Friday, April 30, 2010

Jom cuci mata di HOMEDEC, KLCC

Baru perasan saja ni. Boleh lah pergi esok. Ada juga aktiviti.
Kena datang awal2,
takut tersepit diantara manusia kala tengah
syok layan
deko terkini. Haih.



Mascara untukmu

Sebelum keluar makan tengah hari dan solat Jumaat. Cosmopolitan
nak bagi sesuatu untuk teman-teman
semua.
Maaf cik, kalau mascara saya harga tak sampai RM15 boleh
join tak? Silky Girl je, tapi serious tak comot,
tak bergumpal
persis maskara Lancome Mini Virtouse Precious Cells
yang cik jual nih (pergh panjang nama maskara)


Fashion Guru

Lagi suka yang lima ini. Oh..kalau lah bisa bergaya seperti
mereka. Suka sekali dengan setiap style mereka.
Sangat tersendiri.

Victoria Beckham - Singer, Fashion Designer
If you haven't got it. Fake it! Too short? Wear big high heels,
but do practice walking!
victoria beckham
kata aku : money can buy anything if you know how to use it.
She proves it!

Diana Rikasari - Fashion Blogger
"fashion should never be selfish. always dress down when needed."
diana rikasari
kata aku : dari gayanya, Diana seorang yang sangat optimistik
& positif. What a happy person!
(gambar atas) Dewi Utari dan Roberto Cavalli
Dewi Utari - Fashion Editor of Haper's Bazaar Indonesia
"Three words about me: Fearless, youthful, whatever"
dewi utari
kata aku : Memang sesuai dengan jawatan yang disandang.
Totally fashionista!


Alexa Chung - British Model, Presenter
"I hate dressing up. I never feel like me."
alexa chung
kata aku : sempoi dan sangat cool!

Talisha Quinta - Fashion Blogger
kata aku : Kecil-kecil si cili padi. This is the real
Gossip Girl. All branded stuff -
from LV to Gucci. No way!

p/s :

Army Jackets - suka suka...!

Thursday, April 29, 2010

Ketagih

Oh tak ada apa-apa. Lagi ketagih online shopping. Ntah apa apa je kan.
Nafsu tak boleh kawal langsung.
Sebelum bersalin, selepas bersalin sampai habis berpantang,
dok 'sapu' barang anak saja.
Sekarang, lagi 'gila' barang untuk
diri sendiri. Alahai!


p/s : Ibu mertua mesti bosan layan pak posmen yg asyik
minta sign autograph



Me And My City - tour of chic hot spots.

(Entry berbahasa Inggeris+kebangsaan)

Jangan lupa VOTED ok. Macam konpiden nih, padahal nan hadooo.
Ala saja memeriahkan majlis. Hehe. (padahal kau berangan
kan Sukma nak menang ke NY jumpa
geng Sex and the City nih)
This is the most amazing and convenience place that I choose to be a port for me and my friends to hanging out, gossiping, having fun. It’s located in Damansara and the main lane mark is IKEA & IKANO and for your information it’s linked through the bridge at level 1 to Cineleisure Damansara .The name is "THE CURVE ". It have everything here from shopping, movie and the best part is the choices of food is tremendous and most of the happening event is held in here it self, one of it is the Triumph Street Party which was superb. Take a look at the picture there, it’s happening right. Told ya. I like the way all the restaurant is located at the open space. Another unique style is the stalls in the middle of area called ‘The Street’ between all the restaurants. It is a sidewalk bazaar of stalls operated by local traders, selling an assortment of goods ranging from fashion cloths to house interior, and my favorite restaurant is "LITTLE PENANG because of the ASAM LAKSA... Wallaaa. And it’s good when I enjoy it with my crazy funny friends. Friendship.Fashion.Technology and All that is cool and chic.

My favorite HP tech chic gadget that will be perfect companion on my tour is HP mini 210 Crystal Black. Dazzling espresso black design makes this Laptop Computer the best-looking PC. It's dazzling!
Wahai teman2 kesayangan (wah bodek nih), tak rugi voted gue banyak2
sebab hadiah menarik menanti anda tahu.



Wednesday, April 28, 2010

Takutnya..tapi nak tengok jugak!

 May ini filem seram lagi suspen giler, The Decent 2 akan keluar di pawagam 
berdekatan anda. 
Mari tengok trailer dia dulu. Best ke tak best Part 2 nih. Kalau best jom 
kita pergi ramai2, kalau tak 
best mari makan chipsmore saja di rumah. Huhu.

Sebelum itu, mari baca dulu ye kawan2 sinopsisnya : Emerging from the cave system alone, distraught and covered in the blood of her missing companions, Sarah is incoherent and half-wild with fear. Sceptical about her account of events and convinced Sarah’s psychosis hides far darker secrets, Sheriff Vaines (Gavan O’Herlihy) doesn’t waste time. Along with his partner Rios (Krysten Cummings), and their cave rescue team Dan (Douglas Hodge), Greg (Joshua Dallas), and Cath (Anna Skellern), Vaines forces Sarah back into the caves to help the rescuers find her friends.



Friday, April 23, 2010

Mereka yang dirindu


Bila kita terdiam dan berfikir sejenak lantas terimbas kisah2 lalu, teringat kisah2 lucu (sedih tak mau ingat la ye :p) Bila tahun bertukar tahun, tak sangka masing-masing dengan life nya sendiri. Kadang kita terlalu sibuk dengan hal seharian hingga lupa yang sedang mengenang kita. Sibuk dengan masalah sendiri hingga lupa ada yang lagi berat masalahnya hingga mungkin terleka dengan 'dunia' kita sendiri. Sedangkan dalam luar sedar, mereka2 itu mungkin sedang memerlukan kita atau kita sebenarnya memerlukan mereka. Ini entry kenangan sebagai kisah klasik untuk masa depan. Cewah..syahdunya... Hehe.

Ida & Rod (pengapitku) . Sahabat super duper baik yang aku kenal
selama hampir 17tahun. Teman saat tgh gila mengejar2
artis -Sheila On7
Kenapa rindu : mereka ada saat susah senang.

Bulat, Nina & Julia. Sahabat satu kelas di ARGS.
Kenapa rindu : super nice & sentiasa support reunion yang aku buat.

Aida & Widyas. Sahabat susah senang di zaman kolej.
Akhir kolej, terus jarang jumpa yang terakhir di majlis kahwin
seorang lagi kawan baik, Eny
Kenapa rindu : mereka 'intipati' zaman kolej aku

Tuan, Soffee, Zirot, Wani, Ann & Tasya.
Sahabat satu department di opis sebelum ini.
Kenapa rindu : Kerana penuh dengan pelbagai warna & karektor

Ida (sobat sejati), Ayu (mulut becok) & Fauzana (real kawan beb).
Antara sahabat sejak bangku sekolah lagi
yang dikenali hampir 18 tahun. Pergh.
Macam tak sangka ya.
Kenapa rindu : Gila-gila. Super nice !

Leen. Sahabat yang
sangat cool, pendiam, tak mudah marah (gila susah
mahu tengok dia marah melainkan marah
anak2 buah je.Hehe)
& enjoy dibawa kemana saja.
Kenapa rindu : sebab dia susah marah. Tak lah, fun to be with. Hehe.

Nurul & Ila. Dua Hot Mommies yang sporting.
Kenal melalui suami memasing yang
merupakan teman2 mr Hazwan. Baik hati & cool !
Kenapa rindu : Teringat kejutan hari lahir aku
yang disambut oleh mereka tahun 2004. Terharu padahal baru kenal.
Sangat menjaga sahabat.

Dewi, Ismadian, Suzana & Ain. Sahabat satu sekolah ARGS.
Geng ibu2 nih. Ops, Zana Ain belum lagi. Hehe. Enjoy
dan tidak lupa kawan.
Kenapa rindu : nak catch up hal keibubapaan. Haha.

Ha, ini semua satu sekolah, satu kawasan tempat tinggal &
satu kepala. Kenal hampir 17 tahun.
Kenapa rindu : Semua dalam satu. Macam2 perangai ada
tapi tetap ngam.

Haha. Ini tahun 1998. Merdekarama sempena
Hari Kemerdekaan.
Kenapa rindu : sekali seumur hidup ber
Huha Huha macam ini. Time ini kulit semua macam
kena panggang, takde nye nak control2 cun.
Yang penting semua HAPPY!


Posto Posto..

Tengah hari nanti aku lunch dengan Kak Eda (kakak sepupu mr Hazwan). Tujuannya nak minta aku pass passport ke Kak Jun untuk booking penerbangan bulan 6 nanti. Booking kemana? oh rahsia dulu la. Dekat2 je. Hehe. Sambil itu ingat nak menghantar order dari customer tudung aku yang membeli secara borong di Kelana Jaya selepas lunch. Ok lah, dapat juga lah aku keluar dari area sini di hari Jumaat. Biasa kebosanan maklum lah rehat lama. (dulu kerja shift, mana nak dapat peluang lunch lama2. Huhu)

Petang nanti pula, dah minta tolong mr Hazwan hantar order dari customer yang turut membeli secara borong An-Nurul Plain yang kebetulan opis customer tu berdekatan dengan opis mr Hazwan di Puchong. Paling penting, selepas itu plan untuk ke Sony Service Centre di Mid Valley untuk menghantar kamera dslr yang tak settle2 masalah. Haih. Banyak plan aku sebenarnya kalau MMC kamera ni dapat direcover semula. Adui. Gambar2 dah lah banyak. Nilai setiap gambar? Priceless *sigh

Oh ya, order aku dah sampai tengah hari semalam. Tengok lah, sampai perlu membeli secara maya. Memang tak sempat untuk membeli belah ye cik Sukma. Huhu.



Pertama kali ni membeli baju kurung secara online. Nasib baik hasilnya sangat memuaskan. Sangat cantik persis di gambar. Macam beli di butik pulak. Harga pun tidak mahal tidak murah. Aku rasa berbaloi dari ambil masa untuk pusing keliling Mall, habiskan duit di parking, jalan2 lagi cari barangnya dan peratus untuk mr Hazwan tidak mahu temankan adalah sangat tinggi ya. Lagi2 dengan keadaan masa aku sekarang yang sangat terhad. Cuma perlu teliti betul2 takut tersalah size atau kualiti yang tidak seiring dengan harganya. Baju Kurung Moden Exclusive ini dari WanzCollection.

p/s: Tengah tunggu kiriman kain gendong anak yang aku pesan Selasa lalu. Agak2 dapat petang ini tak? Hhmm..


Thursday, April 22, 2010

Mama Rocks!

Tak boleh kata tidak dengan sense of fashion 'minah' nih..

Cool lah awak nih !

Wednesday, April 21, 2010

Yeehaa..!

Wah, tak sangka berjaya juga dikreditkan ke dalam akaun Nuffnang aku. Macam tak percaya. Ops, jangan tengok pada jumlahnya ya. Memang lah sikit, tapi mendapat peluang dapat cash macam ini betul2 mengujakan. Mula2 dalam email pertama selepas acara Gatsby Street Fair, mereka maklumkan kepada yang tak datang on-time yang cash tersebut tak dapat dikreditkan. Dalam hati, alamak kena on-time ke? Habis.... tak dapat lah aku cash sebab lewat sejam dari jadual sebenar. Tapi dengan semangat 360darjah memujuk mr Hazwan untuk teman & mendaftarkan diri ke kaunter, sempat juga melihat2 di sekitar acara. Tak sangka baru check dalam 5 minit lepas ni, aii nama ku tersenarai juga. Alhamdulillah...

p/s : Baiklah, akan terus aktif dalam berblogging. Hihi.



Bacaan hari ini

Semalam baru baca beberapa bab secara sepintas lalu. Nak amik point2 yang bagus je, kalau baca semua memang tak khatam2 sementara menidurkan Nia dan menunggu mr Hazwan balik dari futsal. Ok, malam ini sambung lagi.


Ulasan setakat ini : Bacaan yang sangat bagus. Tidak terlalu berat sangat macam sesetengah buku. Ditulis dengan santai tetapi 'bijaksana' ditambah dengan quote2 yang cool. Sebenarnya keseluruhan isi bukan hanya mengenai Google, tetapi mengenai INTERNET. Ya, sangat tepat sebagai bahan rujukan aku yang sedang menguruskan bisnes online.


Perempuan & Kasut

Jalan-jalan sambil cuci mata...


Design2 di atas antara yang menarik perhatian aku. Design yang luar biasa menarik pun ada. Macam ini :


p/s : Oh, sekadar untuk mencuci mata. Apa salah nya kan? Hehe

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP