Suami Isteri
Ada sorang rakan perempuan datang kepada aku & menangis mengadu betapa payah + perit + kecewa & sedih dirinya hari ini. Rakan tadi beritahu betapa dia tak dapat membendung rasa letih & sedih teramat sangat yang mungkin dipendam sekian lama. Aku tanya kenapa? Mungkin perasaan hati saja, maklum lah sebagai ibu baru. Katanya dia rasa terlalu berat tanggungjawap sebagai isteri & ibu lagi-lagi bila hari ini, anak sudah jatuh sakit dan menangis2 menjerit nama si rakan tadi. Hati ibu mana yang sampai hati melihat si anak kecil menangis saat melihat wajah ibu. Si ibu yang mahu pergi kerja langsung tawar hati tapi apa mahu buat terpaksa ditinggalkan juga si anak. Kecewa si rakan tadi mungkin sudah bertumpuk terlalu lama dan akhirnya terluah juga hari ini.
Katanya dia sangat letih dengan tugas sebagai isteri & ibu sementara diri yang sedang mengandung anak kedua. Aku dengar saja luahannya sedikit2 air matanya berlinang. sambil2 aku nasihat juga jangan terlalu ikutkan perasaan takut terjejas bayi dalam kandungannya. Aku tanya lagi dimana suaminya dan adakah suaminya tahu yang si rakan tadi dalam keadaan sedih. Si rakan hanya mendiamkan diri. Lama dia berfikir akhirnya baru terluah yang kesedihan & kekecewaannya berkait dengan si suami yang tidak turut serta membantu meringan beban & tanggungjawap si rakan tadi dalam menguruskan rumah tangga mereka. Hidup di zaman serba moden memang memerlukan segalanya diatur dengan cepat & lancar. Dengan keperluan si kecil hari-hari perlu dihantar ke nursery, yang mana susu+baju+thermos si kecil harus sentiasa diperiksa. Pulang kerja, penat diopis belum habis terus periksa baju kotor anak,air panas untuk susu anak & baju2 yang perlu diseterika. Tak masuk lagi bab kena memasak. Sudah masak, sediakan makan & menyuapkan anak pula.
Memang lah nampak hal-hal remeh, tetapi dari hal-hal remeh yang semua orang terutama lelaki pasti kata "arh ini memang kerja orang perempuan" Tak kan lah tak ada sifat bertimbang rasa dengan si isteri. Hanya kaum wanita saja yang tahu betapa berat & besar nya pengorbanan isteri terhadap suami & rumah tangga. Bukan untuk berkira, tetapi jika sama-sama meringankan tugas isteri....tentu kes-kes suami hari-hari kena bebel tak terjadi. Betul..kadang ada segelintir kaum lelaki hanya melakukan kerja apabila disuruh. Takkan lah hari2 mahu disuruh bang. Hari2 kena bebel, sapa pun tak suka. Akhirnya, si isteri yang terpaksa melakukan semuanya. Bukanlah mahu mengambil alih semua tugas isteri, tetapi hanya membantu.
Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain
3 comments:
we will go through that moment some day kan. be strong to her:D
marikosan : kadang bila hidup berdua lain pulak masalahnya kan..hidup berumah tangga mmg x lepas dari masalah2 yg mana ianya mrupakan dugaan2 kecil utk suami isteri..
Mama Yeen : Nama pun pengalaman baru sbg ibu bapa..yg si isteri membebel memminta tolong kepada sang suami, sang suami pula tensen sebab mesti kena suruh/ingatkan..cuba buat tanpa disuruh & dilayan spt puteri raja..buat 10anak pun takda masalah..hehe..
hai ibu cumill
Post a Comment