Thursday, April 15, 2010

Rambut oh rambut!

Tengah google info mengenai 'rambut gugur selepas bersalin'. Bukan apa, sejak Nia dalam 2 bulan macam tuh rambut ku gugur dengan teruk. Lixa dah bagi tahu yang ianya normal, siap kata takkan botak nya. Tapi rasa cuak di hati ini memang tak leh tahan. Dah lama nak check di internet, hari ini baru teringat. Rupanya aku tak sendirian dalam hal-hal begini. Baca forum di susuIbu, wahh.. memang sama plus sebijik pengalaman yang aku alami dengan ibu-ibu yang lain. Huwaa..rambut dah lah memang tak lebat mana. Kena lak musim gugur2 macam ini, makin stress. Hari2 hidup dalam keresahan bila tengok rambut bersepah2 di lantai. Lagi2 masa bangun dari tidur ke, sedih betul tengok rambut kat bantal. Siap boleh berbelit di belakang badan Nia tuh padahal dia tidur di baby cot. Isk. Helaian rambut yang terbelit pada anak ini dipanggil sekatan darah oleh rambut @ hair tourniquet. Jadi kena selalu check mana tahu boleh buat anak rasa sakit dek rambut yang terbelit2 di badannya. Menakutkan pulak ya. Hhmm..nampaknya aku tak sendiri kan.

Menurut kajian kat google ni, selepas bersalin penukaran hormon berlaku dalam badan kerana tahap estrogen akan merosot dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut kamu akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin. Lagi-lagi anak yang jenis main liur. Sama macam Nia ni, walau tak menyembur2 tapi memang kena sedia towel kecik kat dia. Ia dipanggil blowing berries di mana rambut anak yang lebat pun sedikit demi sedikit akan gugur. Macam nak ganti rambut baru. Sebab tuh digalakkan mencukur rambut anak gak nya. Tapi tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.

Lepas google2 tadi, antara info/tips dari ibu-ibu tadi adalah :

Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Tips yang boleh dicuba oleh mangsa eh, para ibu2 yang mengalami masalah ini :

~ Hair tonic dari brand Oze
~ Hair tonic Audace
~ Makan pil kalsium brand Caltrate (warna purple)
~ Hair Treatment Az-Zaharah & Audra
~ Fish oil brand Neurogain
~ Pil homeopathy salindah utk kuatkan badan

Hhhmm mana tahu ada ide yang lebih bagus, boleh share di sini :)

4 comments:

Sukma SuKkma Thursday, April 15, 2010  

dah potong dh mama yeen..tp masih sama gak..nih ingat nk serang guardian kat lrt KJ..carik pil kalsium or fish oil mana tau mujarabbb :D

Lita & Yes Friday, April 16, 2010  

I am having the same situation. Sebab tuh potong rambut pendek. Actually I always wanted a mowhawk like Rihana tapi hubby bising...ceh.....

Sukma SuKkma Friday, April 16, 2010  

mowhawk ke boyish ke still suite ngan u guys..tp muka i boolat walo hanya kat umah tetap x konpiden nk potong pendek mcm tuh..kalau setakat bob style rihanna dulu ok la :)

Ai One Wednesday, April 21, 2010  

Tengah dok search pasal rambut tetiba terbuka laman web ni.. salam buat tuan tanah (tuan punya blog ni le) ..

Ala takpe.. kalau rambut gugur paling kurang kepala jadi botak jer ... bukannyer ape.. kui kui... tak mati pun ...

Maaf saje jer gurau jangan marah yer..

Kalu ader masalah ngan rambut tu, saya syorkan cuba pergi kat laman web nie , mudah-mudahan ada yang dapat membantu ...

BioherbsCollection.Com

Ok.

Disclaimer

Copyright© by The Sand and Foam. All rights reserved.

The Sand and Foam holds copyright in the information available on this blog, unless otherwise stated.

Copyright of 3rd party found on this blog must also be respected.

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP