Monday, August 3, 2009

Mood swings & Backaches

Semalaman tidak dapat lelapkan mata. Sebenarnya bukan sejak semalam saja, dekat-dekat my lil one di dalam kandungan yg sudah memasuki minggu ke 24..sindrom-sindrom ibu mengandung pun tiba..nak tak nak, kena terima juga..my lil one mungkin dalam keadaan gembira sambil berguling-guling manja tanpa mengetahui mama nya terkena tempias gulingannya..hehe..antara sindrom yang di alami..mula-mula dulu masuk waktu pagi kalau bekerja shift pagi antara 8am-11am, wajib pakai stoking..kerana opis tempat aku bekerja sangat baik hati & bermurah lagi dermawan membuka air-cond di tahap maksima..sudah lah di luar sibuk dengan virus H1N1..masuk opis orang yang sihat wal-afiat dengan mudahnya terjebak dengan virus demam+batuk+selsema..H1N1?wallahulam..setakat ni belum terdengar apa-apa kes di dalam bangunan 'biru' ni..berbalik kpd tahap kesihatan aku di mana imun para ibu-ibu mengandung sangat lah lemah..jadi peratus terjebak sekali dengan penyakit2 selsema+demam agak tinggi..baru minggu lepas beransur pulih..bermula pagi tadi datang pula batuk...hhmmm..

sindrom kedua, badan yang cepat berpeluh-peluh di waktu malam..aku yang sebelum ini musuh utama en kipas dan mr air-cond pun memasang benda alah tu setiap malam..kalau dulu boleh bawa bergaduh sebab tak nak terkena sedikit angin dari kipas kerana badan aku yang cepat alah dengan cuaca sejuk & angin malam..huh ayat..sekarang, tidak lagi..boleh lah bertahan sejam dua tapi bukan sampai seharian ber-aircond ya..maklum la kondisi badan aku yg agak petite ni..imun lemah..

sindrom ketiga, sakit-sakit pinggang terutama di waktu malam..memang sukar nak tidur dengan nyenyak di saat-saat my lil one semakin membesar..jadi kebiasaannnya semasa dalam keadaan berbaring, aku akan meletakkan bantal kecil di belakang badan untuk menyokong belakang badan..tetapi semalam sakitnya dan rasa tak selesa teramat mengganggu aku..pusing kiri salah..pusing kanan salah..mana kaki2 terutama tapak kaki aku mula lenguh2 & sakit2..waktu itu juga perasaan aku sangat2 sensitif..rasa senang saja mengalir air mata..perasaan nak marah orang lagi membuak2..terutama dgn mr Hazwan yg tidak berapa arif dgn situasi begini..tak pasal-pasal terkena tempias.. opss sorry syg my lil one, mama bukan marah kamu..mama tahu kamu tengah membesar dan bertindak balas diperut mama..moga-moga sihat & sempurna ya syg..amin..kpd mr Hazwan terima kasih kerana menjaga diri ini di saat2 sukar..kesian mr Hazwan sampai perlu urut2 belakang badan aku sehingga terlelap..mesti en Hazwan tidak cukup tidur ya..

Lagi 2 minggu..aku & mr Hazwan akan ke
Klinik Ibu Mengandung untuk pemeriksaan kesihatan kandungan aku kali kedua..selepas itu aku akan membuat pemeriksaan bulanan di klinik panel swasta pula..lagi mudah ke klinik swasta rasanya kerana tidak perlu menunggu sehingga berjam-jam..harap2..

2 comments:

LiXa the Mama Alya Monday, August 03, 2009  

try amik supplement tambahan untuk calcium. mintak2 kurang sikit sakit belakang tu ye :)

Sukma SuKkma Monday, August 03, 2009  

oh ada sebotol vit. kalsium..tp mkn selalu skip2..hehe..kena jaga pemakanan lps nih ..thanks! :D

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP