Tips pemakanan bayi
Sebenarnya sejak dari umur 2 bulan sudah cuba beri Nia memakan pisang, tapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Awal2 hari tuh Nia macam lapar & tak kenyang selepas minum susu. Jadi mak aku pun suruh cuba diberi makan pisang. Alhamdulillah tak ada masalah. Cuma sekarang since tengah duduk ngan mertua, cara penjagaan agak berlainan. Mertua suruh Nia diberi makan dari makanan yang khas untuk umur 4 bulan. Kami ada mencuba fruit puree dari Heinz, tak selalu pun sebab perlu pantau tahap pemakanan Nia. Sehari dalam 2 kali juga kami beri makan. Plan aku nanti, nak buat makanan Nia sendiri je. Lagi sihat & jimat. Hehe. Untuk info lanjut, klik sini ya.
Antara tips2 pemakanan bayi :
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
Antara tips2 pemakanan bayi :
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi
Tanda-tanda bayi bersedia untuk makan makanan padat
Ini adalah ciri-ciri yang perlu diperhatikan walaupun mungkin bayi anda belum melakukan semuanya :
- Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
- Boleh duduk dengan baik di kursi
- Boleh melakukan gerakan mengunyah
- Berat badan terlihat meningkat hingga kira-kira sudah dua kali ganda berat badan ketika lahir
- Terlihat tertarik pada makanan
- Boleh menutup mulut jika disuapkan dengan sudu
- Boleh memindahkan makanan dari mulut bahagian depan ke mulut bahagian belakang
- Boleh menggerakkan lidah, dan tidak lagi menolak makanan keluar menggunakan lidah
- Terlihat masih lapar setelah diberi lapan hingga sepuluh kali ASI atau 1200 cc susu formula
- Mulai tumbuh gigi
Tanda-tanda bayi bersedia untuk makan makanan padat
Ini adalah ciri-ciri yang perlu diperhatikan walaupun mungkin bayi anda belum melakukan semuanya :
- Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
- Boleh duduk dengan baik di kursi
- Boleh melakukan gerakan mengunyah
- Berat badan terlihat meningkat hingga kira-kira sudah dua kali ganda berat badan ketika lahir
- Terlihat tertarik pada makanan
- Boleh menutup mulut jika disuapkan dengan sudu
- Boleh memindahkan makanan dari mulut bahagian depan ke mulut bahagian belakang
- Boleh menggerakkan lidah, dan tidak lagi menolak makanan keluar menggunakan lidah
- Terlihat masih lapar setelah diberi lapan hingga sepuluh kali ASI atau 1200 cc susu formula
- Mulai tumbuh gigi
Bagaimana
- Mulakan dengan bubur tepung beras yang sangat cair satu hari sekali, kira-kira sebanyak 1/2 sudu makan pada percubaan pertama. Mengapa beras? Kerana beras memiliki risiko elergi yang rendah.
- Jika bayi sudah mulai terbiasa makan, boleh ditambah jumlahnya atau ditambah kekentalan bubur tersebut.
- Boleh menambahkan menu baru kepada bayi. Satu rasa setiap kali menambah, jangan dicampur. Tunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada bayi, untuk melihat apakah bayi memiliki reaksi elergi terhadap makanan itu.
- Beberapa orang menyarankan untuk memberikan sayuran terlebih dahulu sebelum diberikan buah-buahan, supaya bayi anda tidak terlebih dahulu rasa manisnya buah.
Makanan yang dihindari
- Madu. Tidak dianjurkan untuk bayi dibawah usia satu tahun, karena ada kemungkinan terkena bakteri Clostridium Botulinum. Bayi belum memiliki imunitas terhadap bakteri ini. Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang botulinum sila klik ini . Kira-kira menurut tulisannya boleh mengakibatkan lumpuh karena dia meracuni saraf.
- Garam. Makanan bayi sebaiknya tidak diberi garam karena belum kuat diproses oleh ginjalnya. ASI dan formula sudah mencukupi untuk keperluan garam ditubuhnya.
- Gula. Biarkan bayi tidak terbiasa pada rasa manis yang boleh merosakkan giginya.
- Kacang. Selain ada kemungkinan tersedak, kacang juga sangat berpotensia menimbulkan reaksi alergi
- Susu kambing sebagai minuman. Tidak mencukupi kandungan lemak, nutrisi (terutama besi), dan kalori. Terlalu banyak sodium. Juga berpotensi menjadi alergen. Kecuali produk susu seperti keju, diperbolehkan setelah bayi berusia 6 bulan.
Makanan yang perlu dihindari sehingga usia 6 bulan
- Gandum dan segala produknya. Alergen (boleh menimbulkan reaksi alergi)
- Telur. Alergen, terutama bahagian putihnya yang memiliki banyak kandungan protein.
- Ikan. Alergen
- Buah-buahan asam, seperti jeruk, anggur, nanas. Perut bayi belum kuat untuk diberi makanan asam
2 comments:
erm kalo lom 6bulan dah leh mkn solid food yer..waktu nia 2 bulan dlu, bg pisang, dia buang air ok x?
Hi Leyyatasha
Buang air OK.. kasi air suam lebih..or jus buah xde gula (heinz) :)
Post a Comment