Tentang seseorang
Ada berita tentang seorang teman lama yang sangat mengejutkan & pada masa yang sama mengecewakan aku. Kami berkenalan di suatu tempat yang sangat mengundang memori & cara kami berkenalan juga sangat lucu untuk dikenang. Teman yang aku kenali ini walau sangat drama queen tetapi baik hati. Jiwa nya sangat lembut & penuh kasih sayang. Tetapi pada sesiapa yang tidak mengenali dia seperti orang yang sangat manja, mengada-ngada & sedikit sombong. Sifat manja nya sangat ketara walaupun yang sebenarnya dia sangat independent & matang tanpa disedari. Aku anggap dia seperti rakan, kakak & adik pada satu masa. Yeah sisterhood zaman remaja sangat manis untuk dikenang kan.
Sifatnya sangat bertentangan dengan aku yang serius, kasar & lasak secara luaran. Style kami saja sungguh2 berbeza. Dia sangat feminin manakala aku ketika itu sangat boyish. Aku suka tengok dia berfesyen sebab memang kena dengan figurenya dan dia suka aku bagi ide untuk dia bergaya sebab katanya aku ada sense of fashion haha (mengarut). Rambut nya hitam lebat & bersinar, tubuhnya sangat cantik apalagi bila menyarung kebaya cuma cepat berisi jika tidak dijaga. Dia seorang yang mengingati hari ulang tahun manakala aku kadang ingat kadang lupa. Dia suka kan hal-hal kreatif seperti meng-edit gambar dari Photoshop dengan bait-bait puisi @ lagu, aku? bukan sekali. Dia suka menghadiahkan aku tatkala tiba hari lahir aku, tapi aku jarang-jarang berbuat begitu. Dia suka kan warna pink, ohh aku suka warna hitam. Dia suka memakai jeans skirt, aku pula suka jeans baggy. Dia suka bercerita tentang secret admirer nya yang macam-macam gelaran ada, aku pula hanya sebagai pendengar & penasihat tanpa gaji nya. Biasanya aku lebih suka bercerita tentang si polan si polan dengan adik perempuan aku di rumah. oh kenapa ya? kerana sifat aku sangat privasi tentang sesuatu perkara melainkan ianya perlu dikongsi. Ops kami masih banyak berkongsi cerita tetapi bagi aku bukan semuanya perlu kita hebahkan kepada semua teman.

Tetapi ada satu persamaan kami, sama-sama suka lagu & bernyanyi lalu dengan selamba nya berduet lagu Bahagia by Melly Goeslaw. Ntah angin apa yang membuatkan aku setuju berduet & moment itu sangat lah melucukan & sedikit huru-hara. Awal2 lagi sound system sudah buat hal dan bernyanyilah teman aku tadi tanpa suaranya didengari oleh semua orang. Aku yang di sebelah sedikit cuak & memandang teman aku seperti kerang busuk.Haha. Banyak perbezaaan antara aku & dia kan. Ada satu pernyataan : jika kita hanya inginkan kesempurnaan tanpa ingin melihat sedikit kekurangan/kesalahan teman, sampai bila-bila pun kita tidak akan punya sahabat. Tetapi sedikit persamaan itulah yang merapatkan kami. Sampai sudah dihujung2 pengajian, ada seorang makhluk yang cuba memfitnah & memburuk2 teman aku ini. Si anu ini sanggup bertemu & cakap direct dengan aku yang bukan2 tentang teman tadi supaya aku menjauhkan diri dari dia, berani betul si anu tuh ya? kenapa punya lama untuk memburukkan orang. Oh patut lah, si anu ini selalu juga nampak tidak puas hati & sentiasa beri komen negatif pasal teman aku sepanjang kami di kolej. Rupanya2 si anu ini sangat iri dengan persahabatan kami. Kepada si anu...aku maafkan, manusia memang tidak lepas dengan sifat dengki.
Mac 2010, selepas hampir 7 tahun menamatkan pengajian di kolej aku jarang-jarang berpeluang berjumpa dia. Kali terakhir sewaktu persandingan aku 21 Disember tahun lalu, dan kelihatan dia sangat teruja & gembira untuk aku. Sempat bergambar di bilik pengantin & berpose candid hehe. Malam selepas majlis, dia mengirim satu sms yang berbunyi seperti ini : "Sukma, tahniah. Aku sedih sangat tak dapat stay lama2 di rumah kau. Tak puas bergambar dengan kau" Sms itu sebenarnya sedikit hiba untuk dibaca, yelah...dari teman & sahabat lama. Rupa-rupanya ada sebab kenapa dia tidak dapat berlama-lama di majlis aku. Sebab2 itu akhirnya aku ketahui dalam bulan lepas dan ianya sangat mengecewakan aku. Sabtu lepas adalah perkahwinannya tetapi di dalam suasana hati & perasaan aku yang sangat 'berlainan' . Untuk teman aku, maaf tidak dapat juga berlama-lama di majlis kau. Bukan berdendam, ianya kebetulan saja. Hidup berkeluarga menuntut masa yang tidak sedikit & membuat aku agak terkejar-kejar. Apa pun teman, aku doakan yang terbaik untuk kau. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama-sama kita ingat, apa-apa yang berlaku...hidup pasti terus!
0 comments:
Post a Comment