Monday, April 19, 2010

Dah balik dari Gatsby Street Fair

Sabtu lepas pagi2 dah menyiapkan segala jenis barang2 keperluan Nia termasuk beg baju kami. Biasalah masuk saja hari sabtu terus berkemas untuk ke rumah lagi satu. Tengah duduk di dua rumah macam ini lah hidup macam orang nomad kan. Nanti kalau sudah di rumah sendiri mungkin aktiviti berpindah randah agak kurang, family time kata orang. Pukul 10am dah bertolak ke rumah mak ayah aku di Dato Keramat. Selepas letak Nia yang tengah syok tidur kat adik bongsu aku, terus ke Berjaya Times Square untuk Gatsby Street Fair. Kami sampai agak lambat walaupun dah disuruh datang tepat pukul 10am. Nak kami sampai ikut masa memang tak dapat lah, sebab memang tahu pun acara2 macam ni mana boleh on time. Mau sejam baru acara sebenar bermula. Kiranya masa kami sampai itu terus register di kaunter yang disusun mengikut alphabet url blog kita. Mc pula tengah bercakap2 sesuatu bla bla bla untuk umumkan Malaysia Book of Records telah memberikan sebuah sijil sempena “The Largest Bloggers Gathering with GATSBY Deodorant Street Fair”. Masa itu ramai jugak wartawan dari beberapa media untuk mengambil gambar sebahagian daripada 518 orang bloggers yang sudah memakai tshirt merah Gatsby. Aku dengan mr Hazwan usha dari jauh je.Tshirt semua dok pegang je. Huhu. (macam tak supportive pulak ye.Ampun)

Ye lah rata2 bloggers yang datang muda belia terutama dari chinnese bloggers. Bloggers melayu yang sempat nampak ada la beberapa kumpulan, yang datang sepasang dengan anak2/baby memasing pun ada. Macam karnival keluarga la kiranya. Mula2 macam bosan, yelah sebab macam ramai budak2 muda. Jadi kami tengok2 sekeliling mana tahu ada aktiviti best. Lepak kejap di Krispy Kream Doughnut, cuba ajak mr Hazwan join fun fair games tapi masing2 sudah hilang mood. Duh. Niat nak tunggu Lucky Draw dalam sejam dua, memang tak dapat lah sebab kena berkejar ke Sri Kembangan untuk Malaysian Baby Wearers Gathering pulak.

Tak ada gambar dari aku untuk Gatsby Street Fair, Sony dslr sedang dibaik pulih mmc nya. Kecewa lah tak dapat bergambar dengan Takuya Kimura ku. Adeii..Ini ada sisipan dari bloggers yang telah menghadiri acara tersebut. Kredit kepada mereka.





0 comments:

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP