakan tadi. Hati ibu mana yang sampai hati melihat si anak kecil menangis saat melihat wajah ibu. Si ibu yang mahu pergi kerja langsung tawar hati tapi apa mahu buat terpaksa ditinggalkan juga si anak. Kecewa si rakan tadi mungkin sudah bertumpuk terlalu lama dan akhirnya terluah juga hari ini.

Katanya dia sangat letih dengan tugas sebagai isteri & ibu sementara diri yang sedang mengandung anak kedua. Aku dengar saja luahannya sedikit2 air matanya berlinang. sambil2 aku nasihat juga jangan terlalu ikutkan perasaan takut terjejas bayi dalam kandungannya. Aku tanya lagi dimana suaminya dan adakah suaminya tahu yang si rakan tadi dalam keadaan sedih. Si rakan hanya mendiamkan diri. Lama dia berfikir akhirnya baru terluah yang kesedihan & kekecewaannya berkait dengan si suami yang tidak turut serta membantu meringan beban & tanggungjawap si rakan tadi dalam menguruskan rumah tangga mereka. Hidup di zaman serba moden memang memerlukan segalanya diatur dengan cepat & lancar. Dengan keperluan si kecil hari-hari perlu dihantar ke nursery, yang mana susu+baju+thermos si kecil harus sentiasa diperiksa. Pulang kerja, penat diopis belum habis terus periksa baju kotor anak,air panas untuk susu anak & baju2 yang perlu diseterika. Tak masuk lagi bab kena memasak. Sudah masak, sediakan makan & menyuapkan anak pula.

Memang lah nampak hal-hal remeh, tetapi dari hal-hal remeh yang semua orang terutama lelaki pasti kata "arh ini memang kerja orang perempuan" Tak kan lah tak ada sifat bertimbang rasa dengan si isteri. Hanya kaum wanita saja yang tahu betapa berat & besar nya pengorbanan isteri terhadap suami & rumah tangga. Bukan untuk berkira, tetapi jika sama-sama meringankan tugas isteri....tentu kes-kes suami hari-hari kena bebel tak terjadi. Betul..kadang ada segelintir kaum lelaki hanya melakukan kerja apabila disuruh. Takkan lah hari2 mahu disuruh bang. Hari2 kena bebel, sapa pun tak suka. Akhirnya, si isteri yang terpaksa melakukan semuanya. Bukanlah mahu mengambil alih semua tugas isteri, tetapi hanya membantu.

Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain

Monday, March 22, 2010

Oh saya pemenang juga?

Dalam berblog yang jarang-jarang sangat di update, dengan cerita-cerita yang kurang menarik yang bagi aku memang menarik lah untuk dikongsi.Hehe. Tanpa semena2 dapat pula award dari Mama Yeen. Wah terharu pulak. Thanks ye Mama Yeen (my x-officemate) Walopun kita dah jauh beribu batu (cewah) sejak masing2 dah bertukar tempat kerja, tapi kita tetap keep in touch gitu. Mama Yeen suka update ngan drama-drama tv seperti Supernatural dll. Ingat lagi dia dok layan movie download masa kami shift petang yang membawa sampai ke 12am. Mama Yeen punya english dasyat tahu, macam baca sastera english. Tak percaya bacalah blog dia. Hihi.


Ok, rules untuk menerima award ini seperti berikut, tapi aku terpaksa postpone di hari lain untuk pass ke 15 orang. Aci tak? Hehe...

1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered
and think are fantastic beautiful too
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

Hhmm..7 perkara tentang aku?
-
~ Suka fotografi, berjaya mendapatkan kamera kegemaran &
sekarang Nia adalah model tetapku.
~ Suka asam laksa. Jom jalan2 cari makan.
~ Suka membaca tetapi tak penah2 khatam.
Dulu masa sekolah boleh lah abiskan 1 novel sehari.
~ Suka rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians, American Idol
CSI Miani & So you think you can dance.
~ Lagi gila membeli belah barangan bayi.
~ Tengah mencari jeans yang sesuai. Any idea? (hip don't lie)
~ Motto : Hidup kena berani terima kenyataan.

Oh kebelakangan ini tidak berapa mood untuk update kerana lagi sibuk menguruskan rumah tangga. Wah bukan main lagi. Sampai perihal my Nia pun tidak ber-update juga. Hhhmm Nia dah 4 bulan 2 minggu dan sekarang beratnya hampir 6Kg. Minggu lepas ada demam+muntah2, jadi agak berkurangan berat badannya. Sungguh risau bila melibatkan anak yang dikandung 9 bulan ini kan? Buat kerja langsung tak senang bila menerima panggilan telefon mengatakan Nia muntah2 dan lemah. Kelam kabut pulang ke rumah. Syukur tak lama. Pengalaman sebagai kakak sulung yang menjaga 4 orang adik sangat berguna bila sampai ke anak sendiri. Ya, aku ibu yang baru ada pengalaman sebegini, masakan tidak tertekan? Aku ingat lagi ketika tengah berpantang dan Nia jatuh dari bouncer betul2 di depan aku. MasyaAllah macam mahu gugur jantung. Bouncer yang secara tak sengaja dijatuhkan oleh anak saudara suami di depan ahli keluarga lain. Sungguh, itu satu tamparan hebat untuk aku. Sudah lah mood semasa berpantang buat kita terlalu sensitif. Siapa yang tak marah+terkejut dan rasa mahu pitam melihat anak sendiri begitu. Ahh benda dah berlaku. Yang penting Nia tidak mengalami apa2 yang teruk @ luar biasa. Anak mama semakin hari semakin sihat & ceria. InsyaAllah.

p/s: Tak sempat upload gambar Nia terbaru kerana kerana kabel Sony Alpha aku tercicir ntah di mana.

Thursday, March 18, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Kamu tak akan jumpa iklan yang super cool Oh La La seperti ini di
mana-mana. Cuba klik & boleh kah kamu tidak
bersetuju dengan saya? tengok tengok..mr dog pun akan
kelihatan kacak & bergaya seperti si bintang
Takuya Kimura. haha.


Ha macam mana? tak teringin kah? tak jeles kah dengan mr Puppy?
serious mana ada puppy rambut nya sekacak ini. So kalau
teringin sangat tuh mari kawan-kawan semua kita meriahkan acara
Gatsby Deodorant Street Fair.
Aha..ini memang bukan acara yang berkaitan dengan rambut
si kacak Takuya Kimura & mr Puppy..tapi sengaja selitkan
sebab still Gatsby & of course
sebab ada si kacak Takuya Kimura hehe..
dan yang penting
iklan ni sangat LUCU lah.
nah..ini iklan berkaitan Gatsby Deodorant Street Fair yang bersesuaian
dengan tema acara kita nanti. Tetap cool kan.
Rambut dah kacak..badan
pula wangi bak bintang Takuya Kimura..tengok lah sembur macam tuh
mau tak wangi dari hujung kampung. hehe.(oh Kimura ku... kenapa lah kau ganteng banget..ops)


Kawan-kawan..Keterangan acara adalah seperti di bawah tau....
block your date!

Tarikh: 17th April 2010
Masa: 10am till 5pm

Tempat : Front Foyer, Ground Floor,
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Apa lagi yang kamu akan dapat di acara ini? heyy, sudah lah satu
badan wangi semerbak persis si kacak
Takuya Kimura (confirm wangi harum semerbak kalau
kamu sembur macam dalam iklan! hehe)
dapat pula menyertai
Lucky Draw & berpeluang memenangi hadiah2 lumayan
bernilai sehingga RM15000!!
perghhh tak terliur lagi? tak teruja lagi???

Kalau rasa nak isi hari cuti kamu dengan santai..apalagi?
di acara ini nanti pun boleh join pelbagai acara2 ala fun-fair games
seperti Sumo Wrestling (dalam bag suit!! hambik terasa di
Jepun sangat kan),
gladiator battles (time ini lah nak perasan kamu jadi gladiator cool hehe)
& macam-macam lagi permainan yang cool-cool untuk kamu.
Psstt....mana tau rezeki kita semua yang
selama ini hanya mampu bermimpi di siang hari &
berangan-rangan manja
untuk bertemu si kacak Takuya Kimura,
tiba-tiba dia muncul....wohoooppp..
nehi nehi..(tetap doa dalam hati dia muncul)

Nak tahu banyak info lain?
Kamu semua boleh layari : www.gatsby.com.my/streetfair
Jom ramai-ramai p sana. Eh,rasa-rasa ada tak mr Puppy sesat
di acara itu?
tomei sangat ia kan?


Wednesday, March 17, 2010

Tentang seseorang

Ada berita tentang seorang teman lama yang sangat mengejutkan & pada masa yang sama mengecewakan aku. Kami berkenalan di suatu tempat yang sangat mengundang memori & cara kami berkenalan juga sangat lucu untuk dikenang. Teman yang aku kenali ini walau sangat drama queen tetapi baik hati. Jiwa nya sangat lembut & penuh kasih sayang. Tetapi pada sesiapa yang tidak mengenali dia seperti orang yang sangat manja, mengada-ngada & sedikit sombong. Sifat manja nya sangat ketara walaupun yang sebenarnya dia sangat independent & matang tanpa disedari. Aku anggap dia seperti rakan, kakak & adik pada satu masa. Yeah sisterhood zaman remaja sangat manis untuk dikenang kan.

Sifatnya sangat bertentangan dengan aku yang serius, kasar & lasak secara luaran. Style kami saja sungguh2 berbeza. Dia sangat feminin manakala aku ketika itu sangat boyish. Aku suka tengok dia berfesyen sebab memang kena dengan figurenya dan dia suka aku bagi ide untuk dia bergaya sebab katanya aku ada sense of fashion haha (mengarut). Rambut nya hitam lebat & bersinar, tubuhnya sangat cantik apalagi bila menyarung kebaya cuma cepat berisi jika tidak dijaga. Dia seorang yang mengingati hari ulang tahun manakala aku kadang ingat kadang lupa. Dia suka kan hal-hal kreatif seperti meng-edit gambar dari Photoshop dengan bait-bait puisi @ lagu, aku? bukan sekali. Dia suka menghadiahkan aku tatkala tiba hari lahir aku, tapi aku jarang-jarang berbuat begitu. Dia suka kan warna pink, ohh aku suka warna hitam. Dia suka memakai jeans skirt, aku pula suka jeans baggy. Dia suka bercerita tentang secret admirer nya yang macam-macam gelaran ada, aku pula hanya sebagai pendengar & penasihat tanpa gaji nya. Biasanya aku lebih suka bercerita tentang si polan si polan dengan adik perempuan aku di rumah. oh kenapa ya? kerana sifat aku sangat privasi tentang sesuatu perkara melainkan ianya perlu dikongsi. Ops kami masih banyak berkongsi cerita tetapi bagi aku bukan semuanya perlu kita hebahkan kepada semua teman.

Tetapi ada satu persamaan kami, sama-sama suka lagu & bernyanyi lalu dengan selamba nya berduet lagu Bahagia by Melly Goeslaw. Ntah angin apa yang membuatkan aku setuju berduet & moment itu sangat lah melucukan & sedikit huru-hara. Awal2 lagi sound system sudah buat hal dan bernyanyilah teman aku tadi tanpa suaranya didengari oleh semua orang. Aku yang di sebelah sedikit cuak & memandang teman aku seperti kerang busuk.Haha. Banyak perbezaaan antara aku & dia kan. Ada satu pernyataan : jika kita hanya inginkan kesempurnaan tanpa ingin melihat sedikit kekurangan/kesalahan teman, sampai bila-bila pun kita tidak akan punya sahabat. Tetapi sedikit persamaan itulah yang merapatkan kami. Sampai sudah dihujung2 pengajian, ada seorang makhluk yang cuba memfitnah & memburuk2 teman aku ini. Si anu ini sanggup bertemu & cakap direct dengan aku yang bukan2 tentang teman tadi supaya aku menjauhkan diri dari dia, berani betul si anu tuh ya? kenapa punya lama untuk memburukkan orang. Oh patut lah, si anu ini selalu juga nampak tidak puas hati & sentiasa beri komen negatif pasal teman aku sepanjang kami di kolej. Rupanya2 si anu ini sangat iri dengan persahabatan kami. Kepada si anu...aku maafkan, manusia memang tidak lepas dengan sifat dengki.

Mac 2010, selepas hampir 7 tahun menamatkan pengajian di kolej aku jarang-jarang berpeluang berjumpa dia. Kali terakhir sewaktu persandingan aku 21 Disember tahun lalu, dan kelihatan dia sangat teruja & gembira untuk aku. Sempat bergambar di bilik pengantin & berpose candid hehe. Malam selepas majlis, dia mengirim satu sms yang berbunyi seperti ini : "Sukma, tahniah. Aku sedih sangat tak dapat stay lama2 di rumah kau. Tak puas bergambar dengan kau" Sms itu sebenarnya sedikit hiba untuk dibaca, yelah...dari teman & sahabat lama. Rupa-rupanya ada sebab kenapa dia tidak dapat berlama-lama di majlis aku. Sebab2 itu akhirnya aku ketahui dalam bulan lepas dan ianya sangat mengecewakan aku. Sabtu lepas adalah perkahwinannya tetapi di dalam suasana hati & perasaan aku yang sangat 'berlainan' . Untuk teman aku, maaf tidak dapat juga berlama-lama di majlis kau. Bukan berdendam, ianya kebetulan saja. Hidup berkeluarga menuntut masa yang tidak sedikit & membuat aku agak terkejar-kejar. Apa pun teman, aku doakan yang terbaik untuk kau. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama-sama kita ingat, apa-apa yang berlaku...hidup pasti terus!


Antara Cita-cita & Kematian

“inginkah kalian masuk ke dalam syurgaNya?” serentak semua menjawab “mahuuuu…”

Tertulis sebuah renungan penuh sarat, dalam selintas perjalalanan kehidupan.

Hari ini, aku bertekad untuk bangun malam dan kemudian shalat malam, lalu kemudian diteruskan shalat shubuh lalu membaca Al Quran, hingga matahari terbit menghangatkan bumi.

Dihari pertamaku bertekad ternyata shalat malamku tertinggal, kesibukan di pejabat, bergaul dengan teman-teman hingga membuatku tidur terlelap, sampai-sampai solat subuh pun ku lakukan menjelang solat dhuha.

Hingga terkadang shalat zuhurku pun ku lakukan menjelang asar mulai memanggil. Penyesalan datang di dalam hati, pertanyaan muncul "kenapa, kenapa...?" lalu kutekadkan kembali untuk solat malam malam ini, dan shalat fardhu tepat waktu, namun di hari berikutnya, kuulangi lagi seperti sebelumnya, terlewat lagi dan lagi.

Hari itu aku begitu sibuk, mengerjakan ini itu, hingga HP ku berbunyi, segera ku tinggalkan pekerjaanku dan kubaca sms yang masuk, lalu segera aku membalasnya. Ternyata temanku memberi tau, akan datang kerumah untuk memberikan sebuah novel kepadaku, betapa senangnya diriku, lalu sesampainya novel itu ditanganku langsung kubaca hingga selesai, tak sampai 1 hari aku membaca novel itu, padahal novel itu begitu tebal hingga ratusan halaman, namun Al Quran yang hanya 114 surat 30 juz 1/3 nya pun aku tak hafal, ketika ditanya oleh sahabatku mengenai cerita novel itu begitu lancarnya aku menjelaskannya dan memberikan komentar.

Tapi jika ditanya makna surat Al Ikhlas pun aku diam seribu bahasa. Ketika suara sms berbunyi segera ku lihat dan cepat-cepat membalasnya, namun suara adzan berkumandang di sana sini, aku hanya mendengar lalu saja sambil berkomentar "Ahhh…sudah adzan lagi.."

Hingga hari itu, aku mendapatkan kabar temanku meninggal dunia, tersentak & terkejut mendengar khabar itu, temanku telah terbungkus kain kafan padahal baru tadi malam aku bersamanya dan di 1/3 malam dia menelepon aku untuk mengingatkan solat malam.

Ajal, kematian satu kata yang membuat bulu romaku meremang mendengarnya. Kenapa aku begitu takut?padahal kematian selalu mengiringiku kemanapun aku pergi, siap mengambil diriku bila saja Allah menghendakinya. Sudah bertahun-tahun aku lalai, hari demi hari aku lalui seoalah kematian itu masih jauh menghampiri. Betapa banyak ibadah fardhu aku tinggalkan apalagi yang sunnah.

Sahabatku betapa dekatnya kematian dengan kita, namun sering kita melupakannya atau pura-pura tidak mengingatnya, kita menyadari bahwa ada rasa takut di dalam hati kita, rasa takut itu muncul karena kita menyadari bahwa kita belum siap menghadapi kematian itu.

Namun sejauh apapun kita berlari, sekeras apapun kita berusaha menghindar kematian itu akan tetap datang menghampiri, masih segar berita gempa bumi di beberapa negara spt Chile, Haiti, Turki, Jepun yang mengorbankan ribuan mangsa, beberapa mangsa ditemukan sudah tak bernyawa namun ada juga yang sudah sehari semalam tertimbun masih selamat atau ditemukan masih dalam keadaan hidup spt seorang bayi yang masih hidup setelah sehari berlakunya gempa di Haiti. Allahuakbar!!

Kejadian itu, mengingatkan kita semua yang masih hidup bahwasannya kematian itu tidak dapat dihindari, ataupun kita tunda barang 1 detik pun, begitu pula sebaliknya jika Allah belum menghendaki maka kematian itu tidak akan terjadi. Mungkin kita ketika sedang bercengkrama dengan keluarga tertawa-tawa penuh canda, tiba-tiba ajal menjemput… apa yang bisa kita lakukan?Inilah jika Allah sudah berkehendak, siapapun tidak bisa mengelaknya.

Ketika kita diajukan sebuah pertanyaan “inginkah kalian masuk ke dalam syurgaNya?” serentak semua menjawab “mahuuuu…” lalu semua ditanya, kalau begitu kalian sudah siap mati? Serentak semuanya kembali kompak, namun semuanya adalah terdiam.

Padahal, bagaimana kita bisa masuk ke dalam syurganya yang maha indah, jika kita tidak mengalami kematian?Kematian adalah pintu menuju syurga. Namun kita tak pernah tau bilakah kematian itu datang menjemput.

Begitu banyak orang yang tertidur lalu tak kembali bangun, memandu kendereaan tiba-tiba berlanggar, atau ketika sujud ajal menjemput. Bagaimana dengan kita?apa yang sedang kita lakukan ketika ajal menjemput?

Jadi, sahabatku sekalian yang dirahmati Allah swt, tak ada pilihan lain kecuali kita harus mempersiapkan diri, jadi bila-bila & dimana saja kita siap bertemu dengan sang Khaliq. Salah satu caranya adalah berusaha selalu memperbaiki diri, dan berbuat kebaikan.

Seperti dalam Q.S Al Qashash: 77

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الأرْضِ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ


dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”

Semoga ketika kita dijemput kematian, kita dalam keadaan dekat dengan Allah swt. Dalam rahmatNya, cintaNya dan kasih sayangNya, sehingga kita menuju pintu kematian yang membukakan syurga yang indah dan menyenangkan. Atas ridho Allah SWT. (iRM@)

Amin Ya Rabbal alamin.
Semoga bermanfaat.



Thursday, March 4, 2010

Himpunan Bloggers - Kisah Syafia Humairah

Beberapa artikel/luahan/komen dari para bloggers yang telah saya baca untuk dikongsi bersama. Klik link di bawah :




Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP