Cinta dalam hati
Ada seorang teman lama mengeluh kenapa susah betul dia nak mendapatkan kekasih aka awek. Malu, segan katanya. Sementara gadis yang dia suka karektornya agak gila-gila dan hati kering. Susah kot nak tackle gadis yang hati kering ni. Mana tak nya, kawan lama aku ini memang dikenali sebagai seorang yang pendiam & pemalu. Huh? pemalu? Rasanya sepanjang aku kenal dia, kalau dah dengan perempuan bukan dalam kategori pemalu tetapi penyegan. Cuma satu yang aku & rakan-rakan lain perasan dia jenis sopan + lembut lidah + romantik dengan mana-mana makhluk Tuhan yang berjantina wanita. Silap perempuan, memang mudah terjatuh hati. Ha, ni rasanya sampai sekarang banyak kes macam ni. Sampai ada akak satu opis penah cakap kat aku dulu, kalau ada adik perempuan lagi sanggup nak beradik ipar si kawan aku ni. Hehe.
Masalahnya cara layanan dia dengan semua perempuan sama saja. Mana yang jiwa halus, mudah la terjatuh cinta kat dia ni. Si kawan aku ni pun tension juga sebab perempuan-perempuan yang dah tersuka kat dia akan menunjukkan sifat normal wanita iaitu cemburu bila melihat kawan aku bersama/berborak dengan perempuan lain. Haih. Apa kes kawan perempuan yang cemburu tu? Bukan hak milik lagi kan? Kenapa perlu cemburu? Salah kawan aku ni juga, layan lagi 'baik'. Mudah la orang suka. Katanya, bila dengan orang yang dia suka/sayang pula...jadi mati kutu, malu macam sial je (dia cakap la)
Punya lama dia memendam perasaan. Dari zaman Uitm sampai la tahun 2010 ni. Dia kata gadis yang dia suka tuh gila-gila, agak garang, putih cantik. Maybe salah satu sebab, buat si kawan aku jadi tak konpiden takut tak cukup ensem untuk si gadis tadi. Bagi aku, benda2 macam ni memang terserah pada jodoh juga. But at least kena usaha la bang. Be a gentleman!
Macam kes perempuan yang sudah tersuka/terjatuh hati dengan kawan aku ni, kalau nak elak perempuan tu..jangan layan lebih sangat. Kalau dah sampai perempuan tuh sudah tersuka, jauhkan diri tapi jangan ketara. Maksudnya jangan friendly seperti yang sebelum ini.
Kedua, kalau sudah suka seseorang perempuan itu, bagi la hint. Jangan asyik ikut quote 'tunggu & lihat'. Bagi la ayat2 yang lain dari yang biasa cakap/buat. Terpulang lah, mahu romantik ke mahu kasar2 sebab nak cover macho ke..apa saja janji ada hint di situ. Contoh "sabtu ni free, saya nak ajak awak tengok movie boleh?" atau nak ayat cover baik punya " aku boring gila sial, kau tengah buat apa?" ha amik, siap ajar lagi. Kalau sudah beberapa kali ajak, sudah banyak bagi hint...no respond, maksudnya perempuan itu memang tak ada hati dengan kita. Nak usaha lagi? Ok, now luahkan segala macam perasaan kat dalam hati tuh. Dah luahkan, masih tak jalan.. LUPAKAN DIA..maksudnya, she's not into you! Sama juga dengan yang sebaliknya. | |
Untuk kawan aku tadi & semua lelaki di luar sana, mana la tahu perempuan yang kamu suka pun turut menyimpan perasaan yang sama. Tunggu punya tunggu kamu punya respond, tapi berzaman tak kunjung tiba. Lama-lama dua-dua lah melepas. p/s: Nak adjust awek, adjust cara gentleman. Jangan main kotor aa macam ini kes. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Kemarukminyakpengasih/Article |
0 comments:
Post a Comment