Oh saya pemenang juga?
Dalam berblog yang jarang-jarang sangat di update, dengan cerita-cerita yang kurang menarik yang bagi aku memang menarik lah untuk dikongsi.Hehe. Tanpa semena2 dapat pula award dari Mama Yeen. Wah terharu pulak. Thanks ye Mama Yeen (my x-officemate) Walopun kita dah jauh beribu batu (cewah) sejak masing2 dah bertukar tempat kerja, tapi kita tetap keep in touch gitu. Mama Yeen suka update ngan drama-drama tv seperti Supernatural dll. Ingat lagi dia dok layan movie download masa kami shift petang yang membawa sampai ke 12am. Mama Yeen punya english dasyat tahu, macam baca sastera english. Tak percaya bacalah blog dia. Hihi.
Ok, rules untuk menerima award ini seperti berikut, tapi aku terpaksa postpone di hari lain untuk pass ke 15 orang. Aci tak? Hehe...
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered
and think are fantastic beautiful too
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.
Hhmm..7 perkara tentang aku?
-
~ Suka fotografi, berjaya mendapatkan kamera kegemaran &
sekarang Nia adalah model tetapku.
~ Suka asam laksa. Jom jalan2 cari makan.
~ Suka membaca tetapi tak penah2 khatam.
Dulu masa sekolah boleh lah abiskan 1 novel sehari.
~ Suka rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians, American Idol
CSI Miani & So you think you can dance.
~ Lagi gila membeli belah barangan bayi.
~ Tengah mencari jeans yang sesuai. Any idea? (hip don't lie)
~ Motto : Hidup kena berani terima kenyataan.
Oh kebelakangan ini tidak berapa mood untuk update kerana lagi sibuk menguruskan rumah tangga. Wah bukan main lagi. Sampai perihal my Nia pun tidak ber-update juga. Hhhmm Nia dah 4 bulan 2 minggu dan sekarang beratnya hampir 6Kg. Minggu lepas ada demam+muntah2, jadi agak berkurangan berat badannya. Sungguh risau bila melibatkan anak yang dikandung 9 bulan ini kan? Buat kerja langsung tak senang bila menerima panggilan telefon mengatakan Nia muntah2 dan lemah. Kelam kabut pulang ke rumah. Syukur tak lama. Pengalaman sebagai kakak sulung yang menjaga 4 orang adik sangat berguna bila sampai ke anak sendiri. Ya, aku ibu yang baru ada pengalaman sebegini, masakan tidak tertekan? Aku ingat lagi ketika tengah berpantang dan Nia jatuh dari bouncer betul2 di depan aku. MasyaAllah macam mahu gugur jantung. Bouncer yang secara tak sengaja dijatuhkan oleh anak saudara suami di depan ahli keluarga lain. Sungguh, itu satu tamparan hebat untuk aku. Sudah lah mood semasa berpantang buat kita terlalu sensitif. Siapa yang tak marah+terkejut dan rasa mahu pitam melihat anak sendiri begitu. Ahh benda dah berlaku. Yang penting Nia tidak mengalami apa2 yang teruk @ luar biasa. Anak mama semakin hari semakin sihat & ceria. InsyaAllah.
p/s: Tak sempat upload gambar Nia terbaru kerana kerana kabel Sony Alpha aku tercicir ntah di mana.
0 comments:
Post a Comment