Friday, April 23, 2010

Posto Posto..

Tengah hari nanti aku lunch dengan Kak Eda (kakak sepupu mr Hazwan). Tujuannya nak minta aku pass passport ke Kak Jun untuk booking penerbangan bulan 6 nanti. Booking kemana? oh rahsia dulu la. Dekat2 je. Hehe. Sambil itu ingat nak menghantar order dari customer tudung aku yang membeli secara borong di Kelana Jaya selepas lunch. Ok lah, dapat juga lah aku keluar dari area sini di hari Jumaat. Biasa kebosanan maklum lah rehat lama. (dulu kerja shift, mana nak dapat peluang lunch lama2. Huhu)

Petang nanti pula, dah minta tolong mr Hazwan hantar order dari customer yang turut membeli secara borong An-Nurul Plain yang kebetulan opis customer tu berdekatan dengan opis mr Hazwan di Puchong. Paling penting, selepas itu plan untuk ke Sony Service Centre di Mid Valley untuk menghantar kamera dslr yang tak settle2 masalah. Haih. Banyak plan aku sebenarnya kalau MMC kamera ni dapat direcover semula. Adui. Gambar2 dah lah banyak. Nilai setiap gambar? Priceless *sigh

Oh ya, order aku dah sampai tengah hari semalam. Tengok lah, sampai perlu membeli secara maya. Memang tak sempat untuk membeli belah ye cik Sukma. Huhu.



Pertama kali ni membeli baju kurung secara online. Nasib baik hasilnya sangat memuaskan. Sangat cantik persis di gambar. Macam beli di butik pulak. Harga pun tidak mahal tidak murah. Aku rasa berbaloi dari ambil masa untuk pusing keliling Mall, habiskan duit di parking, jalan2 lagi cari barangnya dan peratus untuk mr Hazwan tidak mahu temankan adalah sangat tinggi ya. Lagi2 dengan keadaan masa aku sekarang yang sangat terhad. Cuma perlu teliti betul2 takut tersalah size atau kualiti yang tidak seiring dengan harganya. Baju Kurung Moden Exclusive ini dari WanzCollection.

p/s: Tengah tunggu kiriman kain gendong anak yang aku pesan Selasa lalu. Agak2 dapat petang ini tak? Hhmm..


1 comments:

Anonymous Friday, April 23, 2010  

lawa siot baju tu
mmg lawa2 baju kat wanz collection ni kan

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP