Sunday, August 30, 2009

Doa & Harapan

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

a) Doa di baca setiap hari :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
* Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin
* Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
* Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
* Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
* Surah Taha - Semoga bayi lembut hati
* Surah Al-Nahl - Untuk melahir anak yang berdisplin
* Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
* Surah Al-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

* Klik di sini untuk bacaan Al-Quran online.

b) Doa memudahkan bersalin

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl : ayat 78)


c) Doa ketika menanti saat hampir bersalin

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya : Ayat 87)

Tuesday, August 25, 2009

Cherating Part II

Antara yang sempat dirakam di Cherating, Kuantan lalu.







Monday, August 24, 2009

Menu Berbuka & Birthday K Jun

Semalam selain dapat berbuka dengan FIL, sempat meraikan birthday sis in law, Kak Jun selepas solat Terawih. Baru tahun ini aku berkesempatan berbuka dengan seluruh ahli keluarga mr Hazwan. Yang bestnya dapat merasa air tangan MIL 2 hari berturut2..Suasana hujung minggu lepas agak meriah kerana ada sambutan hari jadi lewat malamnya. untuk menu berbuka semalam:

* Nasi Tomato
* Kari Ayam
* Acar Sayur
* Ayam Golek
* Sambal Paru
* Murtabak
* Roti John
* Kurma
*Cucur
*2 biji Kek Coklat & Tiramisu
* Jus Tembikai
* Nescafe

Meriah kan? Ini menu2 jika berbuka di rumah FIL, kalau di rumah sendiri mau separuh dari menu di atas. Sekadar 2 3 menu untuk mengalas perut. Dah nama ahli2 keluarga aku kecil2 badannya, makan pun macam orang diet. hehe..

Hari ini, aku akan berbuka di rumah keluarga aku. Apa agaknya juadah berbuka hari ini? Cadang nak masak Udang Sambal Berserai & Baby Sawi bersos tiram...hhmm

Ramadhan kembali lagi

Salam Ramadhan

Baru sempat mengemaskini blog setelah 3 hari umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Ramadhan kali sungguh bermakna buat aku selain keberkatannya yang tiada tolok banding dari bulan2 lain, kenapa ia sungguh bermakna utk diingati ?

Ramadhan pertama sebagai isteri orang, iaitu mr Hazwan
Ramadhan pertama mengerjakan ibadah puasa ketika sedang mengandung
Ramadhan pertama berbuka puasa bersama keluarga mertua
Ramadhan pertama solat terawih bersama keluarga mertua & mr Hazwan

Oh ya, seperti tahun2 sudah..aku akan cuba berbuka puasa bersama teman2 lama sejak zaman sekolah & x-office mate..hey kalian2 semua, di mana kalian? Cepat hubungi aku..berbuka di mana tahun ini? Tak sabar nak jumpa korang..hehe..

Alhamdulillah..bisnes masih berjalan seperti biasa walau pun keadaan kesihatan tidak berapa baik sejak kebelakangan ini. SukmaOn9Shop telah berjaya menembusi pasaran Arab Saudi selain UK, Australia & Brunei. Untuk kali ini, aku telah menerima pesanan utk 10 helai tudung dan telah selamat dipos pagi tadi. Semoga perniagaan ini semakin berkembang walaupun hanya kecil2an..Amin..


Tuesday, August 18, 2009

Anak dara rupanya

Akhirnya berjaya mendaftarkan diri untuk bersalin di Pusat Perubatan Naluri ditemani oleh mr Hazwan..itu pun selepas dipujuk-pujuk, baru mr Hazwan mengalah..kalau ikut idea dia, aku mungkin bersalin di PPUM..tetapi setelah ada mengalaman yang kurang best di sana, jadi tetap proceed di Naluri..biarlah, agak mahal sedikit janji hati tak sakit..ya la,sudah la badan sakit menahan proses bersalin nanti..terpaksa pula menahan sakit hati di jiwa..fuh, memang tak hendak la aku menanggung risiko itu walaupun mak-mak kita dulu selamba saja bersalin di mana-mana hospital kerajaan..selamat & sihat juga..ok,katakan saja aku manja & mengada2.. aku rasa ramai juga geng-geng seperti aku di luar sana kan..hehe..hanya ingin kan yang terbaik selagi termampu..kalau tidak mampu dan di luar kos, siapa pun tak sanggup..

Doc yang tengah bertugas di Naluri waktu itu hanya seorang, jadi proses menunggu agak lama..sampai giliran aku, check up tentang keadaan kesihatan semua..sampai la nak scan baby..berdebar-berdebar juga..akhirnya, setelah menunggu hampir 7 bulan..anak yang dikandung adalah anak dara rupanya..bercampur-campur perasaan ketika itu..maybe i was expecting a baby boy, sebab ikut kata2 orang tua berdasarkan beberapa penunjuk..tetapi jauh di sudut hati akan menjangkakan baby girl..Alhamdulillah, mana-mana pun tidak kisah..yang penting my lil one nanti sihat & selamat deliver..amin..

Oh ya..belum sempat upload gambar scan semalam..InsyaAllah esok2 la ya..

27 weeks pregnant

You're in the home stretch - two trimesters down, one more to go. Your baby is growing steadily as he prepares for delivery day. He will gain weight rapidly over the next weeks and, as the size of your bump increases, you may feel more breathless and tired. Your baby's acting more like a newborn now, too. He opens and closes his eyes, sleeps and wakes at regular intervals, and may suck a finger or thumb. He may also be hiccuping a lot this week, which explains that odd rhythmic sensation you've probably been feeling.

p/s: tak sabar menanti ketibaan my lil one yang mungkin 99% iras2 mr Hazwan..hehe

Cherating Part I

1st day masuk opis setelah 5 hari meng-off kan diri, demam yang 99% kebah jadi datang balik. Apa kejadah la nih..sejuk bonar aircond pasang tahap max agaknya..geram betul..oh ya, kelmarin baru balik dari Cherating. Seronok juga sekali sekala bercuti dengan keluarga mr Hazwan yang sangat protokol & penuh tata tertib (nih kalau mr Hazwan baca, jangan marah ya :P) Yang penting jadual percutian di sana pun agak penuh & terkawal..tidak rasa masa terbazir tanpa sebarang aktiviti..apalagi father-in-law yang sangat cool but quite adventurous..bayangkan sehari suntuk penuh dengan jadual makan-makan..jalan-jalan..

Hari pertama (sabtu) dalam 1pm, check in di The Legend Resort Cherating..belum sempat punggah beg2, terus menyerang gerai yang agak terkenal dengan Satar & Sup Tulang..dapat merasa la juga sotong goreng + keropok lekor versi gerai tu..memang sedap-sedap..meriah meja dengan daun-daun pisang ..hehe..dah kenyang-kenyang, pulang ke resort dulu dan di sambung dengan acara mandi manda..dekat swimming pool je..lewat petang dalam 6.30pm baru naik ke atas bersiap2 tunggu maghrib..8.30pm juga kami keluar ke destinasi seterusnya, apalagi pusing-pusing cari makan la..jadi idea datang dari father-in-law untuk melantak di PAK SU Seafood Restaurant..kira restoran wajib kalau FIL singgah ke kemaman selain restoran tersebut agak terkenal dengan makanan nya yang sedap2..(masih teringat kailan ikan masin yg crispy+ ikan patin masak stim+ stuffed crab..slurrpp) Murah betul rezeki my lil one ya..makan kenyang-kenyang malam tu..dari seafood restaurant terus ke Teluk Cempedak, terkejut bukan sebab jakun ke apa..terkejut begitu ramai manusia terutama keluarga & anak masing2..manusia punya ramai,yang peliknya kenapa tidak ada lampu2 di pasang di sekitar pantai? nak tengok apa pun tak pasti, yang pasti aku hanya nampak pasangan2 duduk berdua2an melayan angin malam kus-kus..haish..

Dari Teluk Cempedak, kami sempat singgah pekena kopi O di Kemaman Kopitiam..punya pusing-pusing sampai ke Kemaman..itu pun hanya satu kereta kerana sister-in-law aku & anak2nya terus pulang ke resort setelah tertidur kekenyangan dalam kereta...Mungkin sebab perut memang dah penuh ya, jadi setiba di Kemaman Kopitiam aku hanya mampu meneguk milo panas + roti bakar sepotong..jadi la..

Esoknya, aku rasa hanya aku & mr Hazwan yang over tertidur sehingga 9.30am..konon nak bangun awal pagi untuk berjogging + mandi @ swimming pool..sudahnya hanya kami yang membuta..sementara FIL aku sempat menikmati suasana pagi & segar bugar..shame on us, hehe..tepat 12pm check out dan seperti biasa sempat melayan game2 di resort..nanti aku upload la gamba wanita tidak sedari diri tengah main motor racing game..Sebelum pulang terus ke KL, kami singgah ke satu gerai untuk minum2 air kelapa..di Kuantan cuaca agak panas, jadi bila dah pekena air kelapa, terasa cool sikit..:D Tak lupa singgah di kedai terakhir untuk membeli buah tangan, macam biasa keropok lekor (my fave!!)

Ok la..nantikan part II..gambar2 di sekitar Kuantan+Kemaman..


Monday, August 10, 2009

FLU..again..

Bila agaknya nak 100% sembuh ya? Last week sudah beransur pulih..tup tup datang lagi..risau betul, nak-nak keadaan diri yang tengah mengandung..kelmarin buat check up di PPUM, dengan senang hatinya pergi ke hospital pukul 10pm dan tahu pukul berapa selesai? 1.30am..dan misi di akhir cabaran..dapat sebungkus ubat Paracetamol & ubat selsema..duh..aku punya ubat-ubat masa pergi klinik masih ada & lagi berfaedah rasanya..kenapa?abaikan saja la ya.. Alhamdulillah tiada unsur-unsur H1N1 didapati dalam tubuh badan aku..sementara di Malaysia jumlah mangsa kematian meningkat ke 18 orang termasuk seorang ibu yang baru bersalin..menakutkan!

Sekarang di saat-saat musim pelbagai penyakit..kurang sikit aktiviti..nak buat apa saja, rasa tidak kena..last Sunday yang sepatutnya ada Sony Style Free Course Photography pun tak dapat hadir..padahal penuh semangat nak attend course tersebut..tak sihat punya pasal, aku bantai makan ubat selsema dan tidur seharian..bangun-bangun saja perut terus berkeroncong..sempat layan FFM sebentar sebelum dengan longlainya ke dapur mencari bahan-bahan apa yang perlu di masak untuk dinner semalam..melangkah dengan longlai kerana mr Hazwan sudah bising-bising suruh masak ya.. ikutkan badan yang kurang sihat ni dan tengah duduk rumah FIL pulak..dan baby dalam perut yang sedang kelaparan..kena gagahkan diri juga, nasib baik bibik tolong-tolong sediakan bahan...Hasilnya sayur campur goreng + ayam goreng berempah kari..fuh,macam mana la tuh..janji perut kenyang kan..

Hujung minggu ini aku & FIL akan bercuti ke Cherating..tak pasti macam mana percutian kali ini..dengan musim sakitnya..hhmmm..

Monday, August 3, 2009

Oh, my aching... everything

Ini info terbaru mengenai perkembangan bayi ku dari laman babycenter. Senyum simpul membaca. Anak mama semakin membesar & nakal ya..ops anak bertuah..hehe

My Pregnancy This Week --
25 weeks pregnant Your baby is responsive to touch now. You can have fun with him by trying to tickle his foot when he kicks you or by lying on your back and rolling from side to side, to see how he reacts. His eyelids open around now and his heart is beating so strongly, it may be heard with a stethoscope.





Mood swings & Backaches

Semalaman tidak dapat lelapkan mata. Sebenarnya bukan sejak semalam saja, dekat-dekat my lil one di dalam kandungan yg sudah memasuki minggu ke 24..sindrom-sindrom ibu mengandung pun tiba..nak tak nak, kena terima juga..my lil one mungkin dalam keadaan gembira sambil berguling-guling manja tanpa mengetahui mama nya terkena tempias gulingannya..hehe..antara sindrom yang di alami..mula-mula dulu masuk waktu pagi kalau bekerja shift pagi antara 8am-11am, wajib pakai stoking..kerana opis tempat aku bekerja sangat baik hati & bermurah lagi dermawan membuka air-cond di tahap maksima..sudah lah di luar sibuk dengan virus H1N1..masuk opis orang yang sihat wal-afiat dengan mudahnya terjebak dengan virus demam+batuk+selsema..H1N1?wallahulam..setakat ni belum terdengar apa-apa kes di dalam bangunan 'biru' ni..berbalik kpd tahap kesihatan aku di mana imun para ibu-ibu mengandung sangat lah lemah..jadi peratus terjebak sekali dengan penyakit2 selsema+demam agak tinggi..baru minggu lepas beransur pulih..bermula pagi tadi datang pula batuk...hhmmm..

sindrom kedua, badan yang cepat berpeluh-peluh di waktu malam..aku yang sebelum ini musuh utama en kipas dan mr air-cond pun memasang benda alah tu setiap malam..kalau dulu boleh bawa bergaduh sebab tak nak terkena sedikit angin dari kipas kerana badan aku yang cepat alah dengan cuaca sejuk & angin malam..huh ayat..sekarang, tidak lagi..boleh lah bertahan sejam dua tapi bukan sampai seharian ber-aircond ya..maklum la kondisi badan aku yg agak petite ni..imun lemah..

sindrom ketiga, sakit-sakit pinggang terutama di waktu malam..memang sukar nak tidur dengan nyenyak di saat-saat my lil one semakin membesar..jadi kebiasaannnya semasa dalam keadaan berbaring, aku akan meletakkan bantal kecil di belakang badan untuk menyokong belakang badan..tetapi semalam sakitnya dan rasa tak selesa teramat mengganggu aku..pusing kiri salah..pusing kanan salah..mana kaki2 terutama tapak kaki aku mula lenguh2 & sakit2..waktu itu juga perasaan aku sangat2 sensitif..rasa senang saja mengalir air mata..perasaan nak marah orang lagi membuak2..terutama dgn mr Hazwan yg tidak berapa arif dgn situasi begini..tak pasal-pasal terkena tempias.. opss sorry syg my lil one, mama bukan marah kamu..mama tahu kamu tengah membesar dan bertindak balas diperut mama..moga-moga sihat & sempurna ya syg..amin..kpd mr Hazwan terima kasih kerana menjaga diri ini di saat2 sukar..kesian mr Hazwan sampai perlu urut2 belakang badan aku sehingga terlelap..mesti en Hazwan tidak cukup tidur ya..

Lagi 2 minggu..aku & mr Hazwan akan ke
Klinik Ibu Mengandung untuk pemeriksaan kesihatan kandungan aku kali kedua..selepas itu aku akan membuat pemeriksaan bulanan di klinik panel swasta pula..lagi mudah ke klinik swasta rasanya kerana tidak perlu menunggu sehingga berjam-jam..harap2..

Sunday, August 2, 2009

Rezeki anak

Kebelakangan ini aku agak sibuk menguruskan bisnes tudung yg sejak dari awal telah diusahakan oleh ahli2 keluarga..mulanya setakat nak test market utk bisnes online..tak sangka semakin berkembang & yg penting aku sangat enjoy dengan keadaan sekarang. Mula-mula dulu sangat kelam-kabut dibuatnya..dengan jadual kerja & permintaan dari customer-customer yg tidak tentu masa..Allah saja yg tahu betapa letih+pening kepala sampai satu masa hari tu..hingga satu hari, aku mengalami kontraksi dimana perut mengalami kekejangan..siang malam berkejar ke sana kemari..bangun duduk bangun duduk..berjalan sana berjalan sini mau tidaknya..mungkin itu satu tanda untuk menyuruh aku slow down kan semua aktiviti..

Tetapi semua yg datang pasti ada hikmahNya..untung aku masih menetap di rumah keluarga. Ada mak,ayah & adik beradik yg terlalu byk membantu aku dlm bisnes ini. Bungkus barang + pos barang = priceless! Thanks semua!

Adrenalin semakin bertambah2 sejak dua menjak..semangat bekerja atau lebih tepat mencari wang saku lebih meningkat ke 360 darjah..Alhamdulillah, syukur kpd yg di Atas..aku selalu memikirkan ini semua rezeki dari Allah utk bayiku..dan rumah tangga kami..Semoga mr Hazwan akan senantiasa menyokong aku dari belakang..Amin amin..


p/s: juga sahabat2 aku yang banyak membantu dari segi material & kreativiti..kamu tahu siapa kamu..thanks!

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP