Mereka yang dirindu
Bila kita terdiam dan berfikir sejenak lantas terimbas kisah2 lalu, teringat kisah2 lucu (sedih tak mau ingat la ye :p) Bila tahun bertukar tahun, tak sangka masing-masing dengan life nya sendiri. Kadang kita terlalu sibuk dengan hal seharian hingga lupa yang sedang mengenang kita. Sibuk dengan masalah sendiri hingga lupa ada yang lagi berat masalahnya hingga mungkin terleka dengan 'dunia' kita sendiri. Sedangkan dalam luar sedar, mereka2 itu mungkin sedang memerlukan kita atau kita sebenarnya memerlukan mereka. Ini entry kenangan sebagai kisah klasik untuk masa depan. Cewah..syahdunya... Hehe.
Ida & Rod (pengapitku) . Sahabat super duper baik yang aku kenal
selama hampir 17tahun. Teman saat tgh gila mengejar2
artis -Sheila On7
Kenapa rindu : mereka ada saat susah senang.
Bulat, Nina & Julia. Sahabat satu kelas di ARGS.
Kenapa rindu : super nice & sentiasa support reunion yang aku buat.
Aida & Widyas. Sahabat susah senang di zaman kolej.
Akhir kolej, terus jarang jumpa yang terakhir di majlis kahwin
seorang lagi kawan baik, Eny
Kenapa rindu : mereka 'intipati' zaman kolej aku
Tuan, Soffee, Zirot, Wani, Ann & Tasya.
Sahabat satu department di opis sebelum ini.
Kenapa rindu : Kerana penuh dengan pelbagai warna & karektor
Ida (sobat sejati), Ayu (mulut becok) & Fauzana (real kawan beb).
Antara sahabat sejak bangku sekolah lagi
Antara sahabat sejak bangku sekolah lagi
yang dikenali hampir 18 tahun. Pergh.
Macam tak sangka ya.
Kenapa rindu : Gila-gila. Super nice !
Leen. Sahabat yang
sangat cool, pendiam, tak mudah marah (gila susah
mahu tengok dia marah melainkan marah
anak2 buah je.Hehe)
& enjoy dibawa kemana saja.
Kenapa rindu : sebab dia susah marah. Tak lah, fun to be with. Hehe.
Nurul & Ila. Dua Hot Mommies yang sporting.
Kenal melalui suami memasing yang
merupakan teman2 mr Hazwan. Baik hati & cool !
Kenapa rindu : Teringat kejutan hari lahir aku
yang disambut oleh mereka tahun 2004. Terharu padahal baru kenal.
Sangat menjaga sahabat.
Dewi, Ismadian, Suzana & Ain. Sahabat satu sekolah ARGS.
Geng ibu2 nih. Ops, Zana Ain belum lagi. Hehe. Enjoy
dan tidak lupa kawan.
Kenapa rindu : nak catch up hal keibubapaan. Haha.
Ha, ini semua satu sekolah, satu kawasan tempat tinggal &
satu kepala. Kenal hampir 17 tahun.
Kenapa rindu : Semua dalam satu. Macam2 perangai ada
tapi tetap ngam.
tapi tetap ngam.
Haha. Ini tahun 1998. Merdekarama sempena
Hari Kemerdekaan.
Kenapa rindu : sekali seumur hidup ber
0 comments:
Post a Comment